Assalamualaikum..
Pagi tadi, sebelum bergerak ke sekolah terdengar sekejap pesanan pakar motivasi kita iaitu Dato Faley di corong radio mengenai 'nafsu membeli makanan membuak-buak sehingga berlakunya pembaziran'. Setiap kali menyambut ramadhan, sudah pasti bazar ramadhan menjadi tumpuan orang ramai.
Ianya sudah menjadi satu lumrah di mana apabila menjelang ramadhan, masa inilah nafsu orang ramai membeli makanan membuak-buak. Sebagai contoh, di rumah aku ini sahajalah. Masa arwah atuk dan nenek aku ada lagi, ramailah saudara mara datang ke rumah sambil membawa juadah sorang sikit. Apabila arwah sudah tiada, tinggal seorang pakcik aku bersama keluarganya sahaja datang berbuka kerana kami berjiran. Pak cik aku ini jugalah yang rajin membeli juadah di bazar ramadhan. Sampai, mak aku selalu berpesan padanya, kalau nak beli kuih tu, belilah sikit sahaja dan cukup di makan untuk berbuka. Kerana, kalau beli bebanyak, jawabnya banyak jugalah terpaksa di loyong ke tong sampah!! Kalau korang datang ke rumah aku, sudah pasti korang kenyang air. Pelbagai warna korang dapat tengok, ada warna hijau, kuning, oren, coklat, pink (sudah macam pelangi). Kalau time nak berbuka sorang tu sampai lima gelas. Bila dah kenyang air, nak makan pun dah tak lalu.
Kesimpulannya, gunakanlah kebijaksanaan anda dalam membeli juadah puasa. Kita ini puasa 30 hari, bukannya 3 hari. Sememangnya, memasak juadah puasa di rumah lagi jimat dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kalau ada masa praktiskanlah di rumah anda!! Ingat, berjimat cermatlah di bulan puasa ini.
p/s: Rindu gila nak menaip, malam ini baru berkesempatan bukak blog! Nanti kalau ada masa, aku update lagi k!! Salam rindu untuk korang.. muhehehe.. =)
Read More»