January 2013 - Azwar Syuhada

Thursday 31 January 2013

Entry mengarut di malam hari
9:12 pm 47 Comments
Assalamualaikum ,..

Rasa macam dah terlalu lama tak berupdate . Sekarang  kerja pun makin belambak , tambah-tambah lagi ada PBS ini . Lagilah tak menang tangan . Entry malam ini , hanya sekadar hiburan semata-mata . Disebabkan tengah tention (kononnyalah kan ??) . Sekadar untuk menghiburkan hati . Bacalah kalau nak baca !!

Mak : Lesen !! Tolong beli kan santan !

Lesen : Lesen tengah main PSP la mak !

Mak : Otak ! Tolong mak beli santan !

Otak : Otak tengah bertweet la , mak !

Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !

Kad pengenalan : Kad pengenalan tengah main facebook la mak !

Mak : Gila , tolong beli santan !

Gila : Okay , mak !

Dalam perjalanan , Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !

Gila : Ada apa , encik ?

Polis : Mana lesen ?

Gila : Lesen tak ada dengan saya , dia tengah main PSP .

Polis : Kad pengenalan kamu mana ?

Gila : Kad pengenalan tengah main facebook .

Polis : Kamu tak ada otak ke ?

Gila : Otak tengah bertweet , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik-beradik saya encik tahu .

Polis : Awak ni gila , ya ?

Gila : Ya nama saya GILA ...

Polis : &@!%$&*?



  •  p/s : Benda ini , entah siapa text aku aritu melalui phone . Seronok juga , baca benda mengarut . Baru aku perasan  masa dok belek phone , banyak gila aku simpan text yang agak merapu ini ! Dah rasa macam kebudak-budakkan la pula . Adakala , benda mengarut macam inilah yang dapat menghiburkan diri kita !

Selamat malam n Assalamualaikum =)


Reading Time:

Thursday 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul
8:31 pm 40 Comments
Assalamualaikum 

Di kesempatan ini , aku ingin mengucapkan salam maulidur rasul , 12 RabiulAwal 1434Hijrah buat semua .

ENTRY BERSAMBUNG !! ENTRY INI SEBENARNYA PANJANG , TAPI MASA NAK UPDATE HARI ITU , ADA MASALAH TEKNIKAL SEDIKIT !! JADI HARINI AKU SAMBUNG ! (26/1/2013)

Beberapa hari sebelum menjelang Maulidur Rasul , sambutannya di kaca tv dan di media elektronik semuanya bercerita tentang Maulidur Rasul ( tentang Nabi Muhammd SAW ) . Dalam banyak-banyak rancangan di saluran tv , aku tertarik dengan segmen yang dikelolakan oleh Ustaz Don iaitu rancangan #30minit bersama Ustaz Don . Beliau pandai menarik perhatian pada semua golongan untuk mendengar cerita tentang nabi . Bukan semua penceramah boleh bercerita seperti beliau untuk menarik ramai pendengar . Aku ini pula bukanlah jenis orang yang suka mendengar ceramah-ceramah atau cerita-cerita motivasi . Disebabkan aku cepat mengantuk . Tapi kalau kau hadapkan aku dengan drama korean , lajulah aku tengok  . Mungkin setan dok melekat dekat mata bila bab agama ini .

Tapi , #Ustaz Don ini dapat menarik perhatian aku untuk mendengar . Maybe sebab dia hensem kot . hahahaah...Okay , tak lawak pon azwar !! Dalam pada beliau syok bercerita tentang kelahiran Nabi , beliau pandai menyelitkan contoh-contoh cerita yang boleh di fahami oleh semua peringkat usia . Di mana , beliau menceritakan tentang Tentera bergajah Abrahah dan Burung Ababil . Menurut beliau lagi , masyarakat barat pada masa kini merupakan golongan yang banyak mengkaji sunnah Rasulullah . Malah mereka mengamalkan amalan baginda dalam kehidupan seharian . Sesetengah cerita juga , ada yang menyerupai kisah-kisah nabi .

