Monday, 22 July 2013

Bulan Ramadhan, Bulan Berjimat atau Pembaziran?

Assalamualaikum..

Pagi tadi, sebelum bergerak ke sekolah terdengar sekejap pesanan pakar motivasi kita iaitu Dato Faley di corong radio mengenai 'nafsu membeli makanan membuak-buak sehingga berlakunya pembaziran'. Setiap kali menyambut ramadhan, sudah pasti bazar ramadhan menjadi tumpuan orang ramai.

Ianya sudah menjadi satu lumrah di mana apabila menjelang ramadhan, masa inilah nafsu orang ramai membeli makanan membuak-buak. Sebagai contoh, di rumah aku ini sahajalah. Masa arwah atuk dan nenek aku ada lagi, ramailah saudara mara datang ke rumah sambil membawa juadah sorang sikit. Apabila arwah sudah tiada, tinggal seorang pakcik aku bersama keluarganya sahaja datang berbuka kerana kami berjiran. Pak cik aku ini jugalah yang rajin membeli juadah di bazar ramadhan. Sampai, mak aku selalu berpesan padanya, kalau nak beli kuih tu, belilah sikit sahaja dan cukup di makan untuk berbuka. Kerana, kalau beli bebanyak, jawabnya banyak jugalah terpaksa di loyong ke tong sampah!! Kalau korang datang ke rumah aku, sudah pasti korang kenyang air. Pelbagai warna korang dapat tengok, ada warna hijau, kuning, oren, coklat, pink (sudah macam pelangi). Kalau time nak berbuka sorang tu sampai lima gelas. Bila dah kenyang air, nak makan pun dah tak lalu.

Kesimpulannya, gunakanlah kebijaksanaan anda dalam membeli juadah puasa. Kita ini puasa 30 hari, bukannya 3 hari. Sememangnya, memasak juadah puasa di rumah lagi jimat dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kalau ada masa praktiskanlah di rumah anda!! Ingat, berjimat cermatlah di bulan puasa ini.


p/s: Rindu gila nak menaip, malam ini baru berkesempatan bukak blog! Nanti kalau ada masa, aku update lagi k!! Salam rindu untuk korang.. muhehehe.. =)




21 comments:

  1. hehehe.. bulan puasa adalah bulan pakej.. semu ade.. tp x elok sebernanya kan buat pembaziran.. heheh

    ReplyDelete
  2. Kalau kat rumah teena tu, beli kuih byk, tapi makan nya sebijik jer...ish3 sapa lah tu kan, yg penting it 's not me.

    ReplyDelete
  3. hak r betol 2..kdg2 berbuka ni kyg dgn minum air je :)

    ReplyDelete
  4. hehehehehe betul tu , tapi puase nie ,acik pilih bersederhana saje :)

    ReplyDelete
  5. setuju sangat dengan entri adik.. masak atau beli secukupnya sahaja.. sayang jika rezeki dibuang..

    ReplyDelete
  6. Sebab tue Arol tak suka pergi bazar Ramadan. Nanti mesti nak beli macam-macam tapi tak makan pun. Keluarga Arol setiap hari buka puasa yang penting mesti ada nasi dan lauk. Itu pun dah cukup, janji kenyang! Sesekali beli murtabak atau kuih. Tak perlu membazir, lebih baik simpan duit tue untuk beli baju raya! Hehehe! :D

    ReplyDelete
  7. mama berbuka ala kadar je, satu jenis lauk, satu jenis kuah, satu jenis kuih.. air sejug.. jadik lah..

    ReplyDelete
  8. ada pun entry! ni aku syg kat kau..haha! fuyoh..hebat tu sorang 5 gelas...aku satu gelas pun rasa mcm nak meletup perut ni..itulah org sebenarnya tak gi bazar ramadhan...tapi gi bazir ramadhan...aku ngan family jarang gi bazar ramadan..bazar ramadan jauh dri rumah..tu yg malas.. huu T_T

    ReplyDelete
  9. Betul tu. Tak elok la kita buang2 makanan kalau tak habis. Membazir kan amalan syaitonn. So elak2kan la beli makanan berlebih2an.

    ReplyDelete
  10. betul tu..xelok bazir..kami pun makan ala kadar je..puas hati sbb xde pun nak buang2...semua makan hbis...:))

    ReplyDelete
  11. Kebiasaannya....bulan puasalah banyak membazirkan....macam2 nak makan...bila berbuka...langsung tak makan..

    ReplyDelete
  12. hehehe kdg2 msk kat rumah pun x abis..dimana2 pun pandai2 lah berjimat n jgn tamak betul x

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.

    Macam akak, wakilkan sorg je pergi bazar, siapa lagi kalau bukan abah,hehehe. Budget RM10 je, tuk beli kuih.

    Bila pergi lebih dari sorg, perut org lain2, mula tamak nak beli mcm2.

    Untuk org bujang, sebaik2nya cubalah memasak sndiri. Penat mcmna pun, ia berbaloi. Bukan saja jimat, tpi slmt..

    ReplyDelete
  14. ^U^ Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html

    ReplyDelete
  15. berjimat kot sebab wife tunggu hari je nak bersalin ni.kena tumpukan kat anak plak :)

    lagipun saya dah kurus *motif????

    ReplyDelete
  16. kuikui.. bila perut lapo.. mmg jd rambang mata... semua nak beli..

    ReplyDelete
  17. padan berjimat aje.. kalau tak asyik membazir aje sbb terpengaruh ngan makanan banyak.. hehe :D

    nah kad raya! simple je ^^ http://i.imgur.com/swyUTK9.jpg

    dah lama tak jejak sini :)

    ReplyDelete
  18. Seeloknya b'sederhana aje... selamat hari raya...

    ReplyDelete
  19. ckj masa ramadhan jarang beli.. salu masak dengan mak.. alhamdulillah.. kurang pembaziran berlaku..


    selamat hari raya.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com