Saturday, 1 June 2013

Tips: Penjagaan Rambut Sihat


Assalamualaikum...

Rasa dah lama tak berkongsi tips kesihatan. Kali ini, aku ingin berkongsi tips mengenai penjagaan rambut pula. Walaupun sudah terdapat pelbagai cara moden yang diperkenalkan bagi penjagaan rambut kan?? Tapi tak semua kaedah moden itu sesuai dengan diri kita. Malah, ada segelintir individu yang lebih gemar dan selesa menjaga kesihatan rambut mereka dengan cara tradisional. Bagi mereka, cara tradisional ini mampu menjimatkan masa dan juga mudah dilakukan di rumah. 

Antara tips penjagaan rambut sihat menggunakan kaedah lama ialah:

1) Minyak Zaitun
Aplikasikan minyak zaitun untuk mendapatkan rambut yang sihat dan lembut. Caranya, korang hanya perlu lumurkan minyak zaitun sebelum tidur. Keesokan harinya, bilas rambut seperti biasa.

2) Telur
Bagi yang mempunyai rambut yang kusut atau kering, korang boleh manfaat yangg boleh didapati menerusi telur ayam. Ambil kuningnya dan campurkan bersama minyak kelapa serta madu. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada kulit kepala korang. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas serta bersyampu seperti biasa.

3) Daun Lidah Buaya
Selain daun bunga raya yang sedia diketahui mampu melebatkan rambut, daun lidah buaya pula dikatakan mampu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut khususnya buat korang yang berambut panjang. Caranya, ramas daun lidah buaya sehingga mengeluarkan lendir dan kemudian lumur pada rambut selama satu hingga dua jam. Lakukan proses ini dua kali dalam seminggu. Dan korang boleh lihat hasilnya!

4) Limau Purut
Limau purut juga boleh digunakan khusus untuk korang yang mempunyai masalah kelemumur. Ambil beberapa biji limau purut dan belah kepada dua bahagian. Kemudian, gosokkan limau purut pada kulit kepala. Lakukan proses ini beberapa kali dalam seminggu. Meskimun korang berasa pedih, namun ia dikatakan cukup berkesan untuk mengurangkan masalah kelemumur yang korang alami.

5) Mayones
Mayones bukan setakat boleh disapu atas diroti dan terus makan sahaja. Malah mayones juga mampu membantu melembabkan rambut. Caranya, sapukan mayones pada rambut dan biarkan ia selama 20 hingga 15 minit, lalu bilas dengan air sejuk sehingga bersih.

6) Bunga Raya
Seelok-eloknya gunakan bunga raya kebangsaan yang berwarna merah menyala. Caranya, korang ambil bunga raya tersebut dalam 10 hingga 15 kuntum. Kemudian, ramaskan dalam semangkuk air sehingga bunga itu hancur dan berlendir. Seelok-eloknya, biarkan semalaman air tersebut. Kemudian barulah dijaram di atas kepala. Seboleh-boleh buatlah 3 kali dalam seminggu. Jikalau rajin melakukannya, Insyaallah korang akan rasa perubahannya.

7) Kacang Hijau
Rendamkan kacang hijau selama semalaman. Air rendaman kacang hijau itu, korang boleh basahkan kepala. Ini bagi, menyejukkan kepala dan rambut.

p/s: Info ini dipetik dari majalah Remaja dan petua orang dulu-dulu kala. Sebelum terlupa jom add saya di Wechat, baru sahaja sign up malam tadi. Insyaallah, I will accept you -_-

Wechat Id : azwarsyuhada



26 comments:

  1. tips yang bagus. thanks for sharing =D

    ReplyDelete
  2. tips yang bagus..tp ntah bila la akk nak try..hehehe.. *pmalas*

    eh, ada lagi 1..santan. akk pernah buat, tp rambut tak tahan kut.. bnyk ggur..takut tgknya..

    ReplyDelete
  3. suka guna minyak zaitun n daun bunga raya :D

    ReplyDelete
  4. yah...memg bnyk khasiat daun lidah buaya ni ka...tq..good tips...

    ReplyDelete
  5. nice tips dear. fyna pernah buat no 1 & 3 je ^_^

    ReplyDelete
  6. alamak, macam malas la pula nak mencari bahan2 tu semua...huhu.

    *rambutku kusut masai*

    ReplyDelete
  7. Brylcream aje yg tahu... He3... Kn cube ni (^_^)

    ReplyDelete
  8. bole bgtaw kt bakal bini..
    tq ya!

    ReplyDelete
  9. akak selalu pakai minyak zaitun sebagai minyak rambut..xnak rambut kelihatan kering. Jadi cam lembab je..

    ReplyDelete
  10. Nice info! Heheeee...tp susah skit bg org yg tak konsisten buat XD ngeh3~~

    ReplyDelete
  11. CJM biasa guna minyak zaitun, lidah buaya & limau purut...btw! thumbs up utk entry ni! suka...! =)

    ReplyDelete
  12. kbanyakkan bahan semua senang nak carik ye...hehe natural je semua..^^

    ReplyDelete
  13. nice tips...
    biase jage rambut dengan pakai shampoo je.haha

    ReplyDelete
  14. sy xprnah ikot tips spt atas 2..hu3, kalau prmpn xpe, rajin :)

    ReplyDelete
  15. peh....letih nak layan ni...hehe

    ReplyDelete
  16. Cunnnnnn. Nice sharinggg! Thanksss :D

    ReplyDelete
  17. nice tips :)
    thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
  18. baru tau mayones pun boleh.. ehh tapi iha sayang la.. mesti nanti nak mkn jgk.. xD

    ReplyDelete
  19. Nice tips..
    Thanks f0r sharing...
    yg paling senang nak pakai, gune minyak zaitun tu la.. hih.. :)

    ReplyDelete
  20. kacang hijau ? sedap tu. bagus aku rebus, makan ngan esekerim. muahaha

    ReplyDelete
  21. ida salu gune tips telur kuning tu. hehhehehee

    ReplyDelete
  22. Kalau guna limau tu, mesti automatik rambut jadi wangi kan. ^^ Nice sharing dik!

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com