Sunday, 23 March 2014

Review Novel: Sepasang Kurung Pink

Salam to all readers,


Penulis: Nureen Mirza
Harga: RM23.00
Halaman: 1-586
Keluaran: Alaf21

Sinopsis:

"Jadikan Diza Irdina teman hidup aku?"

Mama kata, Diza irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Huh! Merepeklah... Cantik sangat ke perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai tudung litup. Asyik-asyik bajunya warna pink. kerjanya pun setakat guru sekolah. Hisy, mana padan dengan dia, seorang engineer!

Namun, puas dielak.. Jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit Hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya sesuka hati. Selagi perempuan itu tidak menangis, jangan panggil dia Syahrin Haiqal.

"Sebelum keluar rumah awak, saya dah tengok muka saya dekat cermin. Memang saya tak sepadan dengan awak."

Tetapi Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin buli dia? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki.

Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi ni. Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibenci itu menjadi pengubat rindunya.

Review dari Azwar:

Jalan ceritanya sekali baca dah tahu apa kesudahan ceritanya. Kisah hidup Diza Irdina sangat kesian. Diza Irdina merupakan seorang anak kepada banduan. Ibunya dipenjarakan atas tuduhan membunuh bapa tiri Diza Irdina. Mak Diza membunuh bapa tirinya pun disebabkan Diza Irdina nyaris-nyaris kena rogol dengan si bapa tiri. Setelah mak Diza dipenjarakan, Diza terpaksa mengambil alih tanggungjawab seorang mak ayah untuk menjaga adiknya Daim. Dalam pada Diza menjadi seorang guru, mama Syahrin mula berkenan kepada Diza sehingga nak dijadikan menantu. Mama Syahrin selalu datang ke sekolah untuk mengambil cucunya merangkap kepada anak saudara Syahrin. Kisah Syahrin? Kenapa dia ego? Si Syahrin ini dulu pernah ada kisah silamnya dahulu, iaitu dia pernah bertunang dengan seorang perempuan yang bertudung. Satu haritu tunangnya terkantoi, si Syahrin nampak tunangnya dengan lelaki lain atas katil. Sejak peristiwa itu, dia cop perempuan yang bertudung ini tiada akhlak dan bertopengkan syaitan. Nak tahu lebih lanjut? Bacalah sendiri okay. Apa-apa pun, aku suka baca novel ini disebabkan gaya penulisan yang cukup santai dan tidak membosankan. =)


17 comments:

  1. Kbanyakan novel happy ending kan .. Bca review kt atas , ksihan pula kt Diza n Syahrin tk ptut btul smakan prempuan lain dngn Diza .. *over pulok dh*
    Sweet tk cite ni ? :)

    ReplyDelete
  2. Ni mesti pengemar novel kan. hihi.
    Tiey xsuka baca novel xtau kenapa.hee :)

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak baca novel....hmmm

    ReplyDelete
  4. macam best je hehe cover novel tuu nampak comel =)

    ReplyDelete
  5. wahhh sweetnyaaa hihihihi. Memang banyak konflik tu. Nyaris dirogol bapak tiri lah, anak banduan lah, tunang bertudung tapi mcm setan lah, hihihihi <3
    thanks share ni kak azwar!!! <3333

    ReplyDelete
  6. sudah lama tak baca novel..bila terbaca review ni, macam teringin pula nak membacanya..:)

    ReplyDelete
  7. nice review.. mesti cerita nie sedih..

    ReplyDelete
  8. dah lama akak tak baca novel.. menarik review novel ini azwa.. :D

    ReplyDelete
  9. simple review.. bleh la cari nanti. mcm best je

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. macam best je. lama tak beli novel. hehee selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    ReplyDelete
  11. Nak beli novel.. tapi.. tak ada duit T_T

    ReplyDelete
  12. eh mcm pernah degr lah tajuk sepasang kurung biru nie. telemovie .

    ReplyDelete
  13. lama dah tak baca novel sejak dah ada baby :P

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.

    If belum join GA Nad dan Liniey, jemput join ea :) Ada 2 top refferal, jadi dinasihatkan join secepat mungkin utk berpeluang menang top refferal.

    Kalau dah join, teruskan promote GA menggunakan link entri penyertaan ea.

    Dan..

    90+ pemenang random dicari !

    http://www.linieynor.com/2014/03/sweet-giveaway-by-misz-nadea-liniey-nor_14.html

    Untuk melihat senarai sponsor beserta hadiah boleh klik link http://www.linieynor.com/2014/03/senarai-sponsor-dan-hadiah-sweet.html

    :)

    ReplyDelete
  15. Waaa, best2. Nak kene dapatkan niii. Skang nii pon tgah jinak2 balik jalankan hobi lama baca novell. Heee

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com