Friday, 20 December 2013

Resepi : Kek Coklat Lembab

Salam to all reader,

Semalam mak lang aku ada bagi kek coklat, perghh sedap sampai menjilat jari. Tiba-tiba pagi tadi terasa nak buat kek coklat lembab buatan sendiri. Almaklumlah, aku ni bukanlah pakar buat, tapi kalau bab makan tulah yang aku paling pakar. Apa-apapun mak akulah yang suka mencuba setiap jenis masakan, tapi makannya kurang. Bahan-bahannya semua dah tersedia di dapur, tambah-tambah ada mixer baru lagilah semangat hendak membuat itu berkobar-kobar. Jomlah kita sama-sama membuat. Di bawah ini ada resepinya, sekiranya korang nak try buat. =)

Sebahagian bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kekk coklat lembab.

BAHAN-BAHAN:
240gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
480gm gula halus
4 biji telur gred A
250gm mentega
2 sudu teh esen vanilla
120gm serbuk koko
60gm gula halus
250ml air panas
125ml susu cair

COKLAT GARNACHE:
100gm coklat masakan 
1 sudu makan susu pekat
3 sudu makan air panas 

CARA-CARA MEMASAKNYA:
1. Campurkan serbuk koko, gula halus dan air panas kemudian masak di atas api kecil. Kacau hingga berkilat.
2. Sejukkan seketika dan kemudian tuangkan susu cair. Kacau rata dan ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang kemudian masukkan esen vanila dan telur sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga rata.
4. Masukkan tepung dan selang selikan dengan pes coklat tadi. Kacau lagi hingga adunan sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180`C. 
6. Untuk bahagian atasnya, satukan kesemua bahan dan cairkan menggunakan kaedah 'double boiler' kemudian tuangkan ke atas kek.

HASILNYA:

 Gambar kek dari sudut permukaan atas.

 Gambar dari sudut sisi kek.

Sumber: Buku Masakan Rasa (2011)

32 comments:

  1. Urrrmmm sedapnyaa nampakkk. Nak !! :P

    ReplyDelete
  2. sedap.. thanx share resepi.. ada macam-macam versi resepi kek coklat ni kan :)

    ReplyDelete
  3. Hana kurang sikit kalau moist choc cake :) kena ada cream cheese/icing sebagai topping untuk elak muak coklat banyak :)

    ReplyDelete
  4. wahhhh...bestnya...... rajin tol wt kek an...
    kalu nida beli kek segera je... kuikuikui
    nmpk x pmalas kt situ... huhu

    ReplyDelete
  5. blog yang semakin cun melecun, kek tu macam sedap jeeee... hihi

    ReplyDelete
  6. Hi! 안녕하세요~~! We are Twinscraftlife! we sell
    purely handmade products such as pouch,
    phone cover, pencil case, and more cute items!
    쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
    http://twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. waaaa!! sedapnya!
    tapi kalau nak lembap pon boleh kukus jugak kan? :D

    ReplyDelete
  8. Sedapnya...erm, tetiba nak buat juga .;p

    ReplyDelete
  9. feberet nih.....tringin la pulak...hihi

    ReplyDelete
  10. terliuq. aisehhh. lama tak makan kek -_-

    ReplyDelete
  11. nmpak cam sedap je..terus rasa macam nak buat kek.hehe :)

    ReplyDelete
  12. wah.. sedapnya.. terliur akak tengok.. :D

    ReplyDelete
  13. Salam blogwalking dari segmen "i will follow you by syira lokman".. ngeeeew done follow ~

    Jemputlah singgah ke blog jika kesudian :)

    http://randomlyawesomeme.blogspot.com/2013/12/trip.html

    ReplyDelete
  14. wah ! caya laa.. pndai buat. zara pandai makan jer.. hoho

    ReplyDelete
  15. hai azwar salam weekand..
    wahh pandainya dia wat kek..siap ber deco2 bagai lagi..
    kek coklat lembab tersangatlah sedap kan moist je..:)

    ReplyDelete
  16. wahh . deeya memang lama nak try buat ni . tx share resepi :)

    ReplyDelete
  17. Wah..sedapnya..nk copy resepi dulu,,ada masa boleh try:D

    ReplyDelete
  18. wahh mesti sedap nie..hehe tp sye kurang makan kek coklat

    ReplyDelete
  19. Kena cuba nih! Tq sharing.. :)

    ReplyDelete
  20. terliur aih tgk coklat meleleh tu!! nyum2..:D

    ReplyDelete
  21. Wehhh pandai gila kau buat wehhh? Nak jugakkk. Bila la mood aku nak buat kek camni datang eh

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com