Inikah Sikap Bakal Pemimpin di Masa Akan Datang?? - Azwar Syuhada

Friday 12 April 2013

Inikah Sikap Bakal Pemimpin di Masa Akan Datang??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera =)
  

Dalam kesibukan cerita pencerobohan di Lahad Datu. Kini, pilihanraya pula memenuhi helaian akhbar di dada-dada akhbar dan juga media elektronik. Dalam pada kesibukan orang menyambut pilihanraya, masih ada pula makhluk Allah ini hendak membuat filem secara live. Nak mengalahkan cerita JUVANA THE MOVIE lagaknya. Tapi bezanya, filem itu mempunyai penerbit, pengarah, dan skrip yang harus di ikuti. Tapi ini lain ceritanya, bukan cobaan lagi!! Tapi betul-betul terjadi!! Apalah faedahnya hidup terkurung di tirai besi, seawal usia yang paling muda. Puaskah hatinya dapat membuli insan yang lebih lemah semata-mata sebab yang tidak berapa releven.


Umur baru setahun jagung, hingus pon belum kering lagi!! Dah pandai nak jadi samseng, macam manalah nak memimpin negara akan datang!!! Sungguh memalukan!!!

Patutkah kita salahkan mak ayah kerana tidak mendidik sepenuhnya ataupun haruskah kita menuding jari pada produser filem aksi ganas yang diterbitkan di panggung wayang mahupun di kaca televisyen. Contohnya filem Juvana ataupun KL gengster. Sedangkan pelakon-pelakon yang menjiwai watak ganas itu mendapat imbuhan pada setiap apa yang dilakonkan. Benda sudah berlaku, tak perlulah nak menuding jari pada sesiapa yang salah. Padahal, masing-masing sudah diberi pelajaran. Tambahan pula, banyak kempen-kempen daripada kerajaan dan juga NGO yang menyeru kepada anak-anak muda menerapkan nilai murni dalam diri masing-masing.

Tapi ada juga yang merasakan diri mereka lebih hebat daripada LAN TODAK di dalam filem juvana!! Aku pon tak berapa tahu!! Tapi berbaloikah hidup di tirai besi seawal ini?? Sedangkan, umur pelajar tersebut sepatutnya belajar bersungguh-sungguh di sekolah bagi meneruskan impian kedua ibubapa di masa akan datang. Malah, pada umur yang paling muda inilah sepatutnya kita mula membina tapak di masa akan datang.


Bak kata orang tua kampung akulah, 'HANTAR KE SEKOLAH BERTINGKAT-TINGKAT, BODOH TAK BOLEH NAK DI AJOR, PANDAI TAK BOLEH NAK DI IKUT, KALAU DAH DASAR BEBAL, BEBAL JUGALAH JAWABNYA' Kalau ikut filem arwah P. Ramlee lagi ganas bunyinya, yang berbunyi 'kecik-kecik  taknak mam..., dah besar menyusahkan orang!! 


Bagi adik-adik yang masih di bawah umur, hargailah masa muda anda dan banggakan ibubapa korang dengan kejayaan bukan banggakan MAKBAPAK DENGAN KEJAYAAN HARAM JADAH SEPERTI MEMBULI!!


p/s: Kalau yaa pun nak jadi samseng dekat sekolah, tak perlulah tunjuk kebodohan sendiri dengan mengupload video. Nak tunjuk glamour or kehebatan samseng korang tu?? Tengok?? Tak pasal-pasal video yang korang upload memakan diri sendiri.. =)



47 comments:

  1. apalah nak jadi ngan budak2 ni :/ sekolah tu tempat belajar.. bukan tempat nak tunjuk samseng.. aiseh

    ReplyDelete
  2. dalam viddeo tu ada cameraman..hero n pelakon yg layaknya diberi anugerah pelakon paling gangster..ganah sungguh..entah apa la.. budak2 yang baru nak up macam tu la..kesian mangsa

    ReplyDelete
  3. Padan muka pembuli tu kena tangkap dah! Geram betul tengok orang kena buli ni.. Kesian kat mak ayah diorang, mesti malu dan terhina.. Kecil2 dah nak tunjuk gangster, dewasa nanti nak jadi apa lah..

    ReplyDelete
  4. ishhh eling kepala tgk budak sekarang nie .. fuhh

    ReplyDelete
  5. geram hana tengok video ni. dah la pukul dalam sekolah. kalau dah xsabar sangat kan. pi pukul kat luar sekolah dan jgn pakai baju sekolah.

    ReplyDelete
  6. depa dah kena buang sekolah, dah kena bash kat twitter, blog dan fb. kena hack. Moga depa insaf pasni -.-"

    ReplyDelete
  7. budak2 sekarang memang pelik2. banyak sgt pengaruh luar. takut je tengok video tu.

    ReplyDelete
  8. memang geram tgok video tu, ase nk gunting budak2 tu haha
    tapi doa je lah semoga semua diberi hidayah iA =)

    ReplyDelete
  9. x sanggup nak tgk vid tu..
    kalo mcm ni la budak2 zaman sekarang ... hmm. no komen la gamaknya kito.

    ReplyDelete
  10. Apa nak jadi dengan dorang ni. Menjatuhkan nama bangsa je.

    ReplyDelete
  11. kecik-kecik dah macam ni..besar nanti makin teruk perangai. Mak ayah susah payah hantar gi sekolah..tapi diorang balas dengan menconteng arang ke muka mak ayah..hurmm

    ReplyDelete
  12. malas nk tgk video tu... bakal pemimpin malaysia mereka nie

    ReplyDelete
  13. kesian CJM tgok budak yg kena buli tu...mna aci 4 vs sorang..mmg ahh kalah..apedah!

    ReplyDelete
  14. selamat masuk lokap utk mereka yang bersalah... perangai mcm bebal

    ReplyDelete
  15. kesian gak kt budak2 tu..memang dorg salah..tapi skg, 1malaysia dah tahu.semoga semuanya akan berubah menjadi lebih baik

    ReplyDelete
  16. Ni bukan Lan Todak ni. Ni spesies mentadak mentadu.

    ReplyDelete
  17. kesian magsa.mesti sakit sgt2 tu.dgr2 dah ade tindakan.awl2 dh buat perangai camni..semoga jd pengajaran buat mereka yg terlibat.

    ReplyDelete
  18. ya Allah..apa nak jadi dengan budak2 ssekarang ni... kes buli terus berleluasa...

    ReplyDelete
  19. holaaa azwar thanx sudi jengah blog mya..pasal kes ni kn mya mmg rs geram pun dgn budak2 nih tp pd pendapat mya jgn lah kita tunding jari 100% kat mak ayah...ada mak ayah yg sbaik malaikat tp kalau anak tu salah berkawan jahanam jugak jd nyer yer dak..tambah plak film2 yg byk keburukan dari kebaikan,....ape pun kita ni kenalah berhati2 mcm2 akan blaku lg nnt,,,dunia ohh dunia

    ReplyDelete
  20. sriusly xpuas hti bla tgk vdeo ni, mcm nak tampar2 ja bdk2 ni bg sdar diri

    ReplyDelete
  21. nk tnjuk hero pun tak kena tempat..ntah pape..makbapak hantar ngaji tapi benda lain yg depa buat..

    ReplyDelete
  22. tak sanggup nak tengok video ni.. ;(

    ReplyDelete
  23. semuanya nak tunjuk pailang . padahal beli barang sendiri pun mintak mak bapak lagi !

    ReplyDelete
  24. saya kesian tengok budak yang kena pukul tu..geram dgn budak bertiga tu..

    ReplyDelete
  25. memang geram gila lah ngan kaki buli tue. tak pikir mak ayah sendiri kot.

    ReplyDelete
  26. Budak2 sekarang tak tau takut, terpengaruh dengan movie la ni, tengok video rasa sakit hty n geram sgt..haishh nsb baek la dh kena tangkap kan.kalo nak buat jahat pun xpayah la nak download video tu dalam utube, idiot..

    ReplyDelete
  27. Suruh gi skolah bukan suruh jadi taiko.. hmm ini lah budak sekarang, bermacam gejala yang tak sihat berlaku..

    ReplyDelete
  28. mmg patot dak2 nie masok lokap...mak bapak anta g sekolah utk jd org yg berguna bukannya jd x bguna camnie,...apa nak jd la..huhu

    ReplyDelete
  29. salam =)

    MasyaAllah..apa nak jadi remaja sekrng ye..mudah dpengaruhi dgn budaya luar..anasir2 jahat terlalu bnyk sekrng..ibu bapa kena rajin pantau anak memasing..

    ReplyDelete
  30. semua dh kena ke skali dgn kameraman?patut kire subahat tu..skali dgn tukang sorak skali tu

    ReplyDelete
  31. saya dah tengok video tuuu separuh T____T tak sampai hati tgk ketua kelas yg kena pukul tuu huuu terus tutup. ni lah budak, mudah terpengaruh! hmmm geram ni

    ReplyDelete
  32. Puncanya hal kecik jek tapi sampai jadi macam nie. Berani buat berani tanggung. Kesian parents dan pihak sekolah kena tanggung malu sekali. Harap kes nie dapat jadi iktibar kepada semua pelajar sekolah.

    ReplyDelete
  33. setuju sangat-2! teruk betul akhlak anak-2 muda zaman sekarang ni. hmm

    ReplyDelete
  34. Ramai sangat nak jadi gangster budak zaman sekarang ni tu lah jadi macam tu haih. Harap dijauhi lah..

    ReplyDelete
  35. sedih sungguh... susah nak cakap. buat malu keluarga je...

    ReplyDelete
  36. Salute ah dekat ketua kelas tu, kena pukul dia tetap bediri. Tak jatuh pun. Hmm kesian diaaa

    ReplyDelete
  37. stress jugak nak ajar budak2 skng ni..bukan setakat kawan diorang pukul, ngan cikgu pun diorang kurang ajar jugak..smpai ada kes budak pukul cikgu..

    ReplyDelete
  38. budak2 skrg dah jauh sgt bza dgn yg dlu...sikin rencam,...

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum azwar....kesian nyer tengok budak tu kena pukul...;)

    ReplyDelete
  40. Hurm...teruknya...mcm mne lah negara kita jika dipimpin olh mereka yg bersikap seperti ini. moga mereka insaf hendaknya....

    ReplyDelete
  41. ni dasar otak letak kat kepala lutut . baru setahun jagung dah tunjuk taiko . sekarang ni ha , padan muka memasing dah diambil tindakan .

    ReplyDelete
  42. rasa nak menangis tengok budak tu kena buli. terasa seperti adik sendiri yang dibuli. :'(

    http://cikjannstory.blogspot.com/2013/04/testimoni-penggunaan-sabun-susu-beras.html

    ReplyDelete
  43. budak hingusan .___. kat sekolah buat kepala boleh lah, kang dah kena baru padan

    ReplyDelete
  44. bdk2 skrg maken advance . huh!

    camne lah nak didik anak2 kite nanti. :'(

    ReplyDelete
  45. Tapisan pertama - memang salah ibubapa. Kurang diajar oleh ibubapanya. Itu yang kurang ajar tuh.

    ReplyDelete
  46. sabar je laa rasa, sakit hati tengok. alahaiii

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!