April 2014 - Azwar Syuhada

Monday 28 April 2014

Gila Koreaku Datang Balik
9:12 pm 21 Comments
Salam to all readers,

Sejak aku bekerja ni, rasa macam sudah jarang aku tengok televisyen. Yelah, mana taknya asal balik sahaja dah malam, aku pula cepat letih. Kalau tak letih pun, aku buat-buat letih. Ingatkan lepas habis form 6 dulu, nak habiskan masa aku bersama cerita-cerita korean yang aku tak sempat nak tengoklah. Memandangkan duit kocek aku selalu bocor, aku teruskanlah juga niat utama aku untuk bekerja. Jadi, harapan untuk menengok cerita korea juga terpaksa aku pendam dahulu. Banyak-banyak customer yang aku cuci, ada pula peminat cerita korea. Masa cuci rambut, pasti aunt yang aku cuci akan tengok cerita korea dekat tab dia. Aku tumpang sekakilah jawabnya, walaupun aku tak faham sepatah haram sebab subtitle China. Untuk pengetahuan korang, dalam pada masa yang sama aku juga dengan gigih balik kerja tengok cerita korean tersebut. Sampaikan blog pun tak sempat nak update, padahal hari-hari on lappy. Kali ini aku review satu drama korean yang baru sahaja aku khatam.  

Emergency Couple

Lakonan

Song Ji Hyo, Choi Jin Hyuk, Lee Pil Mo, Choi Yeo Jin

Sinopsis

Sebuah drama komedi romantis yang berkisarkan tentang pasangan yang berkahwin ketika berada di sekolah perubatan. Disebabkan personaliti dari segi latarbelakang yang berbeza mereka terpaksa bercerai. Selepas beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula di hospital yang sama di mana kedua-dua pasangan ini menjadi doktor pelatih. Persoalannya, adakah mereka akan berbaik semula di akhir episode?

Pandangan Azwar
Jalan ceritanya menarik dan banyak memberi pengajaran tentang pengorbanan. Kalau nak tahu, korang kena tengok sendirilah. Kalau dah jodoh kita dengan si polan ini, sejauh mana kita nak melarikan diri kalau itulah jodoh kita. Tetaplah jodoh kita, walaupun dah bertahun berpisah.

Kalau korang berminat nak tengok cerita ini, boleh klik SINI.


p/s: Malam semalam baru habis tengok Bride of Century!



Reading Time:

Friday 18 April 2014

Jom Shopping Tudung 2U
10:19 pm 14 Comments
Salam to all readers,


Kebanyakan kaum wanita sekarang sibuk membuat tempahan baju, dan juga mencari tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju. Sekiranya anda-anda semua buntu untuk memilih tudung yang sesuai, Tudung 2U dapat membantu menyelesaikan masalah korang.

Tudung 2U merupakan online shop yang menjual pelbagai jenis tudung yang mengikut peredaran semasa, dengan harga yang berpatutan serta berkualiti. Tudung 2U juga turut menawarkan moneyback guarantee, iaitu sekiranya barang yang korang beli tidak memuaskan hati dalam tempoh seminggu selepas item diterima dari pihak Tudung 2U, korang boleh memulangkannya semula dan mendapatkan semula wang dari item yang korang beli, ataupun menukar item yang korang beli dengan item yang lain.

Antara tudung yang dijual di Tudung 2U adalah tudung bawal, tudung shawl, tudung awning, tudung segi empat, anak tudung, dan aksesori. Macam-macam tudung ada kan?

Inilah sebahagian tudung bawal yang terdapat di Tudung 2U. Cantik kan?

 Tudung Shawl Half Moon

 Tudung Awning

 Tudung Segi Empat

 Anak tudung


Inilah pula, sebahagian aksesori yang dijual di Tudung 2U iaitu kerongsang. Sememangnya, banyak lagi koleksi yang terdapat di Tudung 2U seperti gelang tangan dan juga rantai.

Sebenarnya, banyak lagi koleksi tudung yang cantik dan menarik dan pastinya membuatkan korang teruja untuk memilikinya. Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan. Jadi apa tunggu lagi, jomlah beramai-ramai serbu TUDUNG 2U!

Tapi bagi pembaca dan pengikut blog gua, korang berpeluang menikmati diskaun sebanyak 15%. Suka tak? Potongan harga siapa taknak kan? Dengan menggunakan voucher code ini:

ADH2014
(sah sehingga 30 April 2014)


p/s; Selamat bershopping!

Reading Time:

Wednesday 16 April 2014

2nd Anniversary Blog Momoy
10:04 pm 14 Comments
Salam to all readers,

Kali ini join giveaway yang dianjurkan oleh blogger MOMOY. Giveaway yang dibuat kali ini bersempenakan 2nd anniversary blog Momoy sendiri. Ini merupakan kali pertama aku join giveaway yang Momoy anjurkan, sebelum ini duk tengok sahaja. Syaratnya yang mudah dan hadiahnya yang menarik membuatkan aku teruja nak join. hehehe..


Kenapa aku kata senang nak join? Syaratnya hanyalah nyatakan 2 perkara yang korang SUKA dan 2 perkara yang korang TAK SUKA mengenai blog MOMOY. Mudah kan?

Dua perkara yang aku suka mengenai blog MOMOY?

1) Entry yang ditulis oleh blogger Momoy sendiri
Aku suka baca entry yang ditaip oleh Momoy sebab dia rajin berkongsi tips kecantikan, review produk kecantikan, life, fashion, tips menghias bilik pun ada. Boleh dikatakan Momoy ini seorang kreatif untuk bab-bab menghias. Gaya penulisan yang cukup santai sehingga membuat orang tertarik untuk membacanya. Inilah salah satu perkara yang aku suka mengenai blog Momoy.

2) Seorang yang ikhlas
Ikhlas yang aku maksudkan di sini adalah dia seorang ikhlas dalam mengomen entry blog orang. Seolah-olah apa yang kita taip semua dia baca dari A sampailah Z. Kenapa aku cakap macam itu? Sebab dia rajin komen panjang lebar dan kena dengan apa yang kita tulis dalam entry tersebut. Bukan mudah nak suruh orang baca dan komen dengan panjang lebar kan? Jadikan korang rajin-rajinlah terjah blog Momoy supaya dia boleh komen cerita korang. Tak rugi kenal Momoy, sebab dia juga seorang friendly. =)

Dua perkara yang aku tak suka mengenai blog MOMOY? 

1) Entry baru lambat masuk
Boleh dikatakan Momoy ini macam biskut, kejap ada dan kejap takde. Aku ini cakap orang, aku pun 2 x 5 malas nak update. Sekarang dah jarang dan lambat Momoy update blog memandangkan dia sibuk bekerja. Macam dia seorang sahaja bekerja di dunia ini. hahahaah.. Sabar jelah..

2) Serabut
Momoy ini rajin kongsi tips-tips kecantikan, tapi sayang sebab blognya nampak serabut. Pada pandangan mata akulah, takdelah serabut mana, cuma kalau boleh gunalah background colour putih di bahagian entry dan gunakan satu colour dalam penulisan. hahaha..Itu sahajalah, lain semua dah cantik. Jangan marah ye MOMOY!!

Dua orang yang ditag:

p/s: Apa-apapun, Azwar nak ucapkan Selamat Ulangtahun yang ke-2 buat blog MOMOY!!

Reading Time:

Tuesday 15 April 2014

Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru
9:18 pm 23 Comments
Salam to all readers,


Dalam pada sibuk-sibuk blogwalking tadi, ternampak segmen yang macam menarik hati. Jadi terus joinlah. Iaitu segmen brother Hasrul Hassan. Segmen yang cukup mudah untuk semua para blogger join.




Nama Blog: 
Miss Azwar Syuhada

Url Blog:
http://miss-azwarsyuhada.blogspot.com

Nama blogger Anda:
Azwar Syuhada

Umur anda: 
20 tahun

Usia blog anda:
1 tahun 5 bulan

Cerita serba sedikit mengenai blog anda:
"Hidup ini penuh warna-warni, bagaikan pelangi selepas hujan" merupakan slogan di blog saya. Seperti yang sedia maklum, blog ini merupakan blog kedua saya setelah blog pertama di delete dengan tidak sengaja oleh saya sendiri. Boleh rujuk di sini. Blog merupakan satu medium di mana saya dapat berkongsi pelbagai tips kesihatan, kehidupan, tips kecantikan, travel, motivasi, dan isu semasa dengan semua orang. Blog juga membantu saya menjana pendapatan. =D 


p/s:Jom ramai-ramai join segmen ini!



Reading Time:

Saturday 12 April 2014

Pray For MH370
10:43 am 19 Comments

Salam all readers,

Marilah kita terus berdoa untuk MH370 walau di mana ia berada dan semoga cepat-cepatlah ia timbul. Janganlah kita membuat sebarang spekulasi yang boleh mengguris hati keluarga MH370. Situasi ini, turut dirasai oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan negara walaupun tiada pertalian darah. Jadi teruskanlah berdoa. 

