Panggilan - Azwar Syuhada

Friday 28 June 2013

Panggilan


Assalamualaikum..

Aku suka membaca, terutamanya novel melayu. Tambah-tambah mak aku pengumpul setia novel. Kira jimatlah duit poket aku untuk beli novel kan? Tanya sahajalah siapa pengarang, jalan cerita, keluaran apa novel tersebut pada mak aku, laju sahajalah dia jawab. Kalau novel english ini, aku kuranglah sikit. Aku bukanlah nak mengupas cerita dari mana-mana novel. Cuma aku hanya nak tahu, masih ada ke dalam dunia realiti ini, terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwih. 

Mungkin di awal perkahwinan, panggilan yang biasa untuk memanggil pasangannya mestilah dengan panggilan manja dan menggunakan nada suara yang lembut seperti 'ANJA', 'SAYANG', 'DARLING' dan sewaktu dengannya. Ton suaranya masih merdu lagi untuk didengari. Tapi kalau dah masuk usia perkahwinan lima atau enam tahun seperti cerita-cerita melayu P. Ramlee panggilan sudah berubah seperti 'PAKNYA', dan 'MAKNYA'. Tapi paling familiarlah panggilan abang sahajalah. Bak kata pepatah tak lapuk di hujan, tak lekang di panas. Malah, ton suaranya tetap berhemah dan ada ketegasan di situ serta merupakan panggilan hormat di situ.

Sekarang ini sudah zaman melinium, dunia pun sudah bertambah panas, jerebu pun sudah mula datang. Kira dunia ini macam sudah sempit aku rasakan. Mana tidaknya, kebanyakkan remaja perempuan yang baru hendak kenal hidup (remaja sekolah), cinta monyetlah katakan. Mereka inilah kerap menggunakan panggilan SAYANG, HUBBY, BABY, dan whateverlah. Kalau memuji pasangannya, kalah tok nenek aku!! Kadang-kadang meluat juga mendengarnya, macam dia aje ada pasangan. Padahal, awak tu baru tingkatan berapa??

Tengok sahajalah drama di televisyen, contohnya drama Teduhan Kasih. Bukanlah aku nak hentam jalan cerita itu. Cuma aku tertarik dengan watak yang di lakonkan oleh Nabila Huda sebagai Ayu dan suaminya Rizal. Panggilan yang digunakan dalam drama tersebut, kemain manja lagi iaitu panggilan sayanggggg. Pandai betol, dia melakonkan watak gedik dan memang mantaplah lakonannya. Kadang-kadang rasa rimas jugalah aku mendengarnya. Bukanlah aku jealous, cuma panggilan ini biasanya digunakan masa hubungan tengah manis, wangi, tak bergaduh lagi, dan sewaktu dengannya. 

Tapi apabila sudah bergaduh, macam-macam panggilan buruk yang keluar dari mulutnya. Aku pun takut nak mendengarnya. Terutamanya bagi perempuanlah kalau dah tak suka, dia punya kutuk berhabis-habisan lagi, kalau boleh taknak nampak bayang sekalipun. Kalau ada hadiah yang diberi oleh pasangannya masa tengah baik dulu, kalau boleh rasa nak baling ke muka orang itu balik!! Dasyat juga penangan orang perempuan, zaman ini. Bagi kaum lelaki pula, jarang pula aku terdengar mereka mengutuk ex-girlfriend masing-masing. Tak tahulah, kalau mereka berbual sesama mereka. Mungkin sekarang ini sudah akhir zaman, maka perhubungan itu cepatlah putus di tengah jalan dan cepat pula mereka mendapat pengganti. Tapi apa-apa hal pun, eloklah kalau betul-betul ada ikatan yang sah dan halal di sisi agama, eloklah kita panggil pasangan kita itu dengan panggilan yang manja serta boleh menghormatinya.

Kesimpulannya, walaupun kita suka dekat orang itu janganlah di tunjukkan sangat. Kalau benci pun, janganlah nampak sangat. Kata orang tua-tua dahulu, kalau baik itu biarlah berpada-pada, jahat jangan sekali. Kalau jadi perempuan ini pula, janganlah terlampau memuji pasangan itu kerana nanti bila dah tak suka keburukan orang itu habis di jaja kesana sini. Masa itulah, orang lain hendak bersorak tentang kekecewaannya. Bukan apa, orang meluat masa dia tengah hangat bercinta. Susah juga jadi perempuan ni!! Bak kata Johan raja lawak, semua perkara boleh bawa bincang.





54 comments:

  1. suka ngan kesimpulan Azwa tu.. hehe.. kalau terlebih suka atau benci, lain jadinya bila perasaan suka n benci tu dah pudar.. eceh.. hee :D

    ReplyDelete
  2. panggil nama full baru molek.hehe..

    ReplyDelete
  3. ramai yang sekarang ni bila suka seseorang, mula la tergedik-gedik..

    ReplyDelete
  4. kena besederhana juga dalam menunjukkan kasih sayang ni.. tak boleh terlalu menunjuk-nunjuk, orang yang tengok dan dengar pun rasa menyampah..

    ReplyDelete
  5. perempuan bergaduh sirius mengerikan.

    ReplyDelete
  6. Haha betul la tu. Bila dah sayang, sayang sungguh. Bila dah benci, benci sungguh.

    ReplyDelete
  7. betul tu, mama yang dah kawen ni pun, papa Sufi panggil nama mama je. Sedangkan yang belum kawen, sebok nak panggil "yunk, bee" depan kita..
    so gedixx.. menyampah.. over lak mama..haha

    ReplyDelete
  8. like father like son.like mother like daughter..hehe..
    untunglah,xyah bli sbb mak nye da kumpul bebanyak..bgus,pupuk semangat cinta membaca dari awal.hehe.
    orang kata,bukan aku kata yep.aku taip je nih,kalau nk bercinta,cinta orang sekadar separuh sahaja,sbb lagi separuh adalah cinta kepada diri sendiri. :D
    tapi kalu cinta pada Allah biarlah sepenuhnye. :D

    ReplyDelete
  9. hehe setuju sgt dgn kesimpulan Azwa tu, mmg if suke / benci kenelaa berpade2..bak kate org tue2, 'jgn nak benci2 sgt, nnt tu la yg dpt' heheehe. ade btolnye tu tau :) and lg satu, actually nama panggilan & hubungan lps berkhwin / dh lame bersame tu bergntung pada pasangan tersebut sendiri, ada yg makin hambar, tp ada yg maintain, mcm2..yg penting pembawaan masing2 laa..mcm Qeela & hubby, alhamdulillah, kitorg dh together almost 7 years, married for 2 years, alhamdulilah nama & cara panggilan semua tu still same dr couple smpaila dh 2 taun kawen ni :) tak semua yg hanya manis gile waktu couple / mule2 je.. :)andddd pasal lelaki ckp psl ex die tu plak, ade yg mcm joyah jugk berckp tp ade jugk yg jenis relax je mcm Azwa ckpkn tu..Laki ni kdg2 bile begosip, kalah pompuan tau, hehe. Mcm2 perangai. :)

    ReplyDelete
  10. Ya...itu hak masing2. Tapi public display of affection sgt meloyakan. Huhu...

    ReplyDelete
  11. dunia skrg mmg dh akhir zaman :) sbb 2 mcm2 benda xdjgka brlaku..hbgan 2 lbh mnis kalau kta bercinta slpas nikah..skrg2nya ada kmnisan kt situ, xdelah mluat sgt nk pggl anja @ syg hehehe..sdgkn bila bertunang pn kena sorok2 kn..ape lg tgh kapel..bila dh khwin bru boleh tunjuk :) bru la xmluat..

    ReplyDelete
  12. eh ada ternmapak orang baru kapel dah bahasakan diri "papa mama". Errr tak der la geli, tapi macam seriously?

    Kami laki bini tak guna perkataan "sayang" kecuali time gedik bergurau and we know it. hahaha

    ReplyDelete
  13. momoy ada kawan yg sweet. dia panggil bf dia ' si kacak'
    dan bf dia plak call dia 'si cantik'

    cute jer mereka =)

    ReplyDelete
  14. baca entri nieyh smbil tersenyum2,,heheh

    ReplyDelete
  15. betul, berpada-pada lagi elok, tp kekadang tu bahaya, bila benci dibilang cinta, tu parah..hahaha

    ReplyDelete
  16. huhu standard la tu. kalau da syg. kalau boleh setiap saat nk kua status psl psgn dia kann. lagi2 kalau da break. huhuhu.

    ReplyDelete
  17. Suka statement yg last skali tu,
    Kalau suka jangan tunjukkakn sangat, kalau benci pun jangan tunjukkan..

    ReplyDelete
  18. haha. btul tu kan. budak skolah skarang banyak dah yang up-to-date la kononnya ber-hubby, romantik2 mcm show op mcm die sowang je ada bf/gf. huhu.

    ReplyDelete
  19. suka n benci berpada2 lah...heheh.. suka pnggilan anja.. wkakkak >.<

    ReplyDelete
  20. Nice entry ! Agree 100% . Btw , anda di tag . Jmput la join .

    http://hanazaty.blogspot.com/2013/06/giveaway-cahaya-ramadhan.html

    ReplyDelete
  21. betul sgt...suka jgn suka sangat sebab boleh bertukar jd benci...benci jgn benci sgt sebab boleh bertukar jdi suka..so sentiasa lah bersederhana dlm apa pun....jgn over..nt org meluat..wuhuhu..

    ReplyDelete
  22. betul sgt apa yg kak azwar ckp =)

    #yg bab2 cinta skolah menengah tu lagi parahh panggilann, bleh bernanah oo telinga dgr gedik2 je -.-

    ReplyDelete
  23. masa tengah syg semua lembut kemain la kan hehe

    ReplyDelete
  24. yang penting biarlah berpada-pada kan. Kalau yer pun tengah angau bercinta, tak perlu lah nak tunjuk sangat kasih sayang tu depan orang. Betul tak?

    ReplyDelete
  25. masa sayang lebut kemain... bila dah benci.... teruk!

    ReplyDelete
  26. setuju..eh ada lagi..baru kapel dah pangil papa mama..maaf kalau ada yang terasa..tp akk rasa geli..hehe..
    sejujurnya akk panggil tunang akk 'abang'.. dia pnggil akk sometimes syng dan mcm azwa tulis. tp akk xpernah pksa. malah akk biasakan nama tuk dia..tak reti bersayang2..hehe

    apa2 pun bab panggilan tu rasanya panggil la ikut pada situasi.. jgn la time kapel bersayang bagai..time gaduh keluar 'aku kau terus..

    ReplyDelete
  27. panggil awak saya je senang. tak yah nk feeling sangat, jd bila dh putus tak de la nak kecewa tahap apa kan. hihi

    ReplyDelete
  28. I like this entry.!
    Perenggan last tu best baca. :)
    Betul sangat apa yg ade dalam entry atas nie..

    ReplyDelete
  29. harus sayang sampai syurga.

    petama kali jengah, jatuh cinta
    ^_^ save --> bloglist

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum, salam perkenalan. Singgah kali pertama dan follow. Lepas ni kalau sudi bolahlah follow Tetamu Istimewa pula ya.

    ReplyDelete
  31. biase la perempuan kan leser bile hati dh xsuke...ehehe...jgn marahhh :P

    ReplyDelete
  32. Zaman melenium ni panggil gegel n boboy la baru sweet.

    ReplyDelete
  33. seyuju dgn azwar..hahaha
    skrg byk budak girls ala2 gedik panggil macam2 kt bf.. eeuwwww

    ReplyDelete
  34. adehhhh setuju dengan entri nie :) nice

    ReplyDelete
  35. betul, berpada-padalah,,,,
    realiti tak seindah fantasi,,huhu

    ReplyDelete
  36. yezza...! pendek kata jangan gedik sangat en? simpan diam2 sudah..huu.

    ReplyDelete
  37. nak suruh isteri panggil baby pulak lahhh...hahaha...

    ReplyDelete
  38. Parents Arol dah kahwin lebih 30 tahun, ayah masih panggil mak dengan panggilan "sayang". Tak pernah dengar lagi panggilan lain. Hehehe! Arol pun tak berkenan jugak dengan budak-budak yang baru setahun jagung bercinta kalah pasangan yang dah kahwin. Tengah hangat bercinta, panggilan manja-manja jek. Tapi bila dah clash, kalah perempuan mati suami. Time tue, macam-macam jenis nama haiwan disebutnya! Hahaha! :D

    ReplyDelete
  39. Ehem2..masa bercinta akak bahasakan 'dia' je kt Mr.K..maksudnya awak la..lepas kawin of course la panggil darling..marah pun darling, manja2 pn darling. Jgn sesekali tinggi kan suara tau. Perkahwinan kami baru nk mencecah 3 tahun. InsyaAllah panggilan tu kekal hgga ke tua. KAlau ada tak puas hati jgn dijaja keburukan pasangan, kelak kita juga yg rugi.

    ReplyDelete
  40. rasa annoying kalau budak baru tingkatan pakai papa mama depan public. dontcu know that it is too much annoying? -__-

    ReplyDelete
  41. betul betul..klu suka jangan terlampau suka sgt..benci pn jgn terlampau benci sbb nnti takut jadi suka..huhu

    ReplyDelete
  42. tgk entry ni tetiba terpikir knapa skrg org x guna
    PAKNYA', dan 'MAKNYA ehh?? kn comell tu...amal follow sini

    ReplyDelete
  43. kepada laki/perempuan..jangan berjanji yang indah-indah kalo sekadar menyedapkan rasa :)

    ReplyDelete
  44. mmg sokong sgt dgn entry ni. syg biar bpada2. yg penting doa. tanpa doa,susah juga. sbb Allah yg kawal hati dan perasaan kte kn :)

    ReplyDelete
  45. masyarakat ni sebenarnya suka bermegah., sebab tu suka menunjuk., tak kisahlah suka atau benci, pasti ada ruang untuk menunjuk.. :)

    ReplyDelete
  46. kalau nk panggilan klasik, kanda dan adinda..*muntah hijau :P

    ReplyDelete
  47. lumrah kehidupan...

    seriously, in public kita dengar yg bdk coupeling gelar panggilan ayang, anje, ma, pa, bi tu sgt tak sesuai... tp klu yg dah kahwin panggil anje, ayg, bi or what so ever sy tak kisah malah anggap mereka romantik husband n wife...even akak n suami dah kawin 7 tahun pun suami still panggil ayang bila tak depan anak... panggil mama bila depan anak coz you know budak always copy apa yg kita ckp right...

    kesimpulannya begitulah...

    ReplyDelete
  48. lumrah kehidupan...

    seriously, in public kita dengar yg bdk coupeling gelar panggilan ayang, anje, ma, pa, bi tu sgt tak sesuai... tp klu yg dah kahwin panggil anje, ayg, bi or what so ever sy tak kisah malah anggap mereka romantik husband n wife...even akak n suami dah kawin 7 tahun pun suami still panggil ayang bila tak depan anak... panggil mama bila depan anak coz you know budak always copy apa yg kita ckp right...

    kesimpulannya begitulah...

    ReplyDelete
  49. jom join ga raya..

    http://nooramyma.blogspot.com/2013/07/siapa-maw-duit-raya-rm50.html

    ReplyDelete
  50. adik2 yang belum kahwin tu, panggil nama sahaja cukup lah.

    kalau dah kahwin, suka hati korang nak panggil apa yang penting dua2 pihak rasa selesa. you have the right c:

    ReplyDelete
  51. wuuu panggilan abang tu laa yang paling sesuaii :D

    ReplyDelete
  52. kalau yg tengah couple panggil over-over tu meluat dengarnya. klu yg kahwin tu tak kesah pun kan. hehehe. rasanya panggil biasa-biasa pun dah cukup masa belum kahwin kan. betul tu kak, kalau syg jgn syg sgt. :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!