February 2014 - Azwar Syuhada

Monday 24 February 2014

Tips: Buah Tomato Merupakan Sumber Kecantikan Tersendiri
10:31 pm 22 Comments
Assalamualaikum to all readers,



Setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali ke alam maya. Penat juga rasanya menyental rambut orang ini, tapi dalam pada masa yang sama rasa seronok sehingga blog pun terabai. Kali ini, aku kongsikan sedikit mengenai khasiat buah tomato.

Untuk pengetahuan anda semua, khasiat yang terkandung dalam sebiji tomato lebih daripada apa yang kita dapat bayangkan kerana ia mampu memberikan kulit licin jika diamalkan selalu. Tomato atau nama saintifiknya lycopersicon esculetum amat kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang amat diperlukan dalam badan. Tomato juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Terdapat beberapa kajian, yang mengatakan tomato juga mampu menghindari penyakit barah prostat bagi kaum lelaki dan khasiat antioksida semulajadinya mampu memberikan kesihatan yang baik kepada badan.

Bagi mereka-mereka yang mementingkan kecantikan, sangat disarankan untuk mengamalkan makan buah tomato kerana banyak memberi impak untuk menegang dan mencantikkan kulit di samping khasiat-khasiat lain.

Antara khasiat buah tomato:

1. MENGURANGKAN JERAWAT
Rebus tomato sebelum potong sebesar ibu jari agar mudah dipegang. Gosokkan tomato tersebut pada wajah dan biarkan ia sehingga kering dalam 15 minit sebelum bilas dengan air. Lakukan beberapa kali dalam seminggu.

2. MENGECILKAN LIANG ROMA
kisar tomato sehingga lumat dan sapukan pada muka. Bagi memberi kesan kelembapan bolehlah tambahkan sedikit madu. Biarkan ia kering dalam satu jam sebelum bilas dengan air suam pada muka.

3. MENGHALUSKAN WAJAH
Kisar tomato hingga mendapatkan jusnya dan sapukan pada muka seakan mencuci muka dengan pembersih muka. Urut perlahan-lahan dan bilas dengan air.

4. MENYEGARKAN WAJAH KUSAM
Tomato memang terkenal kerana memberi kesegaran pada wajah. Kisar sebiji tomato dan campurkan sedikit yogart dan sapu di seluruh wajah dan biarkan kering selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air bersih.

Kredit: Utusan Malaysia

p/s: Jangan lupa hujung minggu ini birthday aku k! (2/3/2014) Pada sesiapa nak bagi hadiah pun boleh. Ianya amat dialu-alukan lagi. hahaha.. 


Reading Time:
Giveaway Holiday Anum
9:45 pm 6 Comments

Assalamualaikum...

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Cara-cara menyertai Giveaway Anum adalah seperti berikut :


1. Buat entry bertajuk "Giveaway Holiday Anum"
2. Letakkan Banner giveaway di entry
3. Follow Blog Anum

4. Follow Instagram [Jika ada account IG]
5. Pengumuman Pemenang pada 18 March 2014
6. Para pemenang akan dipilih melalui random.org & creativity

Nama :
URL entry giveaway :

Entry mana paling anda suka di blog Anum & kenapa:


Reading Time:

Sunday 9 February 2014

Yeo's Pilihanku
12:27 am 34 Comments
Salam to all readers,



Yeo’s merupakan satu produk minuman yang tidak asing lagi di Malaysia. Saya pasti, kebanyakan rakyat Malaysia tidak kiralah Melayu, India mahupun Cina tahu akan Yeo’s. Setidaknya, anda pasti pernah minum ataupun membelinya di kedai-kedai.

Untuk pengetahuan anda semua, Yeo Keng Lian merupakan pengasas Yeo’s di Wilayah Fujian, Zhangzhou, China. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sampai ke hari ini perniagaannya  semakin berkembang sehingga di kenali seluruh rakyat Malaysia.

