January 2014 - Azwar Syuhada

Thursday 30 January 2014

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN
4:22 pm 8 Comments

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.

Reading Time:

Saturday 25 January 2014

Review: Double Stemcell
9:53 pm 17 Comments
Salam to all readers,

Pada mereka yang tidak tahu lagi mengenai Stemcell, sini aku terangkan serba sedikit mengenainya. Produk ini memang bagus tapi agak costly sekotak sahaja RM250 (14 sachet) Nak murah? Sign up package dan ianya boleh buat $$$$$$USD. Memang tak ruginya kalau anda hendak mencuba.

[Baca info ini sampai habis jika anda nak tau kehebatan Phytoscience Double Stem Cell]

Anda tau tak walaupun anda pakai/amalkan produk beribu ringgit tapi masih tak memberi kesan, itu maknanya banyak toksin & kotoran yang duk beranak pinak dalam tubuh anda. Selagi anda tak buang toksin tu jangan haraplah produk yang anda guna nak dapat kesan cepat & optimum.

TANDA-TANDA BANYAK TOKSIN :
* Kerap sakit kepala & badan letih tanpa sebab
* Tiada sebarang kesan apabila makan vitamin + supplement
* Susah bangun tidur & bahagian keliling mata gelap
* Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit
* Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi & Sinus
* Berat badan meningkat & Kehadiran selulit
* Masalah jerawat yang tak hilang-hilang.

MACAM MANA DOUBLE STEMCELL MEMBANTU ANDA ??

♥♥ Membantu serapan supplement dengan maksimum
♥♥ Buang toksin melalui perkumuhan
♥♥ Menguruskan badan melalui pembakaran lemak
♥♥ Mencantikkan kulit menjadikan complexion kulit merah jambu
♥♥ Menyerap asid urik dalam badan
♥♥ Membaiki sistem penghadaman
♥♥ Melancarkan peredaran darah
♥♥ Memutih & menggebukan kulit wajah dan badan
♥♥ Membantu mengurangkan kedutan pada kulit
♥♥ Menghapuskan jerawat
♥♥ Mengaktifkan sel-sel badan dan kulit
♥♥ Membantu menjadikan kulit halus, licin dan anjal
♥♥ Menghilangkan minyak berlebihan
♥♥ Melembapkan kulit
♥♥ Meningkatkan daya penyerapan kolagen oleh badan
♥♥ Merangsang badan bagi menghasilkan lebih kolagen
♥♥ Membantu menguatkan sendi dan tulang
♥♥ Membantu bertindak sebagai anti penuaan
♥♥ Agen antioksidan
♥♥ Menjaga kesihatan dan jantung
♥♥ Mengurangkan risiko kanser & penyakit lain

Amatlah disyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah seperti berikut:
*Gout
*Kencing manis
*Darah tinggi
*Lemak darah
*Anemia

*Kulit sensitif
*Sistem penghadaman lemah
*Demam selsema
*Mudah letih dan badan lemah
*Tekanan
*Kolestrol tinggi

KEUNIKAN DOUBLE STEM CELL
- Cara pemakanan yang unik & tidak seperti biasa
- Supplemen yang diamalkan terus diserap ke salur darah
- Memenangi Anugerah Europe Innovation 2008 & 2012
- Dapat pengiktirafan GMP, HALAL, SIRIM
- Ada Perlindungan Insurans RM 3 Juta

Hanya buka 1 sachet & tuangkan serbuk di bawah lidah.. Kemam selama 15-20 saat.. SENANG JE, kn.. Disyorkan bagi penyakit kritikal 1 sachet sebelum tidur & 1 sachet selepas bangun tidur.

Siapa Yang Boleh Menggunakannya:
Sesuai utk Seisi Keluarga, Semua Peringkat Umur, Lelaki & Perempuan termasuk ibu mengandung & menyusukan, Vegetarian serta kanak-kanak.

=================================
PM/SMS/WHATSAPP 012 7076180
=================================








Reading Time:

Thursday 23 January 2014

Ayuh daftar Whohaa.com!
10:00 pm 29 Comments
Salam to all reader,


Harini aku nak share something dengan korang mengenai satu laman web yang kira baru sahaja diperkenalkan iaitu Whohaa.com. Laman web ini merupakan salah satu laman web untuk kita menjana pendapatan. Aku pun baru tahu mengenai laman web ini dan baru sahaja mendaftarnya minggu lepas (12/12/2013). Aku harap dapatlah redeem sesuatu barang di situ dengan cepat. =)

Apa yang perlu anda lakukan?
1. Register
2. Survey
3. Redeem points
4. Tunggu barang korang sampai!

Siapa yang layak mendaftar?
1. Pelajar
2. Facebooker
3. Golongan bekerja
4. Suri rumah
5. Sesiapa sahaja

Antara barangan yang korang boleh peroleh selepas points anda mencukupi?
1. Samsung Galaxy Camera (190000 points)
2. Kingston 16GB Flash Drive (6500 points)
3. AEON Jusco RM20 Gift Voucher (3650 points)
4. Fujifilm Instax Mini 8 (58000 points)

DAN MACAM-MACAM LAGI! 

Cara hendak mendaftar?
1) Register

 Just click pada kotak oren (register), kemudian isilah details mengenai diri korang.

2) Jawab survey


Kotak OREN: Tekan untuk lihat survey yang masih available untuk korang.
Kotak KUNING : Tekan untuk menjawab survey dan peroleh points.

3) Redeem barangan yang bersesuaian dengan points





Kotak OREN: Tekan untuk lihat barangan yang boleh di-redeem.
Kotak KUNING : Tekan untuk melihat dengan lebih terperinci akan barangan yang korang ingin redeem.


Setelah korang tekan, korang boleh melihat berapa point yang diperlukan untuk redeem dan berapa unit
yang masih available. Sekiranya points anda telah mencukupi, bolehlah click pada kotak HIJAU.


Berminat nak daftar? 
KLIK SINI

Kredit: Nadratul Syazwana
  
Reading Time:

Friday 17 January 2014

Tips: Blogging Cara Saya
9:57 pm 15 Comments
Assalamualaikum..


Kali ini nak share something dengan korang mengenai tips blogging pula. Terdapat pelbagai aspek yang perlu di ambil kira semasa berblogging. Ini cara akulah, tak tahu cara korang bagaimana pula kan?? 








Antara aspek yang perlu diambil kira ialah:

1) background
Bagi aku background yang paling sesuai ialah warna putih. Kalau bacground belakang suka hatilah nak warna apa pun. Cuma jangan terlalu banyak warna, nak sakit mata pula.

2) entry yang menarik
Aku pon bukan tulis entry yang menarik sangat pun dalam blog ini. Bagi aku, kurangkan sikit cerita mengenai hal berkaitan peribadi, pakwe, or makwe sekalipun. Sebab ada setengah blogger tak berapa berkenan nak follow blog macam ini. Apa kata, korang kongsi mengenai pengalaman belajar, isu semasa, tips, resepi dan macam-macam lagi cerita yang menarik buat para pembaca gitu.

3) letak lagu dalam blog
Tak salah pun jikalau letak lagu dalam blog. Tak dapat dinafikan, aku pun pernah letak lagu dalam blog iaitu lagu "What Do You Want From Me". Bila difikirkan balik, rasa bising dan mengganggu blogger yang datang menjengah blog aku pada masa itulah (itupun kalau ada orang jengah). Kalau ia pun nak letak lagu, tolong pastikan lagu tu tak terlalu binggit sangat dan jangan letak auto player. Dari rasa orang nak follow cerita kita, terus tak jadi disebabkan gangguan music yang tak henti-henti.

4) tulisan 
Tulisan juga memainkan peranan penting dalam berblogging. Kalau takde tulisan, camne riders nak baca kan?? Seelok-eloknya, gunakan sahaja tulisan yang simple, mudah dibaca, dan gunakan size font yang sesuai. Kalau blog korang dah berwarna-warni, gunakanlah font yang besar dan warna yang sesuai, supaya senang orang nak baca.

5) sidebar widget
Letak yang perlu sahaja, contohnya gadget follower, blog archive, profile, ataupun blogger list. Kalau terlampau banyak gadget pon susah juga, sebab nanti loading teramatlah lambat. 

6) follower
Untuk pengetahuan korang, blog ini merupakan blog kedua aku, setelah blog lama telah ku hapuskan dengan tidak sengaja. Jadi aku tahulah serba sedikit mengenai blogging. Tak dinafikan, aku juga suka follow blog orang tanpa ada sebarang paksaan. Jadi elakkanlah tulis ayat ini, 'Done follow you, please follow me back'. Sejujurnya aku pernah juga tulis buat pertama kali aku berblogging, tak tahulah pula ada yang tak suka dengan ayat itu. Aku berani tulis pun sebab, dekat kotak chatbox banyak tulis macam itu, jadi aku ikut sahajalah (betapa kuat pengaruhnya). Jadi yang pastinya, jangan tulis macam itu ya!! Followlah blog seseorang itu dengan seikhlas hati, insyaallah orang akan mudah nak follow kita semula. =)

7) bahasa
Tak kisahlah kalau korang nak tulis bahasa melayu or english sekalipun. Yang penting kurangkan bahasa short form, sebab bukan semua orang faham bahasa short form yang kita sendiri buat kan? Dan ada juga sukar nak fahamkan apa yang kita sampaikan dan rasa geli nak baca pun adakalanya. Jadi, gunakan bahasa yang sesuai dan mudah untuk difahami oleh semua orang.

8) cbox/ shoutbox/ lain-lain
Benda ini juga memainkan peranan dalam blog. Kalau tiada, rasa hilang mood nak berblogging. Seelok-eloknya pasanglah benda alah ini dalam blog, supaya mudah berinteraksi dengan blogger-blogger yang lain. Kalau rasa nak privatekan pon boleh, tukar sahaja width dan juga height.

Sebenarnya, blogging ini pun ada pasang surutnya. Bukan hari-hari kita boleh mengadap blog sahaja kan? Jadi gunakanlah masa yang sesuai untuk berblog. Kalau ia pun nak berblogwalking, ikutlah waktu yang sesuai. Janganlah time azan berkumandang, korang mengadap blog. Nanti timbul pula spekulasi yang tak berapa elok daripada blogger lain. Tak gitu??


p/s: Sekadar berkongsi mengenai cara aku berblogging. Tak tahulah pula, kalau-kalau cara korang berbeza kan?? Jadi fikir-fikirkanlah la ye!! Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat berblogging -_-


Reading Time:

Saturday 11 January 2014

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Sunday 5 January 2014

Review: Ariana Rose (The Wedding Beaker) dan Projek Memikat Suami
10:02 pm 31 Comments
Salam to all readers,


Kebelakangan ini bannyak drama-drama bersiri yang diadaptasikan daripada penulis-penulis novel muda yang ditayangkan di kaca televisyen. Daripada channel kerajaan hinggalah ke channel swasta. Kalau di RTM, sudah tentulah Syarifah Abu Salim menguasainya. Beliau bukan sahaja boleh menulis novel tapi boleh mengolah novelnya ke drama, tambah-tambah pula mendapat sentuhan magic Rosyam Nor dan ia mampu membuai perasaan penonton terutamanya kaum wanita.

Di channel TV3 pula, mereka menyiarkan drama bersiri dari novel Teduhan Kasih, Playboy Itu Suamiku?!, dan kini Ariana Rose mengambil alih waktu tersebut. Kalau diikutkan novel, tajuk sebenarnya ialah "The Wedding Beaker'. Mungkin tajuknya lebih kepada Mat Salleh, justeru pengarah drama mengambillah nama watak utama sebagai tajuk drama tersebut.

Manakala di channel astro pula kian hangat dengan drama terbaru yang diadaptasikan dari novel 'Projek Memikat Suami'. Kebanyakan novel bukanlah best sangat apabila dibaca, tapi disebabkan pengarah drama tersebut pandai memilih pelakon dan pelakon tersebut pandai menjiwai watak tersebut, jadi nampaklah cerita itu benar-benar hidup. Ada juga novel yang best dibaca, tapi apabila didramakan jadi hancur pun ada. Itu pendapat akulah. Pada pendapat akulah, kalau cerita itu seronok, tengoklah. Kalau tak seronok tak payahlah tengok. Yang penting jangan mengutuk drama mahupun pengarah tersebut!

Ariana Rose ( The Wedding Beaker)

Sinopsis


Projek Memikat Suami

Sinopsis


p/s: Kebanyakan novel sekarang ini lebih kurang sama sahaja jalan ceritanya. Kalau heronya sudah tentulah anak dato-dato, manakala heroinnya pula dari kalangan pertengahan. Nak tahu best ke tak, kenalah baca!
Reading Time:

Wednesday 1 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014!
5:08 pm 28 Comments
Salam to all readers,


Semasa pertengahan tingkatan 6 atas (STPM), member-member aku dah merancang untuk mencari kerja sambilan selepas habis exam nanti. Kebanyakan mereka mencari kerja di shopping mall, KFC, McD, dan beberapa tempat lain lagi. Serius aku cakap memang aku tidak pernah ada pengalaman bekerja. Kebanyakan member-member pula, memang sudah ada pengalaman bekerja sejak berumur 17 tahun lagi iaitu ketika lepasan SPM lagi. After SPM, memang aku stay di rumah sahaja. Mak tak bagi green light dekat aku kerana dia anggap masih bawah umur lagi. Dah diberi cuti, jadi nikmatilah cuti itu sepuas-puasnya. Setakat ini, keturunan belah mak aku memang tidak ada lagi yang bekerja sewaktu lepasan SPM.

Ada juga member-member yang mengajak bekerja di shopping mall area Klang. TAPI disebabkan aku ini memang kedekut, semua benda berkira dari segi tambang pergi balik, duit makan, semua benda tu aku berkira. Jadi aku mengambil keputusan tak payah pergi bekerja di sana. hahahaaha..Seminggu selepas tamat exam, barulah aku mula mencari kerja di sekitar kawasan Telok Panglima Garang. Hari yang aku merancang untuk mencari pekerjaan itu pula hujan, jadi aku pergi belah petang. Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk dengan muka tak malunya. Pada keesokkan harinya, salah satu kedai yang aku masuk tempoh hari telah menelefon aku lalu menyuruh untuk datang ke kedai pada sekian hari. Dalam hati dah kembang kuncuplah, seronok dapat kerja katakan! hari pertama aku nak bekerja, malamnya aku dah bersemangat waja untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Hari yang dinantikan itu rasa macam terlampau lama masanya. Tidak sampai satu hari, salah seorang stafnya yang paling baik dan penuh bergaya telah menyuruh aku untuk pulang ke rumah dan tidak perlu datang lagi. Alasannya aku pun tidak tahu. Takpelah, aku anggap sahaja iainya bukan rezeki aku. Aku rasa, aku sudah terlebih mesra ataupun mereka sendiri rasa tercabar dengan kedatangan aku. Mungkin juga, kedatangan aku ini boleh mencaras kerjaya mereka. Tapi dalam hati ini, geram jugalah. 

Agaknya aku terkena badi dari penangan novel MENANTU DATIN IZZAH yang baru sahaja diterbitkan. Jalan cerita novel tersebut terkena jugalah pada aku ini. 

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dengan keadaan yang sangan 'GEMBIRA', aku masuk juga di salah satu kedai lagi untuk mencuba nasib. Manalah tahu, rezeki aku di situ. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Seminggu selepas kejadian itu berlaku, ada orang text aku untuk bekerja. Rasa gembira jugalah, dapat kerja. Tapi taknaklah terlalu excited takut kena tendang lagi.

Alhamdulillah, tempat kerja kali ini aku rasa macam seronok dan lebih relax sahaja. Walaupun, terkadang aku merasa aku macam di planet yang lain. Pekerjaan kali ini, tidak pernah aku terfikir dan sangka untuk melakukannya. Boss, rakan sekerja dan keadaan tempat itu pun boleh ngam dengan akulah. Mereka lebih friendly lagi dengan aku. Rasa macam dah lama kenal pun ada. Tempat kerja pun rasa tidak berapa jauh. Bak kata orang dulu-dulu sepelaung sahaja dah sampai. Dekat kan?

Semalam boss ada juga tanya aku, apa aktiviti malam tahun baru, aku cakap sahajalah aku nak tidur. Dia ada juga pelawa aku untuk countdown. Tapi aku ini jenis yang tak suka tempat sesak sebab rimas. Apa-apapun aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua.


p/s: Agak-agak korang apa pekerjaan aku? Cubalah korang teka! Nanti-nantilah aku cerita, sekarang ini tiada benda yang excited sangat. 




Reading Time: