Friday, 27 September 2013

Tulisan

Assalamualaikum..

Tulisan A

Tulisan B

Cuba korang perhatikan betul-betul, tulisan A dan B di atas. Apa pandangan korang mengenai tulisan di atas. Sememangnya, kedua-dua tulisan A dan B itu adalah tulisan aku sendiri. Tulisan A adalah tulisan pada zaman sekolah rendah, manakala tulisan B adalah tulisan aku di peringkat menengah sehingga ke harini. hehehehe...

Arwah atuklah, yang paling suka tengok tulisan aku dulu, katanya tulisan aku ini tak payah pakai kanta (cermin mata) pun takpe. Jika nak dibandingkan dengan tulisan abang aku pula, walaupun cantik tetapi agak kecil saiz tulisannya. Tulisan kami adik beradik memang cantik, mana tak cantiknya sebab masa aku zaman sekolah rendah dulu atuk aku yang paling banyak menengok kerja-kerja sekolah aku. Seandainya tulisannya kurang jelas mahupun tersalah sikit pasti kena ketuk tangan tu. Agaknya aku dapat menulis dengan saiz yang besar ini disebabkan keturunan kot, sebabnya mak dan adik aku juga menggunakan saiz yang besar apabila menulis tetapi tidak sebesar saiz tulisan akulah.

Jika nak dibandingkan tulisan dahulu dan sekarang, banyak perubahan yang telah aku buat rupanya. Di mana dahulunya, dalam satu baris hanya muat tiga patah perkataan sahaja tetapi sekarang aku telah mengrekrutkannya dalam sebaris itu terkadang muat sehingga sepuluh patah perkataan. Aku memang tak boleh nak bayangkan sekiranya tulisan zaman sekolah rendah itu dikekalkan sehingga ke harini. Macam kelakar pun ada aku tengok tulisan zaman sekolah rendah aku dulu. Zaman sekolah rendah pernah juga berangan nak jadi macam ala-ala "princess diary". Di mana, princess tersebut akan menulis catatan dalam sebuah diari mengenai biodata, peristiwa, kenangan manis, pahit dan macam-macam lagilah. Aku teringin juga nak tulis diari cuma aku memang failed bab nak tulis diari disebabkan aku tak pandai langsung nak tulis dengan saiz yang kecil dan tak reti nak tulis dan bermadah dalam diari. Apa-apa pun aku memang pernah mencuba okay? Di mana aku tulis diari pada zaman aku tingkatan dua. Bila aku baca balik diari tersebut, Nauzubillah...tak lawa langsung dan sememangnya tiada ciri-ciri orang menulis diari. hahahaha...Jadi, aku bertekad tak payahlah menulis diari bagai, biarlah semuanya terlekat di ingatan sahaja.

Begitu juga, di awal aku menulis blog. Di mana, aku mengheret mak aku sekali supaya dia dapat memberi pandangan mengenai apa yang aku tulis. Kiranya, mak akulah orang pertama mengomen entry-entry yang aku buat sebelum aku publish. Malu? Peduli apa orang kata. Janji hati aku puas dalam menulis blog. Pertama kali aku menulis entry di blog, mak aku dah pesan jangan terlalu mengedik menulis cerita. Jadi, sehingga keharini aku akan berfikir dua tiga kali menulis entry untuk di publish. Setelah masuk form 6, banyaklah perubahan yang dapat aku lakukan dari segi penulisan, cara berkomunikasi, dan dari segi persekitaran. Dari situlah, aku cuba mencorakkan kehidupan blog aku ini supaya lebih berwarna warni dan menulis cerita secara santai.


p/s: Ada setengah orang dapat anugerah yang diberi oleh Allah untuk mengalisis tulisan orang. Ada setengah orang dapat mengetahui apa yang difikirkan oleh seseorang.


NOTE: Ada sesiapa yang perasan ada lagu di blog ini?? Maaflah bagi sesiapa yang rasa terganggu. Disebabkan teramat suka dengar lagu ini, maka terpasanglah ia di blog aku. hehehe...


29 comments:

  1. sis ! >< teringat pulak tulisan saya masa kecik dulu . hee . ada mirip lah tulisan A tu ngan tulisan saya masa sekolah rendah . ^_^ and betullah , ada je manusia yg dapat menganalisis prangai mnusia yg lain mlalui tulisan . huu

    ReplyDelete
  2. sis ! >< teringat pulak tulisan saya masa kecik dulu . hee . ada mirip lah tulisan A tu ngan tulisan saya masa sekolah rendah . ^_^ and betullah , ada je manusia yg dapat menganalisis prangai mnusia yg lain mlalui tulisan . huu

    ReplyDelete
  3. azwar apa khabar dik..lama sangat akak tak ziarah..sihat?memang tak nafi..tulisan kita akan berubah sejajar umur sebenarnya..hehe..asalkan mudah difahami alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  4. hehe pic 1st tu teringat zaman2 dulu time dak2 skolah rajin tukar2 biodata dengan kawan2.. rindunyaa.. kadang2 tulis blog ke ,, tulis diari ni memang bagus,., untuk lebih mengembangkan minda kita.. hehe :D

    ReplyDelete
  5. Tulisan yg first tu comel.. Hahaha. Yg second plak senget kepala tengok tapi nampak kemas . :)

    ReplyDelete
  6. yang tulisan B tu sejarah form 1 erk.. kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Perghh!! mengimbau memory! kehkehkeh. Btw SM done follow sini, jemput singgah ke blog kalau sudi :D

    ReplyDelete
  8. kak pon dari kecik sampai ke besaq tulisan berubah2 .. sekrang ja bru stia pada satu tulisan ^_6

    ReplyDelete
  9. cantik tulisan B...hehehe..bila tgk buku biodata tu teringat ms kecik2 dulu..haha..memori.. ;)

    ReplyDelete
  10. Kemas tulisannya, baik A mahupun B. Owh zman tulisan A tu macam comel jer "nama panjang" hehehee.

    I punya tulisan sangat buruk dari dulu sampai sekarang, sampai lecture masa kolej I warning kalau tak baiki tulisan dia nak potong markah I. hahaha

    ReplyDelete
  11. Tulisan yg A tuh mmng snang baca dari tulisan B . Bila tgk sis tulis cmni tringat balik zaman skolah dulu . Hehe

    ReplyDelete
  12. alamak malu cerita tentang tulisan ..sebab tulisan acik tak cantik

    ReplyDelete
  13. hehe masa sekolah rendah tulisan sy kecik² smp cikgu tegur suruh besarkan tulisan..bila masuk sekolah menengah smp la ke hari ni tulisan sy mcm A tu la..besar gedabak, sebiji²..mmg tak payah pakai kanta dah..:P

    ReplyDelete
  14. wowww tulisan dia =) suka menulis eh..tulisan no2 tu senget ke kiri ke?? ape pun ttp kemas..bab lagu 2 ok je..pnh dgr lagu kt blog yg lain

    ReplyDelete
  15. dulu tulisan akak italic.. sekarang dah tegak.. tapi tanda tangan akak tetap italic macam dulu.. hehe..

    ReplyDelete
  16. tulisan 2nd tu menarik..dah siap italic..hee :D

    ReplyDelete
  17. ada org cakap tulisan mencerminkan diri kita..ntah btul ntah tidak ye...
    blogwalking..jemputla ke blog saya dan bertukar2 link
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. Bestnya kenangan terindah. Tapi kak Ida punya semua dah hilang/buang sebab selalu pindah randah ;(

    ReplyDelete
  19. hyee....siggah jap blog cik adik manis nie, cantik menarik lah ...suke baca

    ReplyDelete
  20. malu kalau tgk tulisan masa kecik.. hodoh betul. hehe

    ReplyDelete
  21. Boleh nampak perubahan dlm tulisan.. bagus la.. clear :D
    Orang kata dari penulisan kita dapat tahu bagaimana seseorang itu..

    Salam Kenal.. :D

    ReplyDelete
  22. Msih cntik wlaupun berubah... :)

    ReplyDelete
  23. dulu masa kekecik pon buat biodata2 tuu. kihkih

    ReplyDelete
  24. tulisan mama lagilah tak tentu arah.. haha

    ReplyDelete
  25. hi,.. salam... orgnya msti kidal kan.. hihi... btw.. tak kisah la tulisan tu lwa ke tidak.. asalkan mudah nak bca dan kemas... apa yang cikgu sis pnah ckap.. org y tulisan yang tak berapa nk lwa ni orgnya pndai dan lwa/hnsem...

    ReplyDelete
  26. hihihi akak waktu sekolah dulu macam2 tulisan..

    ReplyDelete
  27. tulisan bella tiap2 tahun berubah kak. hahahaha. time kecik2 dulu agak besar jugak la tulisan. pastu makin lama makin kecik mihmih

    ReplyDelete
  28. dulu masa sekola akak menulis diari. :)

    ReplyDelete
  29. klau nk pndai baca tulisan org, try jadi ahli farmasi.. kami nk kena baca tulisan doktor yg "gila2" tu.. hehehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com