Yeo’s mula melebarkan sayapnya dengan menubuhkan Kilang Sos Yeo Hiap Seng yang berpangkalan di Singapura. Kemudian, mengembangkannya lagi di Malaysia sekitar tahun 1940. Yeo’s juga turut menjalinkan hubungan kerjasama dengan beberapa anak syarikat dan menubuhkan cawangan di luar negara. Untuk pengetahuan anda semua, Yeo's Malaysia merupakan sebuah pusat pembuatan terpenting bagi Pengedaran Global Yeo untuk pasaran Indonesia, New Zealand, Australia, IndoChina, Amerika Syarikat dan Eropah. Jadi tidak hairanlah, Yeo’s mampu berdiri teguh menempa nama di persada negara.

Mak saya ada juga berkata, pada sekitar tahun 1970-an hingga1980-an masyarakat lebih menyukai air dalam botol kaca seperti air coca cola, soya, pepsi dan lain-lain lagi. Hal ini kerana, memudahkan mereka memulangkan botol tersebut semula.

Tahun demi tahun, teknologi semakin canggih dan pengusaha-pengusaha kilang mengambil inisiatif untuk memperbaharui  air minuman Yeo’s dari botol kaca ke pek kotak, air tin, air botol yang direka dengan pelbagai bentuk yang unik. Terdapat pelbagai jenis air minuman Yeo’s yang semula jadi dan berkhasiat. Antaranya ialah air soya, teh, yogurt dan air buah-buahan.

Banyak-banyak air yang di keluarkan oleh Yeo’s, air Soya Yeo’s menjadi pilihanku. Hal ini kerana, airnya kaya dengan kacang soya yang bermutu tinggi dan ianya diperbuat daripada Kacang Soya Kanada. Malah, ia juga kurang lemak, tanpa bahan pengawet, tanpa bahan pewarna dan bebas dari kolestrol. Untuk pengetahuan anda semua, air soya bukan sahaja sedap malah ia mampu memberi kita tenaga sepanjang hari serta membantu mengawal berat badan.


Sehingga ke hari ini, saya masih setia bersama Yeo's. Ke mana saya pergi, air minuman Yeo's pasti ada bersama.

Air minuman Yeo’s juga boleh dikatakan banyak mempengaruhi masyarakat Malaysia. Terutamanya kaum Melayu yang lebih gemar memberi buah tangan minuman Yeo’s sebagai pengganti bunga telur dalam acara majlis perkahwinan, majlis tahlil dan acara rasmi. Malah, air minuman Yeo’s juga turut boleh dijadikan hadiah dalam acara sukaneka di sekolah-sekolah. Ada juga segelintir masyarakat Melayu, mempercayai ‘kalau hendak anak berkulit putih, minumlah Air Soya Yeo’s semasa mengandung.

Air minuman Yeo’s juga mudah didapati di kedai-kedai runcit, pasar raya, perhentian rehat lebuh raya, dan kedai-kedai buah. Hampir kesemua kedai pasti menjual air minuman Yeo’s. Jelaslah bahawa, air minuman Yeo’s telah menarik hati masyarakat Malaysia. Untuk pengetahuan anda semua, Yeo’s bukan sahaja mengeluarkan produk minuman malah ia juga turut mengeluarkan produk makanan yang turut diperbuat daripada bahan semula jadi dan herba. Contohnya, mi segera, sos makanan, dan minyak bijan.


Antara barangan keluaran Yeo's. [Sumber google]

Sekiranya anda semua ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Yeo's, anda semua bolehlah melayari laman web Yeo's untuk mengetahui apa sahaja aktiviti, produk terbaru, dan sebarang pertanyaan juga boleh rujuk di sini:


yeos-minicontest-728x90

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

p/s: Entri ini merupakan sebuah entri Contest Yeo's Sepetang Bersama Blogger. Sekiranya anda, suka dengan cerita yang saya taip ini, silalah merajinkan diri untuk klik button google plus dan like sekali. Sekian terima kasih. >_<

Reading Time:

Wednesday 5 February 2014

IamNEETA ft. Najwa Latif - Kau Pergi Jua
9:22 pm 16 Comments
Assalamualaikum to all readers,

Kau Pergi Jua nyanyian Najwa Latif ft. IamNeeta sekarang menjadi lagu favourite aku buat masa ini. Boleh dikatakan setiap kali aku online, pasti lagu ini menjadi peneman setia. Gabungan suara Najwa Latif dan IamNeeta dalam lagu ini memang sedap didengar dan unik. Ulang banyak kali pun tak mengapa, sebab tak rasa bosan pun. Boleh dikatakan, semua lagu nyanyian Najwa Latif aku suka dengar. Dari lagu Cinta Muka Buku, I love U, Adamu termasuklah Kau Pergi Jua ni.

