October 2013 - Azwar Syuhada

Saturday 12 October 2013

Pandanganku di Wad 2
9:30 pm 35 Comments
Assalamualikum..

Alhamdulillah, mak aku sudah selamat menjalani pembedahan baru-baru ini. Hampir seminggu jugalah aku ulang alik ke hospital bersama pakcik dan makcik aku. Dalam pada masa melawat mak, sempat jugalah aku memerhati suasana dan juga keadaan di hospital tersebut.

Dalam wad sakit puan di tingkat 2, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Aku dapat memerhati betapa ramainya kaum wanita yang sakit. Nak kata golongan warga tua takdelah ramai sangat yang kulihat, nak kata muda pun tidak, malah ada juga golongan remaja yang berada di situ. Kebanyakan mereka ditemani oleh ibu mereka atau waris mereka sendiri. Kalau dah nama wad sakit puan, maka dah tentu-tentulah berkaitan dengan penyakit keperempuanan. Oleh itu, bagi gadis-gadis di luar sana yang seusia aku seandainya ada masalah period atau lebih di kenali dengan panggilan ABC yang tidak berapa teratur, jangan malu. Seelok-eloknya pergilah merujuk kepada doktor yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia tapi janganlah sesekali merujuk kepada kawan yang tidak bertauliah. Sekiranya ada risalah berkaitan kesihatan di dada akhbar, bacalah. Zaman sekarang ini, kita tidak sepatutnya berasa malu untuk mendapat rawatan. Banyak pilihan yang ada sekarang, cuma nak dengan taknak sahaja.

Sebenarnya, hampir 10 tahun jugalah aku tidak menjejakkan kaki ke hospital untuk melawat orang sakit. Sewaktu aku melawat mak aku, rasa janggal apabila adanya jururawat lelaki di hospital. Sejak mak aku pulang ke hospital, tak putus-putus dia bercerita mengenai kekaguman dia terhadap jururawat yang bekerja di hospital tersebut. Tak dapat dinafikan, aku juga merasa kagum juga melihat mereka bekerja. Kecekapan jururawat-jururawat menguruskan pesakit. Masing-masing tidak menunjukkan riak muka yang kurang senang, atau merempan ketika mengendalikan pesakit yang banyak kerenah. Kalau aku di tempat mereka, dah tentu-tentulah aku merempan. Apabila nak menunggu pesakit nak muntah, sudah semestinya aku yang melambak dahulu. Semestinya, tugas seorang doktor ataupun jururawat ini amat mulia kerjanya kerana mereka sanggup berkorban demin menyelamatkan nyawa pesakit.

Bergambar bersama mak dan juga adik-adik saudara


p/s: Membilang hari dan juga bulan untuk menjalani peperiksaan STPM dan juga menamatkan zaman persekolahan.



Reading Time: