Wednesday, 16 April 2014

2nd Anniversary Blog Momoy

Salam to all readers,

Kali ini join giveaway yang dianjurkan oleh blogger MOMOY. Giveaway yang dibuat kali ini bersempenakan 2nd anniversary blog Momoy sendiri. Ini merupakan kali pertama aku join giveaway yang Momoy anjurkan, sebelum ini duk tengok sahaja. Syaratnya yang mudah dan hadiahnya yang menarik membuatkan aku teruja nak join. hehehe..


Kenapa aku kata senang nak join? Syaratnya hanyalah nyatakan 2 perkara yang korang SUKA dan 2 perkara yang korang TAK SUKA mengenai blog MOMOY. Mudah kan?

Dua perkara yang aku suka mengenai blog MOMOY?

1) Entry yang ditulis oleh blogger Momoy sendiri
Aku suka baca entry yang ditaip oleh Momoy sebab dia rajin berkongsi tips kecantikan, review produk kecantikan, life, fashion, tips menghias bilik pun ada. Boleh dikatakan Momoy ini seorang kreatif untuk bab-bab menghias. Gaya penulisan yang cukup santai sehingga membuat orang tertarik untuk membacanya. Inilah salah satu perkara yang aku suka mengenai blog Momoy.

2) Seorang yang ikhlas
Ikhlas yang aku maksudkan di sini adalah dia seorang ikhlas dalam mengomen entry blog orang. Seolah-olah apa yang kita taip semua dia baca dari A sampailah Z. Kenapa aku cakap macam itu? Sebab dia rajin komen panjang lebar dan kena dengan apa yang kita tulis dalam entry tersebut. Bukan mudah nak suruh orang baca dan komen dengan panjang lebar kan? Jadikan korang rajin-rajinlah terjah blog Momoy supaya dia boleh komen cerita korang. Tak rugi kenal Momoy, sebab dia juga seorang friendly. =)

Dua perkara yang aku tak suka mengenai blog MOMOY? 

1) Entry baru lambat masuk
Boleh dikatakan Momoy ini macam biskut, kejap ada dan kejap takde. Aku ini cakap orang, aku pun 2 x 5 malas nak update. Sekarang dah jarang dan lambat Momoy update blog memandangkan dia sibuk bekerja. Macam dia seorang sahaja bekerja di dunia ini. hahahaah.. Sabar jelah..

2) Serabut
Momoy ini rajin kongsi tips-tips kecantikan, tapi sayang sebab blognya nampak serabut. Pada pandangan mata akulah, takdelah serabut mana, cuma kalau boleh gunalah background colour putih di bahagian entry dan gunakan satu colour dalam penulisan. hahaha..Itu sahajalah, lain semua dah cantik. Jangan marah ye MOMOY!!

Dua orang yang ditag:

p/s: Apa-apapun, Azwar nak ucapkan Selamat Ulangtahun yang ke-2 buat blog MOMOY!!

15 comments:

  1. Blog Momoy ulang tahun ke-2 pun dah buat GA .. kita yang bertahun-tahun nie pun x pernah buat lagi ga lol hakhak!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. semoga berjaya dan murah rezeki ya. sheila singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
  3. Goodluck ! hehe tenkiuu tag kite :)

    ReplyDelete
  4. best of luck dear!azwa join kan gathering nnti?hehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com