Jadi kita sebagai umat Nabi Muhammad kenalah rajin mengikut dan mengamalkan selalu sunnah beliau . Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah 'soleh wa musleh' . Antaranya ialah senyum , dahulukan kanan , berpakaian , bercelak , memakai cincin , makan, minum bersilaturrahim , berjalan , berkata , tertawa , bergurau , tidur , membaca Al-Quran , dan ibadah .

Cinta kepada Rasulullah SAW tidak semestinya dizahirkan dengan berselawat kepada baginda sahaja , tetapi perlu diikuti dengan melakukan segala sunnah Nabi Muhammad . Itu merupakan bukti kasih sayang paling utama terhadap pesuruh Allah itu .



p/s : Jangan mengharapkan orang lain dapat memahami diri kita sedangkan pada masa yang sama terbina tembok penghadang yang kita tidak sedar menyukarkannya ...



Reading Time:

Wednesday 23 January 2013

1st Giveaway By Puterikasih.com
9:19 pm 21 Comments
Assalamualaikum ..

Rasanya , dah macam terlalu lama aku tak join apa-apa giveaway mahupun segmen . Ini disebabkan , aku ini jenis yang memilih segmen or giveaway yang dianjurkan oleh blogger-blogger . Bila ada mood aku joinlah . Kali ini dan buat pertama kalinya juga aku join 1st Giveaway by PuteriKasih.com . Rugi tahu tak , sesiapa yang tak join kerana hadiah-hadiahnya begitu lumayan sekali . Syarat-syaratnya pun juga simple !!

Tujuan kak Puteri Kasih , menganjurkan 1st Giveaway By Puterikasih.com adalah untuk meraikan ulangtahun yang kedua puteri sebagai seorang blogger dan juga bersempena dengan perasmian blogshop kak  puteri yag pertama iaitu All About Craf .


“1st Giveaway By Puterikasih.com ini dianjurkan oleh Puterikasih.com dan ditaja bersama oleh All About CraftDikbiAzie NamicoJosrevalution @JRNurul SyarafinaAzziamiza, ZuhanifKiosk Vitamin, Cik YayaKimmie Serembanmaya.com dan Kaspersky Malaysia
Jadi orang yang bertuah saya tag adalah ???
Jeng..jeng..jeng >>>>> NURUL  AZWA <<<<<
Disebabkan nama dia sebijik macam nama aku , jadi aku tag dia la ye !!


Jadi apa tunggu lagi , jom la ramai-ramai sertai Giveaway kak Puterikasih.com . Tak rugi pon !! Lagi ramai yang join , lagi meriah meyhhh !!! Bagi yang berminat nak join , boleh klik banner atas tu , okay !!! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2013 ( tepat jam 11.59 malam ) .

p/s : Esok cuti weii!!! Cutilah merupakan segala hari bagi aku untuk bermaharajalela !!! Tapi banyak kerja yang perlu di siapkan .. =)






Reading Time:

Tuesday 22 January 2013

Pabila Novel Ke Layar TV
9:36 pm 46 Comments
Assalamualaikum ..

KIni , kebanyakkan penggiat seni berlumba-lumba mengadaptasi novel-novel ke kaca tv dan ke skrin pawagam . Setelah fenomena Adam dan Hawa tamat , kini muncul pula novel Setia Hujung Nyawa yang sedang bersiaran salah sebuah stesen tv . Novel Setia Hujung Nyawa juga merupakan salah satu novel yang telah aku khatam .

Inilah novel Setia Hujung Nyawa

Sememangnya bagi sesiapa yang pengemar ataupun menggila baca novel akan tahu , jalan cerita yang di siarkan itu best ataupun hambar sahaja . Kekadang bila tengok cerita novel di adaptasikan sebagai drama di tv , aku mulalah teruja dan berkobar-kobar nak tengok . Time mula-mula di gembar-gemburkan ok !! Tapi apabila kita tengok cerita mahupun jalan cerita yang disampaikan di tv , banyak lari dari cerita novel . Mulalah , mulut aku nak menyumpah . Sememangnya , bila cerita yang diadaptasikan itu lari tajuk ,  penggemar ataupun yang menggila baca novel ini akan mula menyirap ( akulah salah seorangnya ) hahaha.. Bajet macam aku inilah pengarah filem or drama pula !! Setiap drama atau cerita mestilah ada hero dan heroin kan ?? Inilah teraju utama Drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' , iaitu Amar Ashraf  dan Nelydia Senrose .

 Amar Ashraf dan Nelydia Senrose

Inilah peneraju utama yang memainkan emosi para penonton dalam drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' . Brother Amar Ashraf yang memegang watak Zain Hakimi dan merupakan hero dalam drama 'Setia Hujung Nyawa' . Sebenarnya , inilah kali pertama aku tengok dia belakon . Manakala , watak heroin cerita ini pula , di lakonkan oleh Nelydia Senrose yang melakonkan watak Ersalina . Pelakon hero dan heroin ini , sememangnya kenalah dengan novel Setia Hujung Nyawa . Tapi yang paling aku menyirap adalah watak sampingan yang memegang watak abang kepada Zehra ( entah sape namanya , lupa pula ) dan juga watak Hadi  kawan baik kepada Zain Hakimi . Perghhhh , watak Hadi dalam drama memang lari dari novel . Tapi bila , dalam drama dia menjadi seorang musuh dalam selimut . Dengan isteri kawan baik dia sendiri pun nak di taclenya . Tak faham betol !!  Kebanyakkan pelakon yang diambil untuk memegang watak-watak dalam cerita tersebut , memanglah tengah hangat di pasaran , tetapi cerita yang di gembar-gemburkan itu terlalulah hambar , bagaikan lauk yang tidak cukup rencah . Walaupun lima rasa , lima rencahnya ada tetapi tetap juga tawar . ( bukanlah semua drama yang boleh diikut seperti novel , tetapi biarlah ceritanya berpada-pada dan janganlah terlebih mengada-ngada ) .  

 Sememangnya aku ini jenis memilih tengok cerita or drama dekat tv ini . Kalau cerita yang aku nak tengok or berminat , benda pertama yang aku buat adalah tengok barisan para pelakon dan jalan cerita . Serius , aku ini pula terlebih emosi bila tengok cerita . Tak faham betol !!! 

Bagi sesiapa yang berminat or nak mengikuti drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' bolehlah menontonnya di tv3 yang disiarkan pada pukul 7.00 hingga 7.30 / ataupun boleh tengok secara online di tonton.com .

Inilah sebahagian novel-novel yang telah diadaptasikan ke drama ( dalam almari itu koleksi mak aku )

  • p/s : Sejujur-jujurnyalah kan , baca novel lagi best dari tengok ceritanya . Tapi setiap orang ada pendapat masing-masing . Ada yang lebih suka membaca dan ada yang lebih suka menonton . Apa-apapun , terpulanglah pada pandangan masing-masing .






Reading Time:
The Best Tarian !!
5:00 pm 5 Comments
Assalamualaikum ..

Tahu tak , apa itu tarian zapin ?? Tarian zapin merupakan sejenis tarian rakyat melayu tradisional .Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman . Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya .

Okay , blog ini bukan blog SEJARAH !! Sebenarnya , point entrynya di sini hanyalah , nak tunjuk sikit pengalaman aku berzapin masa Form 4 . Harap maklum !! Kiranya  sekeras-keras aku ini pon , aku dapat buktikan yang aku ini juga pandai menari . hahahah...






 geng tari menari

bestfriend syira dan Hanum 


p/s : Horayyyy !!! Ini entry ke-21 aku rupanya . Punya lama menunggu gambar di upload tahu tak !! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tarian Zapin bolehlah KLIK SINI .




Reading Time:

Wednesday 16 January 2013

Hikmah yang Hilang !!
4:37 pm 29 Comments
Assalamualaikum ,

Sememangnya semalam memang kejutan buat aku .  Semalam dalam sekitar pukul 6.00 petang macam itu aku bukaklah akaun chatbox.com , dalam salah satu mesej itu ternampaklah mesej dari kak Aini yang cakap Tahniah !! blog lama adik itu masuk majalah . Nak terkejut beruk jugalah , hahaha.. Sememangnya , sejak blog aku tu dah terdelete memang aku sudah pencen nak beli majalah . Pelik jugalah , blog itu dah terdelete boleh pula masuk Majalah Remaja .

mesej dari kak Aini petang semalam ! 


Tu dia !! blog lama aku masuk majalah remaja , tapi takde header blog pula . Yang ada , banner kak Mia dan juga kalender HH . hahaha.. Disebabkan blog itu , tak dapat dijejaki lagi kot . Last entry , dalam blog lama itu sebelum di delete adalah entry Giveaway kak Mialiana dan juga Segmen kalender HH . Mungkin inilah kenangan manis , buat blog lama yang terdelete itu . Iaitu masuk majalah remaja !! Bila blog lama sudah masuk majalah sekalipun , perasaan gembira , sedih , geram dan segala rasa menjadi satu . Bila tak nak kenang , tup-tup ada sahaja pencetus perasaanku . Apa-apa pun be happy !!


majalah remaja bulan Januari 2013 

p/s : Mood tengah happy sekarang ini , sampai hujan pun turun . Tak caya ?? Keluarlah rumah , pergi tengok sendiri . Okay , sudah mengarut pula . K , bye !!!
Reading Time:

Friday 11 January 2013

Tugasku , Markahku Untuk Masa DepanKu
10:49 pm 26 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  =/

Setelah genap dua minggu ke sekolah , barulah harini berkesempatan update blog . Tahun baru , subjek baru , penggal baru . So ?? Tibalah masa kita diberi tugasan yang serba baru . Tention jugalah jawabnya . Bukan satu subjek sahaja , hampir kelima-lima subjek ada tugasan yang diberikan dan yang paling penting tugasan yang diberikan hantar  di bulan yang sama . Yang paling gempak , sem 2 kali ini subjek sejarah perlu buat kerja kursus . Kerja kursus inilah yang paling aku minat , sebab senang nak score ( masa di arus perdana) . Bezanya di pra-u kena buat kerja kursus yang lebih mendalam lagi . Kena ada fakta , sahih , dan yang paling penting tiada tokok tambah , dan bukannya mitos . Ini bukan cobaan , tapi benar-benar berlaku !!


kertas soalan kerja kursus sejarah , punya banyak ..=/

Tu dia !! Ini baru paper sejarah , belum bahasa melayu , pengajian am dan pengajian perniagaan . Macam-macam ada !! Atara banyak-banyak tema yang disediakan , asalnya aku memilih tema tempat . Tapi disebabkan cikgu kata agak rumit , oleh kerana tidak cukup masa dan beberapa faktor lain . Jadi kenalah pilih tema yang lain . Ada lagi tiga tema sahaja iaitu , Tema seni & kebudayaan , tema ekonomi dan perubatan . Jadi dengan rasa rendah dirinya , aku memilih tema perubatan . cewahh , tapi tajuknya belum ada lagi . Jadi masih mencari apa tajuk yang sesuai untuk tema perubatan ini . Any idea ?? Kalau ada , kongsi-kongsilah sama cik . 

Yang paling penting , jangan sesekali merungut dapat banyak kerja . Nak berjaya kenalah rajin sikit , sekali kau dah bersungut tak kemanalah kau . Hanya ingatan untuk diri sendiri . =/

  • p/s : Jangan takut dengan PERUBAHAN . Mungkin kita akan kehilangan sesuati yang baik dengan perubahan itu . Namun di akhirnya , kita akan mendapat sesuatu yang lebih SEMPURNA ... Insya ALLAH  =)




Reading Time:

Monday 7 January 2013

Lesen
4:00 am 38 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  =)

Rasanya bertuah hidup ini bila sudah memiliki lesen  , tidak terkecuali diri aku juga yang sudah mempunyai lesen motor dan juga lesen kereta . Pengalaman mengambil lesen memang memberi kenangan yang cukup menyeronokkan . Kebanyakkan orang (sebelah keluarga mak aku ) biasanya lepas SPM , barulah dibenarkan mengambil lesen . Curi-curi mengambil lesen memang pantang buat keluarga aku , tapi banyak juga yang curi-curi bawa motor tanpa ada lesen .

Perkara yang paling tidak pernah aku lupakan ialah first time pegang stereng kereta , bawa motorsikal . Pertama kali buat latihan motor , orang yang mengajar kena pegang handle motor dekat belakang . Disebabkan aku tak pernah sekali pun bawa motor , memang malu gila . Orang lain dah expert bawa motor , aku pula baru terkedek-kedek nak belajar . Yang paling aku tidak boleh lupakan apabila , aku failed buat kali pertama bila test jpj . Yang aku failed adalah test kereta , time dekat tiga penjuru barulah enjin nak mati .  Perghh , memang menyirap gila , yang aku lulus pula test motor . Memang tak menjangka langsung , motor boleh lulus . Padahal , motor pakcik aku ada je dekat rumah . Tapi hati aku ini tidak pernah terdetik pun nak cuba bawak . Disebabkan latihan motor aku buat dua kali sahaja , nak dibandingkan latihan kereta hampir 10 kali aku tibai .

Kebanyakkan member-member aku cakap , jpj semua garang gila . Syukur alhamdulillah walaupun aku test jpj sampai dua kali , buat masa itu aku dapat test jpj yang okay sahaja . Walaupun ada orang cakap test jpj perempuan semuanya kerek gila . Kali pertama aku dapat test jpj yang double XX , aku jadi gerun jugalah time tu . Yang paling tak boleh tahan , bila aku dah masuk gear , kaki dia boleh tertolak balik gear aku tu . Almaklumlah double x kena faham sendirilah , dengan kuasa vito dia sebagai jpj gagalkan aku test jalanraya . Perghh , terima dengan hati yang terbuka . Takpe berputus asa , aku gagahkan diri untuk mengulang balik test kereta buat kali kedua . Yang kedua kali itu , aku dapat test jpj lelaki yang sangat cool . Tak banyak kerenah , siap pasang radio lagi . Dengan kuasa vitonya sebagai jpj , beliau telah meluluskan aku . Suka gila !!!

Zaman sekarang ini pula , kebanyakkan makbapak lebih banyak menghalalkan anak-anaknya yang baru setahun jagung itu telah dibenarkan membawa motor . Bukan nak kata apalah  aku sendiri , kekadang berselisih di tengah jalan pun ada . Tengok dari belakang macam badan orang dewasa membawa motor , terkadang makbapak pon siap memboceng dengan anaknya pabila naik motorsikal . Sebenarnya amat bahaya , jika membawa motor takpe lesen ini . Lagi-lagi sekarang banyak berlaku kemalangan jalanraya . Yang paling dasyatnya yang kemalangan itu tiada lesen . Serius aku cakap pabila hangpa tiada lesen , jangan sesekali membonceng orang lain . Ia teramatlah bahaya bagi aku .


Walaupun aku sudah mempunyai lesen motor dan kereta , sampai la ni pon aku dah tidak pernah memegang stereng kereta . Bila nak bawak sahaja , mulalah adik aku tak bagi . Lama-lama dah jadi malas nak drive . Last aku bawak kereta pun time dekat highway Telok Panglima Garang , sebab dapat kebenaran dari si keding . hahahaah.... Ok tak lawak pun !! Itu pertama kali dan kali terakhir aku bawak kereta bila dah lulus test jpj . Mak aku pun kata  bila dah ada lesen , bukan semena-semena itu jam juga kau boleh bawak kereta sesuka hati . Amik lesen ini pun supaya , nanti dah abis belajar or ada kecemasan berlaku , kita tahulah bawa kereta . Itu sahaja , janji aku bukan lesen terbang or lesen tersungkur sekalipun . Aku berlesen dari usaha aku sendiri okay !! Sampai kawan aku kata , kau pergi sekolah sampai la ni , kau nak basikal apa pasal ?? Kata dah ada lesen . Dalam hatiku berkata , sukahati akulah nak naik apa sekalipun . Sibuk je , orang ada lesen ke tak !!! Penyibuk !!

Bukan semua orang yang ada lesen , mempunyai kenderaan sendiri kan ?? Jadi , tak usah nak belagak sangat bawa motor or kereta pergi sekolah . Kereta dan motor pun , makayah punya  dah nak poyo kan !!
Walaupun aku pelajar form 6 yang masih naik basikal sekalipun , aku tetap bangga okay . Kos nak ke sekolah pun tak banyak . Tiada angin pergi isi sendiri . Tak payah buang masa dekat traffic light lagi . Sampai la ini , dah banyak kereta dan juga motor aku potong time traffic light merah . hahaha... Okay tak lawak pon kan . =)


  • Note : Apa-apa pun , bagi remaja yang mempunyai kenderaan tapi tiada lesen . Carilah masa untuk mengambil lesen , supaya apabila ada kelibat polis kita tidak ada rasa cuak . Tambahan pula , kalau menaiki kenderaan tanpa mengikut peraturan umpama sudah belajar melakukan jenayah di usia yang muda tanpa kita sedari . Hidup mengikut peraturan kan lebih bagus , dan ia menjamin keselamatan . Sekian !! =)





Reading Time:

Friday 4 January 2013

Tips : Petua Untuk Cantik
8:29 pm 22 Comments
Assalamualaikum ..

Adunan bahan-bahan semulajadi sememangnya menjadi ramuan turun temurun untuk kecantikan paras rupa dan kesegaran badan . Penggunaan bahan kimia sering mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna untuk jangka masa panjang . Jadi kita gunakanlah bahan-bahan yang mudah dan murah tanpa kesan sampingan .

Antara tips-tipsnya :

1) Menghilangkan warna gelap di bawah ketiak dan leher 
Bahan : Limau , timun , kunyit
Cara : Perah limau dan kisar timun untuk mendapatkan ekstraknya . Campur kedua-dua bahan bersama kunyit yang telah ditumbuk . Sapu adunan bahan tersebut di leher atau bawah ketiak setiap hari selama 20 minit . Kemudian bilas menggunakan air suam .

2) Warna kulit tidak sekata akibat pigmentasi 
Bahan : Lobak merah
Cara : Ambil jus lobak merah menggunakan mesin pengekstrak jus . Sapukan ekstrak jus lobak di bahagian muka yang bermasalah pigmentasi . Amalkan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan .

3) Lingkaran mata gelap dan lebam 
Bahan : kentang
Cara : Kentang mengandungi enzim yang dikenali sebagai catechollase yang digunakan dalam kosmetik untuk mencerahkan kulit . Kisar kentang dan letakkan di atas sehelai kain . Sapukan perlahan-lahan dibawah mata . Berhati-hati supaya tidak terkena mata . Biarkan ramuan tersebut selama 15 ke 20 minit sebelum dibersihkan .

4) Merawat kaki
Bahan : 1 cawan jus limau , kayu manis , 2 sudu minyak zaitun , 1/4 cawan susu segar , air
Cara : Campurkan kesemua bahan . Rendam kaki sambil urut perlahan-lahan . Kemudian keringkan kaki dan bilas dengan air biasa .

5) Menyegarkan wajah
Bahan : Pisang masak
Cara : Kisar pisang sehingga menjadi seperti krim . Sapu diseluruh muka dan biarkan selama 20 minit . Cuci dengan air sejuk . Lap perlahan-lahan sehingga kering .

Sumber : Surat Khabar Utusan





Reading Time:

Tuesday 1 January 2013

Seloka di Hari Pertama Tahun Baru , 1/1/2013
4:59 pm 21 Comments
Sepinya jalan di depan rumah aku ,
tiada kenderaan berat yang lalu ,
mungkin cuti harini ..

Redupnya hari menyambut tahun baru ,
esok pasti hari yang ceria ,
menyambut ketibaan ,
Pelajar baru dan lama ,
Guru baru dan guru lama ,

Walau jalan baru diturap ,
tapi masih ada jalan yang berlopak-lopak ,
Walau berlopak dan berlubang ,
Esok pasti jalan sesak ,

Maklum sahaja ,
Permulaan persekolahan ..
Esok pasti hari yang sibuk ,
Bermacam ragam anak kecil di tadika ,
Ada yang muka ketat dan ceria ..

Mungkinkah ada yang terlebih active ,
Ataupun yang terlebih monyok ,
Yang pasti ibu atau bapa ,
Jadi sasaran penunggu kelas ..
Mungkin seminggu ,
Atau sejam dua ,

Yang pasti hidup harus ceria ,
Akhir kata dariku ,
Selamat bersekolah dan selamat belajar ..

Note : Entry ini sempena 1/1/2013 dan berasa amat bersyukur kerana blog baru sudah genap 2 minggu .


Reading Time: