Friday, 26 April 2013

Akhirnya Selesai Jua!!!

Assalamualaikum ...


Rasa puas, rasa gembira, geram, seronok, dan pelbagai rasa yang ada dalam diri aku sekarang. Mengapa dan kenapa?? Sebab aku rasa, satu beban yang aku pikul buat sem ini, sudah pon selesai iaitu Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) pengajian Am, Bahasa Melayu dan juga Sejarah. Setelah selesai menghantar hasil kerja, menyusul pula presentation!! Serius, bab bercakap di hadapan khalayak ramai memang aku paling-paling tak suka!! Tambah-tambah bercakap depan kawan-kawan sekelas!! Bila, pandang seorang demi seorang kawan aku, semua muka nak menggelakkan aku sahaja tahunya. Nak tak nak kena buat jugalah, pengajian am sahaja buat hadapan cikgu sahaja. Time berdepan dengan cikgu tu, aku tawakal jugalah. Apabila diajukan beberapa soalan pada aku, muka dengan penuh keyakinan aku bercakap!! Walaupun, aku rasa benda itu dah sah-sah salah.

Wait!! Walaupun PBS dah selesai, ada satu lagi peperangan yang perlu aku harungi dan perjuangkan! Pelbagai cabaran tau, untuk mencapai kejayaan hidup ini. bak kata pepatah, 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Nak berjaya ini juga, terasa sakit yang teramatlah sangat!! Kalah orang bercinta tau!! Seperti, mandi tak basah, tidur tak lena, makan pon tak kenyang-kenyang. Mak aku pula selalu mengingatkan pada aku 'kalau nak pegang duit banyak-banyak akan datang, sekarang ini jugalah aku kena usaha', itupun kalau hendak hidup senang akan datang tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

Harinilah baru sempat aku mengupdate blog, setelah sekian lama aku menyepi. Dalam pada masa aku menyepi ini, banyak jugalah pelaburan yang aku melabur terutama di kedai-kedai fotostat dan juga kedai Fuji. Hampir mencecah RM50.00, hanya untuk print hasil kerja. Tapi bagi aku, ianya satu pelaburan yang amat berbaloi kerana aku berjaya menyiapkan kertas kerja dan presentation yang begitu sempurna bagi akulah!! Walaupun pada permulaan presentation aku rasa gabra dan takut, tapi apabila pada penghujung slide, baru rasa kesyokannya kian terasa!! Insyaallah, aku akan berperang dengan exam penggal 2 pada bulan 5 ini!! Doakan kejayaan aku okay!!! =)


p/s: Berlebih itu membebankan....Terlalu santai akan melekakan...Lebih baik sederhana...Kerana yang indah itu sering hadir dalam kesederhanaan...



55 comments:

  1. I thought PBS yg Form 1 tu. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. semoga dapat keputusan terbaik

    ReplyDelete
  3. belajar pikul tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas kan dear ..hihi

    ReplyDelete
  4. good luck dear...cayok3...bersush2 dahulu bersng2 kemudian...stpm kan? buat yg terbaik...do the best

    ReplyDelete
  5. insyaallah boleh.abaikan kejab blog ni pon xpe... :) semoga berjaya

    ReplyDelete
  6. Semoga berjaya, Azwar! Buat yang terbaik dalam exam penggal 2. Insyallah, you can do it! :) Macam susah jek bila dengar cerita pasal PBS. Nasib baik Arol tak sempat merasa PBS. Hehehe! :D

    ReplyDelete
  7. good luck untuk exam pula yer..kak puteri doakan dari jauh :)

    ReplyDelete
  8. tahniah! hehe :D keep up your good work!

    ReplyDelete
  9. WAHHH TAHNIAH KERANA AKHIRNYA SELESAI JUAAA! HAHA :p

    ReplyDelete
  10. Good luck :) suka quote yang last sekali tuh ^_^

    ReplyDelete
  11. alhamdulilah ..semoga sukses untuk presentation

    ReplyDelete
  12. good luck..=P

    Memori Terindah

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/memori-terindah.html

    ReplyDelete
  13. semoga berjaya (:
    bittaufiq wannajah ^^

    ReplyDelete
  14. good luck! do ur best dear.. :) chaiyok2!!

    ReplyDelete
  15. oh , ingatkan PBS untuk bdk sek je...haha :)

    *sedang cari sponsor :) http://syuhadasyada.blogspot.com/2013/04/pencarian-sponsor-barangan-blog.html

    ReplyDelete
  16. wahhhh tahniah ya.... semoga berjaya nanti...

    ReplyDelete
  17. jom komen entry sya , ada GA by tumtumshop , hadiah wang tunai ! :)

    http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/04/blogging-contest-by-tumtumshop.html

    ReplyDelete
  18. jom komen entry sya , ada GA by tumtumshop , hadiah wang tunai ! :)

    http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/04/blogging-contest-by-tumtumshop.html

    ReplyDelete
  19. setiap kali presentation mmg yana akan selalu berdebar-debar. suara tetiba bertukar mcm nak nanges je. haha. alahai, mcm manalah nk berani bckp dpn org ni. bg tips azwa. hehe. anyway, goodluck tuk test nnt tau :)

    ReplyDelete
  20. dikkkkkkkkkkkkkkk,sekolah SMKTPG ehhhh?akak penah sekolah situ setahun,heeeeeeeee

    ReplyDelete
  21. Dah nak exam eh Azwar? Goodluck goodluck! ;)

    ReplyDelete
  22. wahhh dah boleh relax2 sikit..ye dak? hihi :)

    ReplyDelete
  23. ingatkan tertinggal M it should be PBSM :P

    so sekarang tengah berehat2 menyantaikan diri la ye?hehe.papepon gudlak untuk next exam ea :)

    ReplyDelete
  24. owh , haha , okay2 , gud luck ye :D ramai duk stress pasal PBS nih ,

    ReplyDelete
  25. salam =)
    xpe azwa..bsush2 dhulu..bsenang lenang kmudian..hehe

    gud luck ye ^_^

    ReplyDelete
  26. oit ~ hehe , gud luck ye result nanti ;D

    ReplyDelete
  27. jom komen entry sya , sya masuk contest komen terbanyak :)

    http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/04/blogging-contest-by-tumtumshop.html

    ReplyDelete
  28. sorry off topic.. how come i cannot see the message in your cbox ?

    ReplyDelete
  29. @onie : owh ye ke??hehe.. Yup, azwa sekolah SMKTPG :)

    ReplyDelete
  30. wahhhhh mesti rasa lega kan kak bila dah selesai semua tu . all the best untuk exam kak ! :D

    p/s ; akak , boleh tak emelkan bella detail akak ? nama , alamat , no.tel .
    emel bella ; sabellamohamad@gmail.com

    thanks !

    ReplyDelete
  31. gud luck dear :))
    done follow. ziqanuar.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. pssttt helo MJ.

    chaiyok2 , gud luck for exam :)

    ReplyDelete
  33. ehhehe... berbaloi habiskan duit kalau hasil kerja tu memuaskan hati n dapat mark y tinggi..hehhehe.. apa2 un good luck!!

    ReplyDelete
  34. good luck untuk masa mendatang

    ReplyDelete
  35. aku dlu2 pun x bape sker brcakap dpn org ramai. gemuruh pun ada.

    ReplyDelete
  36. yeah..alhamdullilah..gud luck ok! sukses slalu..:D

    ReplyDelete
  37. akhirnya, semoga semuanya di permudahkan ye :)

    ReplyDelete
  38. gud luk!
    klu time blajar, print tu mmg normal..duit msti terbang..hee

    ReplyDelete
  39. gudluck dik.. =)

    akk dah rasa dulu..bila dah selesai 1 kerja, rasa macam beban 10tan dah jatuh bawah kan.. :p

    ReplyDelete
  40. saya pun sama kak! kalau bercakap depan orang habis ketaq lutut wakakak :D Selamat berjaya kak Aini, you can do it! :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com