Nah, aku dah siapkan sekali videonya. Trylah dengar!


Lirik Lagu : Kau Pergi Jua - iamNEETA feat. Najwa Latif


[Neeta]
Kau pergi jua...
Dari hidup ku..
Kini sendiri...
Di hari-hariku..

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua...

[Najwa Latif]
Kau pergi jua...
Dari hidup ku...
Kini sendiri...
Di hari-hariku..

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

[Neeta & Najwa Latif]
Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

Kau pergi jua..
Kau pergi jua..
Kini sendiri di hari-hariku..
Kini sendiri di hari-hariku.....

p/s: Baca lirik lagu pun, rasa teruja nak dengar. Lagu ini aku suka dengar, tak tahulah kalau korang tak suka dengar. =_=


Reading Time:

Tuesday 4 February 2014

Kerja!
8:13 pm 31 Comments
Salam to all readers,

Alhamdulillah hampir sebulan lebih juga aku bekerja dan untuk bulan ini kira gaji kedua aku. Terasa bangga jugalah dapat pegang duit gaji sendiri. hahahaha.. Nampak tak kejakunan aku di situ?

Mesti korang masih berteka-teki apa pekerjaan aku kan? Ada juga yang meneka aku bekerja sebagai MAID seperti dalam novel "Menantu Datin Izzah". Sebenarnya, badi yang aku maksudkan dalam novel tersebut hanyalah di part kena buang kerja sahaja.

Ceritanya bermula begini, setelah sebulan bekerja kawan sekerja berkata kepadaku 'lu banyak hebat, cari kerja sorang-sorang lorh dan sangat berani'. Kembang kuncup jugalah bila orang sudah puji tu. Padahal masa aku masuk tempat itu masih dalam keadaan marah sebab kena pecat, tambah-tambah hujan pula waktu itu. Lagilah benagang!!

Permulaan...

Start bekerja pada 23/12/2013. Sebelum nak mula bekerja tu, ada juga aku terfikir apa kerjalah yang akan diberi pada aku ini. Kalau ditengokkan memanglah nampak senang, tapi kalau tiada kemahiran dan juga sijil memotong apa boleh buat kan? Tapi kalau bab mengemop dan mengelap cermin itu aku memang pakarlah. Tak payah sijil pun takpe.

Minggu pertama...

Aku diajar menganyang kepala orang. Agak kekok jugalah masa mula menganyang kepala orang. Bila balik sahaja, aku mula praktis dekat kepala mak dan adik aku. Mak aku kata, agak ganas jugalah aku menganyang. Esoknya, aku diajar sekali lagi step menganyang dan disuruh menganyang kepala boss. Boss tu? Dalam hati ni, takut jugalah nak menganyang kepala boss sendiri. Nasib baiklah boss aku tu cool orangnya. Hari demi hari, cara aku menganyang kepala orang sudah semakin mahir. Suka betul aku!! Buat masa ini, customer berpuas hati dengan kerja aku. Rata-rata customer yang datang di sini adalah rakan-rakan sekolah aku, baik Melayu, Cina mahupun India. Alhamdulillah setakat aku bekerja di sini masih belum ada lagi penduduk Bangla mahupun PAK TAM mengunjungi kedai ini. Mungkin tempat aku bekerja ini bukan pasaran mereka. Kawasan tempat aku ini adalah kawasan industri. Jadi rata-rata yang datang juga terdiri daripada pekerja-pekerja kilanglah jawabnya.

Benda yang aku kena hadap hari-hari adalah shampoo, conditioner, hair dryer, puspa dan macam-macam lagilah. Dalam pada masa yang sama, aku cukup kagum dengan boss aku. Yelah mana tidaknya, boleh dikatakan semua kerja dia melakukan sendiri dari bab menggunting, membancuh warna, dan mendandan rambut. Tugas pekerjanya hanyalah mencuci dan menyediakan peralatan yang diperlukan. Mungkin dia mahu menghasilkan sesuatu kerja itu dengan baik dan sempurna. Yelah, kalau pekerja tersalah bancuh ianya sudah menjadi satu masalah kena bancuh warna semula. Dekat situ sudah membuang masa. Justeru, dia mengambil langkah untuk melakukannya sendiri. Nampak tak tahap kebertanggungjawaban boss aku?

Walaupun aku bekerja di tempat orang bukan Islam sekalipun, aku berasa bersyukur sangat kerana mereka lebih terbuka dan menghormati aku sebagai orang Islam. Aku dapat ruang untuk solat di rumah mahupun di situ. Dan yang paling penting aku tidak rasa menyesal sama sekali kena pecat dekat tempat kerja sebelum ini walaupun tidak sampai 1 hari. Tapi rasa geram tu masih ada lagilah. Bagi aku inilah dinamakan rezeki. Bak kata pepatah tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Ada juga kawan yang sudah tahu aku bekerja di mana. Ada yang rasa teruja dan ada juga yang mempertikaikan pekerjaan aku. Mereka-mereka berpendapat kalau bekerja di salun sudah tentu-tentu kena cuci customer lelaki juga kan? Bukan haram ke sentuh rambut lelaki? Kau tak geli ke pegang rambut lelaki? Okay, aku akui aku juga mencuci rambut perempuan dan termasuklah lelaki. Why not?

Setiap pekerjaan pasti ada baik dan juga buruk. Contohnya, ada segelintir orang yang berpendapat kerja dipasaraya itu haram. Mereka berpendapat kalau kerja dipasaraya pasti kena sentuh botol arak. Haishh!! Aku pun tak faham dengan orang berfikiran sempit camni. Ada segelintir remaja duduk berkepit dan berpegang-pegang tangan itu taknak pula ditegahnya. Jadi aku tak rasa pekerjaan yang aku buat ini haram walaupun kena cuci rambut lelaki. Bukannya aku meraba pun kan? Aku mencuci pun di tempat yang terbuka, ramai orang di situ. Apa masalahnya? Pekerjaan ini nampak senang tapi mencabar juga. Ada beberapa step untuk mencuci rambut bukannya main ganyang sahaja. Apa-apapun aku rasa happy sangat-sangat dengan pekerjaan aku ini. Jadi teka-teki korang, sudah pun terjawab iaitu aku bekerja di salun rambut.


Ini kad salun tempat kerja aku. If korang berminat, boleh je datang!


Bergambar dengan rakan kerja iaitu Yow Mei Hong dan Janet. Dua-dua Chiness, aku seorang sahaja pekerja Melayu.



Rambut salah seorang customer Cina untuk bulan ini. Bulan ini ramai customer datang buat rambut raya. =)

p/s: Walau apapun kerjanya kita mestilah melakukan pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh dan jangan sesekali curi tulang. Yang paling penting solat kita terjaga. Bagi adik-adik lepasan SPM yang ibu bapanya tidak membenarkan bekerja, manfaatkanlah cuti anda dengan perkara-perkara berfaedah. Mungkin ada sebab parent korang tidak bagi bekerja. Belum tiba waktunya lagi. Insyaallah umur macam aku nanti di awal usia 19 tahun korang sudah boleh bekerja.

Reading Time:
Giveaway 5K Dunia sebenar Shida
10:47 am 24 Comments
Assalammualaikum, peace upon you.

Sempena tahun baru ini, aku merajinkan diri join mana-mana segmen mahupun giveaway yang dianjurkan oleh para blogger. Kenapa nak join? Sebab nak mengeratkan hubungan sesama para bloggerlah kononnya. Apa-apa pun, kali ini aku join giveaway yang dianjurkan oleh blogger Shida. Giveaway yang dianjurkan ini merupakan giveaway yang pertama pada tahun 2014 ini. Kira giveaway sempena tahun baru. Jadi apa tunggu lagi, jomlah beramai-ramai join giveaway ini. Hadiah menarik menanti 40 pemenang bertuah. Banyak kan? Berminat nak join? Just klik banner bawah ini!

http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :
Reading Time: