Saturday, 14 December 2013

Habis Sekolah?

Assalamualaikum..

Imbas kembali...

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya selesaikan peperiksaan STPM dalam keadaan sihat walafiat. Nak jawab pekse kena sihat dari segi fizikal dan juga mental kan? Syukur alhamdulillah sekali lagi. Ini kira peringkat paling tinggilah aku tamatkan zaman persekolahan. Hari terakhir menjawab kertas soalan, disusuli dengan hujan lebat balik tu. Member-member cakap cuaca pun sedih sesangat sebab tak dapat jumpa kitaorang lagi yang berpakaian sekolah.

Sememangnya waktu persekolahanlah waktu yang paling manis dan penuh dengan kenangan. Pengalaman yang cukup mencabar aku rasa bila masuk form 6 ini. Kekadang masih terikut-ikut budaya belajar ketika berada di form 4 dan form 5. Masa peperiksaan sem 1 dan sem 2, aku rasa macam biasa sahaja lagi bila menjawabnya. Tapi bila tengok result tak berapa nak memuaskan, terpaksalah mengambil alternatif lain untuk memulihkan keadaan semula. Berbeza dengan peperiksaan sem 3 ini, rasa semangat yang berkobar-kobar dan ada satu perasaan yang rasa lain, cuak dan sedih pun ada. Jadi, disebabkan ianya last sem aku kenalah buat betul-betul yang boleh membanggakan parent aku. Aku pun akan cuba sedaya upaya untuk memulihkan semula result sem 1 dan sem 2 lepas sem 3. Rasanya, macam aku sudah pulun sehabis baik untuk sem 3 kali ini. Sem 3 kira sem kemuncak dan kira peperiksaan akhir yang agak kritikal jugalah.

Antara persediaan aku buat sebelum menjalani peperiksaan of courselah ulangkaji semua subjek, sempat juga curi masa discussion dengan member-member, study lebih masih lepas tamat sesi persokalahan pun ada. Dalam sibuk-sibuk nak menjalani peperiksaan sem 3 ini, persediaan MUET pun kena buat jugalah dalam pada masa yang sama. Aku memang lemah sikitlah dalam subjek BI ini, jika nak dibandingkan dengan sepupu-sepupu aku yang sememangnya handal. Yang sorang sepupu aku siap bagi nasihat lagi. Katanya kalau bidang yang kau nak ambil nanti tak pentingkan MUET, tak payah susah-susah hati memikirkannya sangat.  Dalam pada dia menasihat itu, kalau boleh dapatkanlah dan buatllah yang sebaik mungkin. Takkanlah, bila dia kata tak payah fikirkan sangat, korang nak buat sambil lewa. Paling-paling biarlah dapat yang baik sikit pangkatnya. Seperti kata arwah nenek akulah, kalau tak dapat pangkat 1, pangkat 4 pun jadilah. Ada lagi seorang sepupu aku ini pula, memang hebat berkata-kata dan juga menulis dalam bahasa english. Tapi bila sampai masanya, rezeki pula tidak menyebelahi dia.

Walaupun hampir setahun setengah kami bersama, pahit manis bersama-sama, saling bertegur sapa dengan kelas lain bersama-sama, suka dan duka bersama-sama dalam menyiapkan assignment, ada juga persahabatan yang bertukar status kepada "teman tapi mesra". Walaupun ibu bapa tidak marah, tapi mendapat kritikan dan juga sindiran sinis daripada sesetengah guru, mereka tetap menjalinkannya secara terbuka mahupun secara tersembunyi. Apa-apapun aku berharap, hubungan korang berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Seandainya, hubungan korang tidak berpanjangan, aku harap hubungan persahabatan antara korang tidak akan terputus. 

p/s: Harapan aku, biarlah pakaian seumpama ini akan kupakai untuk masa akan datang yang merupakan sejarah kejayaan yang sebenar-benarnya. Insyaallah...

23 comments:

  1. Jom join Giveaway! http://ana-myhusna-life.blogspot.com/2013/12/simple-giveaway-by-anamyhusna.html

    ReplyDelete
  2. tahniah Azwa dah habis STPM! ^^ manfaatkan cuti ni sebaik-baiknya :) doakan Hana untuk final nanti.. hehe :)

    ReplyDelete
  3. Aminn. semoga harapan menjadi kenyataan. MUET dapat band bapa azwa? tulah syarat ke IPTA kena amek muet. hehe best nya dapat pakai baju tuuu. akak pakai last masa PRA sekolah :P next year baru grad. doakan akak eh azwa dapat grad dgn cmerlang :)

    ReplyDelete
  4. in shaa allah.. pasni mn th dpt sambung degree...

    ReplyDelete
  5. Semoga berjaya dalam apa jua yang diceburi dan semoga dirahmati Allah selalu..

    ReplyDelete
  6. Semoga harapan akak tertunai :)

    ReplyDelete
  7. Moga akak akan dapat keputusan cemerlang untuk keputusan ini dan untuk masa2 akan datang. Moga berjaya dunia akhirat, insyaAllah... :)

    ReplyDelete
  8. insyaAllah, kejayaan menanti azwar :)

    ReplyDelete
  9. wahh all the best...InsyaAllah, semoga berjaya...:)

    ReplyDelete
  10. Kejap je kan rasa dah habis sekolah .. Semoga akak terus berjaya di masa akan datang

    ReplyDelete
  11. suka baca entry awak..saya pun lepasan STPM jugak....tp saya amik MUET july lepas...gud luck awak :D
    sem0ga rezeki menyebelahi kita..

    ReplyDelete
  12. Zmn persekolahan zmn yg sgt indah dik..

    ReplyDelete
  13. Yeayyy kejap lagi Azwa degree aku dip tak habis habis lol

    ReplyDelete
  14. tahniah kerana telah berjaya menamatkan form6 dengan jayanya.. semoga terus berjaya pada masa akan datang.. :D

    ReplyDelete
  15. all the best kak :) insyaallah :D

    ReplyDelete
  16. Tahniah ! Zaman sekolah memang seronok. Tadi pun saya terjumpa seorang kawan sama sekolah, tiba2 teringat kenangan dulu2.

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com