Lagu bawah ini aku tertarik melalui blog ini. Jadi aku pun nak juga dedicated this song untuk diriku and to all cabin crew and passengers of MH370.

Faith Hill - There You'll be

"There You'll Be"

When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I'll be glad 'cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I'll look and see your face
You were right there for me

[Chorus:]
In my dreams
I'll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I'll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you'll be
And everywhere I am
There you'll be

Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me

[Repeat chorus]

'Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always

[Chorus:]
In my dreams
I'll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I'll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you'll be
And everywhere I am
There you'll be
There you'll be

p/s: Semoga Allah segera tunjukkan kapal terbang MH370 di mana ia berada! 
Reading Time:

Thursday 10 April 2014

3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney
8:50 am 15 Comments
Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Tanggal 8 April 2014 maka genaplah tiga tahun. Bersempena birthday blog yang ke tiga tahun ini, I dengan sukacitanya menjemput anda dan anda untuk memeriahkan lagi giveaway ini. 


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

1.    Follow SINI, Like SINI dan Add To Google+ SINI.
2. Buat satu entri yang bertajuk 3rd Anniversary Giveaway by ChipmunkandBarney.
3.   Copy code yang disediakan dan paste di ruangan HTML.
4.   Tinggalkan URL Penyertaan di ruangan anda di ruangan komen. 

Untuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, uolls boleh lihat di SINI. Dan InsyaAllah, hadiah-hadiah tersebut mungkin akan bertambah. 

Tarikh Tutup : 11 May 2014 (11.59 malam)
Reading Time:

Sunday 6 April 2014

Lenovo S650
9:56 pm 54 Comments
Salam to all readers,


Akhirnya dapat jua aku membeli hadiah untuk diri aku sendiri bersempenakan Hari Jadi aku walaupun terlewat sikit. Sememangnya, sudah lama aku berniat untuk membeli handphone tapi pencetus utama dalam jenama ini adalah dari instagram kawan. Kebetulan pula, notebook yang aku pakai sekarang ini pun jenama LENOVO. Macam seronok pula, menggunakan jenama yang sama. Dalam sibuk-sibuk merancang untuk membeli handphone, tiba-tiba Pak Itam aku dah beli phone baru jenama LENOVO. Tapi bukan model yang aku naklah sebab phone dia besar gedabak. Mula-mula berkira-kira jugalah nak beli ke tak. Sebab aku ini kedekut sikit orangnya. 

Gaji pertama memang aku dah merancang untuk membeli kabinet dapur. Gaji kedua, aku pula yang beriya-iya sangat untuk menukar kabinet di ruang tengah. Kebetulan phone BB aku pula hang. Sebab itulah, gaji ketiga baru baru berniat untuk membeli phone baru. Sampai aku minta cuti daripada Boss semalam (5/4/2013) semata-mata nak membeli phone baru dekat KL. Dekat area tempat aku ni mahal sangat. Nasib baik semalam ada promotion. Seronok tak terkata!



Tadaa! This my new phone, S650..


Specifications:

Model : S650
Processor : MTK 6582M 1.3GHz Quad-Core
Body : 138 x 69.8 x 8.7 (mm)
Weight : 126g (0.27 1bs)
Display : 4.7" qHD capactive touchscreen with 960 x 540 pixels
Colour : Silver and white
SIM : Two SIM
Memory : RAM : 1GB Storage : 8GB+ Micro SD up to 32GB
Connectivity/Radios : 3G Network : WCDMA 900/2100MHz
                                     2G Network : GSM 900/1800/1900MHz
                                     Speed : HSUPA + 5.76 Mbps/ HSDPA+ 21.1Mbps
                                     WLAN : Wi-Fi 802.11 b/g/n
                                     Bluetooth : Bluetooth 3.0 HS
                                     Data : GPRS, EDGE
Sound : 1 x Speaker, 3.55mm Jack
Camera : Rear: 8MP auto focus, LED flash
               Front: 0.3MP fixed focus
Sensors : Graviation sensor, Proximity sensor, Light sensor
OS : Android Jelly Bean (4.2)
Battery : Type: Li-polymer 2000mAh (removable)
                Talktime: Up to 12 hours (2G), Up to 8 hours (3G)
                Standby time: Up to 14 days


p/s: Betapa lajunya duit aku bertukar tangan untuk membeli phone. Ini betul-betul, titik peluh aku. Phone lama semua aku simpan jadikan koleksi. =D


Reading Time: