11:22 pm
BY Azwar Syuhada
54 Comments
Assalamualaikum..
Aku suka membaca, terutamanya novel melayu. Tambah-tambah mak aku pengumpul setia novel. Kira jimatlah duit poket aku untuk beli novel kan? Tanya sahajalah siapa pengarang, jalan cerita, keluaran apa novel tersebut pada mak aku, laju sahajalah dia jawab. Kalau novel english ini, aku kuranglah sikit. Aku bukanlah nak mengupas cerita dari mana-mana novel. Cuma aku hanya nak tahu, masih ada ke dalam dunia realiti ini, terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwih.
Mungkin di awal perkahwinan, panggilan yang biasa untuk memanggil pasangannya mestilah dengan panggilan manja dan menggunakan nada suara yang lembut seperti 'ANJA', 'SAYANG', 'DARLING' dan sewaktu dengannya. Ton suaranya masih merdu lagi untuk didengari. Tapi kalau dah masuk usia perkahwinan lima atau enam tahun seperti cerita-cerita melayu P. Ramlee panggilan sudah berubah seperti 'PAKNYA', dan 'MAKNYA'. Tapi paling familiarlah panggilan abang sahajalah. Bak kata pepatah tak lapuk di hujan, tak lekang di panas. Malah, ton suaranya tetap berhemah dan ada ketegasan di situ serta merupakan panggilan hormat di situ.
Sekarang ini sudah zaman melinium, dunia pun sudah bertambah panas, jerebu pun sudah mula datang. Kira dunia ini macam sudah sempit aku rasakan. Mana tidaknya, kebanyakkan remaja perempuan yang baru hendak kenal hidup (remaja sekolah), cinta monyetlah katakan. Mereka inilah kerap menggunakan panggilan SAYANG, HUBBY, BABY, dan whateverlah. Kalau memuji pasangannya, kalah tok nenek aku!! Kadang-kadang meluat juga mendengarnya, macam dia aje ada pasangan. Padahal, awak tu baru tingkatan berapa??
Tengok sahajalah drama di televisyen, contohnya drama Teduhan Kasih. Bukanlah aku nak hentam jalan cerita itu. Cuma aku tertarik dengan watak yang di lakonkan oleh Nabila Huda sebagai Ayu dan suaminya Rizal. Panggilan yang digunakan dalam drama tersebut, kemain manja lagi iaitu panggilan sayanggggg. Pandai betol, dia melakonkan watak gedik dan memang mantaplah lakonannya. Kadang-kadang rasa rimas jugalah aku mendengarnya. Bukanlah aku jealous, cuma panggilan ini biasanya digunakan masa hubungan tengah manis, wangi, tak bergaduh lagi, dan sewaktu dengannya.
Tapi apabila sudah bergaduh, macam-macam panggilan buruk yang keluar dari mulutnya. Aku pun takut nak mendengarnya. Terutamanya bagi perempuanlah kalau dah tak suka, dia punya kutuk berhabis-habisan lagi, kalau boleh taknak nampak bayang sekalipun. Kalau ada hadiah yang diberi oleh pasangannya masa tengah baik dulu, kalau boleh rasa nak baling ke muka orang itu balik!! Dasyat juga penangan orang perempuan, zaman ini. Bagi kaum lelaki pula, jarang pula aku terdengar mereka mengutuk ex-girlfriend masing-masing. Tak tahulah, kalau mereka berbual sesama mereka. Mungkin sekarang ini sudah akhir zaman, maka perhubungan itu cepatlah putus di tengah jalan dan cepat pula mereka mendapat pengganti. Tapi apa-apa hal pun, eloklah kalau betul-betul ada ikatan yang sah dan halal di sisi agama, eloklah kita panggil pasangan kita itu dengan panggilan yang manja serta boleh menghormatinya.
Kesimpulannya, walaupun kita suka dekat orang itu janganlah di tunjukkan sangat. Kalau benci pun, janganlah nampak sangat. Kata orang tua-tua dahulu, kalau baik itu biarlah berpada-pada, jahat jangan sekali. Kalau jadi perempuan ini pula, janganlah terlampau memuji pasangan itu kerana nanti bila dah tak suka keburukan orang itu habis di jaja kesana sini. Masa itulah, orang lain hendak bersorak tentang kekecewaannya. Bukan apa, orang meluat masa dia tengah hangat bercinta. Susah juga jadi perempuan ni!! Bak kata Johan raja lawak, semua perkara boleh bawa bincang.