Setapak Ke Angka 20! - Azwar Syuhada

Tuesday 18 March 2014

Setapak Ke Angka 20!

Salam to all readers,

Alhamdulillah genap sudah umur aku 20 tahun. (2/3/1994) Yeahhh!! Seronok tak terkata. Ada segelintir orang berpendapat apabila umur menginjak ke angka 21 tahun mereka sudah mendapat kunci. Iaitu kunci kebebasan, di mana mereka boleh melakukan apa sahaja yang ingin dilakukan dan tidak perlu lagi menerima teguran daripada ibubapa lagi. Tapi, dari pandangan mata aku, arwah atuk dan nenek akulah yang tetap aku jadikan idola. Kenapa? Ini kerana mereka masih memberi teguran terhadap anak-anak mereka sungguhpun anak-anaknya sudah berumahtangga. Bagi aku, itu bukanlah satu keadaan untuk mengawal anak-anak tapi sebaliknya ia merupakan satu teguran untuk membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak. 

Dalam usia menginjak ke angka 20 tahun ini, ada juga segelintir kawan aku yang berkobar-kobar untuk memulakan pekerjaan, dan ada juga yang tak sabar-sabar untuk melangkah ke alam baru iaitu mendirikan rumahtangga. Kadang-kadang bila aku duduk seorang diri, ada juga aku terfikir sekiranya aku berkahwin di awal usia 20 tahun ini, APAKAH YANG NAK AKU BAGI DIA MAKAN?? Nak kata aku pandai memasak? Mustahillah kalau aku pandai memasak dalam sekelip mata. Satu benda sahaja yang paling aku pakar iaitu mengemas rumah dari menyapu sampah, mengelap, cuci toilet, dan yang penting mengemop lantai. Aku tak makan pun tak mengapa, asalkan lantai rumah aku bersih. Sampaikan mak aku cakap, kalaulah aku kawin diawal usia sebegini kemungkinan besar aku hidangkan batang mop, air sabun, tuala basah bawah tudung saji itu nanti. hahahaha...

Hampir 3 bulan menjengah dalam tahun 2014 ini, tapi berbagai dugaan yang berlaku dalam negara kita. Seingat akulah (aku ini pun pelupa juga orangnya) peristiwa pertama yang berlaku pada tahun ini ialah peristiwa di mana ikan kembung terdampar di persisir pantai, disusuli dengan kes ibubapa yang tahan di Sweden atas tuduhan memukul anak (tapi dalam Islam memang menggalakkan ibubapa memukul anak dalam mendidik), kemudian yang terbaru ini dimana kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 di samping menenggelamkan kisah politik negara dan juga kes Anuar di dapati bersalah. Disebabkan kejadian kehilangan pesawat ini masih menjadi tanda tanya, masyarakat mula membahasnya dengan kata-kata dan juga membuat spekulasi yang bermacam-macam andaian di laman sesawang. Tak pernah ke korang terfikir, seandainya benda-benda yang korang upload or update itu mampu menguriskan hati keluarga mangsa. Di samping kaum keluarga meratap kehilangan, ada pula segelintir orang ini menggunakan khidmat tikar terbang untuk mencari pesawat. Tapi sampai sekarang, bayangnya pun belum nampak lagi. 

'Agaknya Allah mahu melihat kesungguhan dan keikhlasan kita dalam berdoa dan bersujud padanya.' Tengok sahajalah betapa canggih teknologi sekarang, tapi kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Kerana Dia Maha Berkuasa. Dalam pada menanti kepulangan pesawat MH370, negara kita turut digemparkan dengan kematian beberapa orang pelajar yang mengikuti konsert di area Kuala Lumpur. Sekarang mati tak kira usia tua ataupun muda. Jadi beringat-ingatlah.


p/s: Marilah kita sama-sama berdoa supaya pesawat MH370 itu ditemui dengan segera. Yang paling penting doakan aku sekali supaya dapat sambung belajar. =D


20 comments:

  1. Happy belated birthday. Dira pun baru cukup 20 tahun 4 hari lepas:)

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday ! May Allah bless u :)
    Kadang2 saya pun terfikir, dah masuk 'puluhan' ni kena lebih matang.

    ReplyDelete
  3. happy birthday kak azwar :)
    hehe dh tua dh :p

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday azwar.. semoga dipanjangkan usia, diberkati Allah sellau dan semoga impian menjadi kenyataan.. :D

    ReplyDelete
  5. hapy bday azwar syuhada . . hehehe semoga dipnjangkan umo dmurh kan rezeki yew . . :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. selamat hari lahir dik. semoga berjaya dalam hidup. hehee bestnya. akak pula dah makin tua setahun .. hihi selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  7. I like what you guys are up too. This sort of clever work and exposure!
    Keep up the good works guys I've incorporated you guys to my own blogroll.


    Here is my weblog: dollar-per-pixel ()

    ReplyDelete
  8. untung setapak ke 20, mama setapak ke 30... haha... jauh beza tu

    ReplyDelete
  9. Happy Belated Birthday kak ! :D

    ReplyDelete
  10. heeeeeeeeee :D no teen teen dah :p
    heheheh happy birthdayyy kak azwar!!!
    happy twenni heheheheh <3
    have a blast tau betul :D jgn lupa allah and may allah bless u!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  11. Hehehehe.. happy birthday dik.. sorry late... macam2 dugaan bila dah meningkat dewasa ni.. Ena pun sejak masuk dua puluh an ni, macam2 benda ena kena lalui.. berat sangat nak memikul tapi itu yg mematangkan kita..

    ReplyDelete
  12. happy belated birthday ^_^ mari kita teruskan doa agar pesawat MH370 di jumpai

    ReplyDelete
  13. You need to take part in a contest for one of the most useful blogs online.
    I'm going to recommend this blog!

    Here is my page Describe Your Word

    ReplyDelete
  14. happy belated bufday.. kalo dah masuk 2- series, asyik fikir pasal kahwin je kan.. haha..

    ReplyDelete
  15. selamat menempuh alam 20-an.. hhehe

    ReplyDelete
  16. Happy Belated Birthday.. :D
    lama tak berkunjung tau2 dah cecah angka 20 yer.. apa pun moga ceria selalu :D

    ReplyDelete
  17. Eheh, 20 daaa. Heeee, sy akak laa nii yerr. Nyway, happy belated besday.
    Kita sama2 doakan ya semoga MH370 akan dipermudahkan jalan pulangnya. :)

    ReplyDelete
  18. kita lahir bulan yg same la..Kak Nur lahir 8 march..hihi..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!