Monday, 11 February 2013

Tips : Memilih Sahabat !

 

Assalamualaikum ..

Olla!! Aku rasa blog aku dah berhabuk gila !! Lama sudah , aku tak menyapu rasanya . Kali ini , aku kembali dengan tips terbaru iaitu cerita berkaitan dengan SAHABAT . Sebab ada juga orang tanya dekat ask.fm bulan lepas, tentang tips sahabat . Macamlah aku pakar benar kan !! Never mind , wa kongsilah apa yang ada okay !!

Setiap orang mempunyai SAHABAT kan?? Ada ke, orang yang tak mempunyai sahabat ?? Siapa yang tiada sahabat, baik duduk dalam hutan, ngeh..ngeh... Pernah tak dengar pepatah melayu yang ini 'JIKA KITA BERKAWAN DENGAN PENJUAL MINYAK WANGI KITA AKAN BERBAU WANGI DAN JIKA KITA BERKAWAN DENGAN TUKANG BESI KITA AKAN RASA BAHANGNYA' . Pepatah ini memang sesuai betol untuk buat karangan tentang sahabat !!

Terdapat beberapa kategori dalam persahabatan . Antaranya ialah :

1) Berkongsi rahsia
Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita dan ada juga antaranya lebih rapat dengan sahabat    daripada keluarga sendiri sehinggakan segala-galanya dikongsi bersama termasuklah hal yang peribadi. Tak salah kalau nak berkongsi rahsia, cuma kena beewaspada dalam menceritakan hal peribadi ! Walaupun kita dah letakkan 100% pada dirinya .

2) Pelawak
Kita sepatutnya bertuah, sekiranya ada sahabat yang rajin buat lawak untuk kita. Walaupun, lawaknya tak berapa nak jadi. Sahabat ini jenis tidak kisah menjadi pelawak tidak bergaji demi melihat kita ketawa dan gembira. Right?

3)Pendengar yang baik 
Pendengar yang baik juga, salah seorang sahabat yang baik !! Sekiranya kita atau sahabat kita mempunyai masalah dan cuba untuk menceritakannya, cubalah menjadi pendengar yang baik. Bila dah dengar ceritanya, janganlah pula pergi jaja ceritanya dekat orang lain !!

4) Kejujuran
Semua orang mesti nak sahabat yang jujur bukan ?? Apabila kita bersahabat, kita perlu ada sikap jujur . Kejujuran ini amat penting dalam persahabatan. Seandainya menipu itu cara penyelesaian dari berlaku pergaduhan, barulah kita menipu !! Tipu sunat !

5) Sahabat ketika susah dan senang
Apabila kita bersahabat haruslah rajin or saling membantu antara satu sama lain . Seandainya sahabat memerlukan pertolongan dan sokongan kita sebagai seorang sahabat perlulah membantunya dan mendorongnya supaya dia tidak rasa keseorangan dalam menghadapi apa jua cabaran . Sahabat yang jenis ini, agak tepis untuk kita jumpai pada zaman sekarang !!

6) Time senang kau ada , time aku susah entah mana kau hilang
Yang ini mudah gila kita jumpa !! Tak payah cari, ia pasti datang kan ?? Sahabat yang macam ini kita patut elakkan . Sekiranya ia sahabat or rakan sekelas kita , kita boleh sahaja berkawan . Tapi jangan terlalu rapat.  Sahabat ini jenis orang yang masa kita senang, masa itulah dia terendeng-endeng datang dekat kita. Dan apabila kita susah, dan memerlukan pertolongan darinya agak sukar untuk kita mendapat pertolongan darinya bukan.

7) Mengumpat
Perangai kamu yang tidak disenangi seperti suka merungut, pemarah, suka membebel tidak kena tempat dan sebagainya mungkin boleh menjadi 'modal' sahabat kita itu mengumpat perihal perangai kita dengan sahabat-sahabat yang lain. Benar, mengumpat itu perkara yang menjengkelkan. Tetapi, jika difikirkan balik, sahabat kita bertindak sedemikian kerana tidak tahan lagi dengan cara dan sikap kita yang sering menimbulkan masalah.

8) Mulut tempayan!!
Ini jenis kawan yang juga patut kita elakkan. Ia berkaitan dengan kejujuran dan berkongsi rahsia. Bukan tidak boleh berkongsi or share problem, cuma berwaspadalah sikit !! Jangan letakkan 100% kejujuran pada sahabat kita walaupun dah bersahabat 10 tahun  sekalipun berwaspada. Sekarang, macam benda-benda boleh terjadi melalui teknologi moden kini. Sekiranya kita terputus sahabat, maksudnya kita putuskan sahabat sebab dia tidak jujur. Macam-macam boleh terjadi. Semua aib sahabat kita, akan terkeluar bukan. Itulah point sebenarnya dari segi sahabat mulut tempayan !! Sedangkan, di laman sesawang kita boleh maki hamun orang sesuka hati, jadi renung-renungkanlah !! Kalau dah terang lagi bersuluh, kawan kita jenis macam ini, seelok-eloknya hal peribadi tak usah cerita.

Apabila kita bersahabat, janganlah kerana kelebihannya, kerana dengan satu kelemahannya kita mungkin akan menjauhinya. Apabila kita berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukannya, kita akan membencinya ...Andai kita ingin seorang kawan, janganlah kerana sifat cerinya, kerana andai dia tidak dapat menceriakan kita, mungkin kita akan menyalahinya .
p/s : Bukan senang nak car sahabat yang betol-betol sahabat. Seandainya kita nak cari sahabat yang perfect, make sure kita perli nilai diri kita dulu !! Maksudnya kita kena nilai diri kita, ada tak kita ada masa sahabat kita susah ?? Ada tak kita menjadi pendengar yang setia ?? Adakah kita bersikap jujur?? Semua itu, kita perlu tanya pada diri kita dulu, sebelum menilai sahabat kita macam mana. Begitu juga, kalau berkawan dengan sahabat lelaki. Sama sahaja, cuma kena ada batasnya. Muhasabah diri dahulu, sebelum menilai kekurangan orang lain. Ingat, sebanyak mana kita benci or meluat dengan orang . Sebanyak itulah orang benci diri kita, tanpa kita sedari.


 Sebelum terlupa, boleh tak korang merajinkan diri untuk support seorang sahabat yang baru buat bisnes online! Tolong rajinkan tangan anda untuk LIKE page beliau !! >_<







Read More»

Monday, 4 February 2013

Merentas Desa 2013 & Beautiful Malaysia

Assalamualaikum ..

Di malam nan hening ni  tanganku laju menaip walaupun mata di kuyu ..(*penulisan aku semakin teruk sejak kebelakangan ini weiiiii)

Wehh!! nantilah dulu , baru prolog aku taip ni belum sampai cerita puncaknya lagi !! ngeh..ngehh...

Bulan pertama persekolahan , sudah semestinya acara utama yang di jalankan adalah merentas desa . Baik sekolah menengah mahupun sekolah rendah . Ia merupakan acara yang wajib di sertai dan ia juga salah satu markah yang di kira untuk kokurikulum . Tidak terkecuali sekolah aku juga menjalankan acara merentas desa .

Sebelum acara kejohanan merentas desa , mesti kena buat latihan kan ?? Mana boleh main redah sahaja , nanti ada yang tak cukup kaki dan tangah . Latihannya ada 3 kali sahaja , tapi aku skip satu hari . Sebab penat gila la weiii.. Aku ingat budak pra-u di kecualikan . Rupa-rupanya tiada pengecualian langsung . Nak taknak , kena lari juga !!

Semalamlah , hari kejohanan merentas desa ( Sabtu , 1/2/2013) . Walaupun budaknya pra-u tapi sudah tempatnya di sekolah , kenalah ikut peraturan sekolah juga !! Tapi takpelah , terasa muda sikitlah aku . I'm still young ! ngeh..ngehh...Dalam ramai-ramai budak yang merentas desa , ada juga yang terpaksa di usung naik ambulance .

Selepas tamat acara merentas desa , keesokkan harininya pula menyusuri acara BEAUTIFUL MALAYSIA yang diadakan di sekolah aku (Ahad , 2/2/2013) . Perdana Menteri merasmikan acara ini secara langsung di Petaling jaya . Manakala sekolah aku terpilih untuk daerah Kuala Langat untuk sama-sama menjayakannya Beautiful Malaysia ini , ramai pelajar institut lain turut serta untuk memeriahkan lagi acara Beautiful Malaysia .  Acara ini serentak di jalankan di beberapa kawasan lagi . Ia-ia aku ingat perdana menteri datang , rupa-rupanya dia datang melalui LCD sahaja . Ada juga ikon remaja datang , iaitu Iqwal dan juga Lan Kristal .

Acara kemuncak cerita ini adalah , jeng..jeng..jeng.. !!! Sudah semestinya acara bergambar . Bukan nama perempuanlah kan , kalau tak bergambar . Setiap gambar ada cerita dan kenangannya tersendiri . layan gambarlah ye !!

muka kepenatan setelah penat berlari



hari Beautiful Malaysia (3/2/2013)

bergabar dengan Iqwal (mulanya tak kenal disebabkan aku bukan peminat tegar dia) hahaah..

Klon Lee Min Ho versi Melayu .. >_<
  • p/s : Esok  dapat cuti peristiwa (Isnin 4/2/2013) . Sebab minggu ini sekolah seminggu , dari Isnin sampailah hari Ahad !! Kiranya minggu ini sekolah empat hari sahaja . Next week , cuti lagi seminggu . Memang bestlah kan , asyik bercuti je aku tahun ini .


Tolong jangan letak emel dekat kotak cbox !! Hanya link blog sahaja boleh , Thanks You !!
Add me on Facebook : Azwar Syuhada





Read More»

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com