April 2013 - Azwar Syuhada

Friday 26 April 2013

Akhirnya Selesai Jua!!!
9:57 pm 55 Comments
Assalamualaikum ...


Rasa puas, rasa gembira, geram, seronok, dan pelbagai rasa yang ada dalam diri aku sekarang. Mengapa dan kenapa?? Sebab aku rasa, satu beban yang aku pikul buat sem ini, sudah pon selesai iaitu Pentafsiran Berasaskan Sekolah (PBS) pengajian Am, Bahasa Melayu dan juga Sejarah. Setelah selesai menghantar hasil kerja, menyusul pula presentation!! Serius, bab bercakap di hadapan khalayak ramai memang aku paling-paling tak suka!! Tambah-tambah bercakap depan kawan-kawan sekelas!! Bila, pandang seorang demi seorang kawan aku, semua muka nak menggelakkan aku sahaja tahunya. Nak tak nak kena buat jugalah, pengajian am sahaja buat hadapan cikgu sahaja. Time berdepan dengan cikgu tu, aku tawakal jugalah. Apabila diajukan beberapa soalan pada aku, muka dengan penuh keyakinan aku bercakap!! Walaupun, aku rasa benda itu dah sah-sah salah.

Wait!! Walaupun PBS dah selesai, ada satu lagi peperangan yang perlu aku harungi dan perjuangkan! Pelbagai cabaran tau, untuk mencapai kejayaan hidup ini. bak kata pepatah, 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Nak berjaya ini juga, terasa sakit yang teramatlah sangat!! Kalah orang bercinta tau!! Seperti, mandi tak basah, tidur tak lena, makan pon tak kenyang-kenyang. Mak aku pula selalu mengingatkan pada aku 'kalau nak pegang duit banyak-banyak akan datang, sekarang ini jugalah aku kena usaha', itupun kalau hendak hidup senang akan datang tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

Harinilah baru sempat aku mengupdate blog, setelah sekian lama aku menyepi. Dalam pada masa aku menyepi ini, banyak jugalah pelaburan yang aku melabur terutama di kedai-kedai fotostat dan juga kedai Fuji. Hampir mencecah RM50.00, hanya untuk print hasil kerja. Tapi bagi aku, ianya satu pelaburan yang amat berbaloi kerana aku berjaya menyiapkan kertas kerja dan presentation yang begitu sempurna bagi akulah!! Walaupun pada permulaan presentation aku rasa gabra dan takut, tapi apabila pada penghujung slide, baru rasa kesyokannya kian terasa!! Insyaallah, aku akan berperang dengan exam penggal 2 pada bulan 5 ini!! Doakan kejayaan aku okay!!! =)


p/s: Berlebih itu membebankan....Terlalu santai akan melekakan...Lebih baik sederhana...Kerana yang indah itu sering hadir dalam kesederhanaan...



Reading Time:

Friday 12 April 2013

Inikah Sikap Bakal Pemimpin di Masa Akan Datang??
10:47 pm 47 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera =)
  

Dalam kesibukan cerita pencerobohan di Lahad Datu. Kini, pilihanraya pula memenuhi helaian akhbar di dada-dada akhbar dan juga media elektronik. Dalam pada kesibukan orang menyambut pilihanraya, masih ada pula makhluk Allah ini hendak membuat filem secara live. Nak mengalahkan cerita JUVANA THE MOVIE lagaknya. Tapi bezanya, filem itu mempunyai penerbit, pengarah, dan skrip yang harus di ikuti. Tapi ini lain ceritanya, bukan cobaan lagi!! Tapi betul-betul terjadi!! Apalah faedahnya hidup terkurung di tirai besi, seawal usia yang paling muda. Puaskah hatinya dapat membuli insan yang lebih lemah semata-mata sebab yang tidak berapa releven.


Umur baru setahun jagung, hingus pon belum kering lagi!! Dah pandai nak jadi samseng, macam manalah nak memimpin negara akan datang!!! Sungguh memalukan!!!

Patutkah kita salahkan mak ayah kerana tidak mendidik sepenuhnya ataupun haruskah kita menuding jari pada produser filem aksi ganas yang diterbitkan di panggung wayang mahupun di kaca televisyen. Contohnya filem Juvana ataupun KL gengster. Sedangkan pelakon-pelakon yang menjiwai watak ganas itu mendapat imbuhan pada setiap apa yang dilakonkan. Benda sudah berlaku, tak perlulah nak menuding jari pada sesiapa yang salah. Padahal, masing-masing sudah diberi pelajaran. Tambahan pula, banyak kempen-kempen daripada kerajaan dan juga NGO yang menyeru kepada anak-anak muda menerapkan nilai murni dalam diri masing-masing.

Tapi ada juga yang merasakan diri mereka lebih hebat daripada LAN TODAK di dalam filem juvana!! Aku pon tak berapa tahu!! Tapi berbaloikah hidup di tirai besi seawal ini?? Sedangkan, umur pelajar tersebut sepatutnya belajar bersungguh-sungguh di sekolah bagi meneruskan impian kedua ibubapa di masa akan datang. Malah, pada umur yang paling muda inilah sepatutnya kita mula membina tapak di masa akan datang.


Bak kata orang tua kampung akulah, 'HANTAR KE SEKOLAH BERTINGKAT-TINGKAT, BODOH TAK BOLEH NAK DI AJOR, PANDAI TAK BOLEH NAK DI IKUT, KALAU DAH DASAR BEBAL, BEBAL JUGALAH JAWABNYA' Kalau ikut filem arwah P. Ramlee lagi ganas bunyinya, yang berbunyi 'kecik-kecik  taknak mam..., dah besar menyusahkan orang!! 


Bagi adik-adik yang masih di bawah umur, hargailah masa muda anda dan banggakan ibubapa korang dengan kejayaan bukan banggakan MAKBAPAK DENGAN KEJAYAAN HARAM JADAH SEPERTI MEMBULI!!


p/s: Kalau yaa pun nak jadi samseng dekat sekolah, tak perlulah tunjuk kebodohan sendiri dengan mengupload video. Nak tunjuk glamour or kehebatan samseng korang tu?? Tengok?? Tak pasal-pasal video yang korang upload memakan diri sendiri.. =)



Reading Time:

Saturday 6 April 2013

V.O.T.E???
11:28 am 31 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera =/

Dalam kesibukan menyiapkan PBS, tiba-tiba adik yang baru darjah lima menjerit 'PARLIMEN DAH BUBAR', mak aku pun terus menjengah ke depan televisyen. Langsung tak jadi nak masak. Excited punya pasal!! Dalam hatiku, macamlah adik aku itu tahu bubar itu apa. Masa itu, aku tak peduli pun benda itu semua, yang aku pedulikan masa itu adalah PBS aku yang perlu disiapkkan. Tapi aku dengarlah juga pengumuman yang disampaikan oleh perdana menteri disebabkan di rumah aku volume televisyen di pasang macam dalam panggung. Tambah-tambah semuanya mengalami masalah pendengaran. hahaha.. Tipu je!! Malam itu juga, aku rasa macam hendak menyambut perayaan sahaja rasanya apabila parlimen telah dibubarkan. Bila bukak laman sosial, ramai pula orang bersorak dan begitu teruja apabila parlimen dah bubar. Pengumuman yang diucapkan oleh perdana menteri seolah-olah macam hendak menyambut hari raya sahaja kedengarannya. Betapa seronoklah pula aku mendengar!!

Tiba keesokkan harinya, sewaktu aku hendak pergi sekolah aku lihat sudah banyak bendera-bendera telah di gantung. Baik di deretan kedai mahupun di lampu-lampu jalan. Betapa gahnya bendera-bendera tersebut berkibar. Itu belum hari penamaan calon lagi. Ialah sambutannnya mengalahkan orang nak menyambut bulan puasa.


Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia ambillah kesempatan ini pergi mengundi pada yang lebih layak iaitu pada mereka yang telah mendaftar. Undi adalah rahsia!! Kalau hendak negara yang aman dan berdaulat pilihlah pemimpin yang betul-betul berkelayakkan. Selamat mengundi!!


p/s: Tidak semestinya dewasa dengan sebab usia semata-mata kerana seorang itu sudah meniti dewasa apabila dia sudah mampu membezakan perkara yang baik atau sebaliknya hatta sekalipun dia masih seorang anak di awal usianya. =/

Tadaa!!! Sahaja nak menambah, gambar sebagai bukti!! Tengoklah, betapa hebatnya aura panglimaku mengibarkan bendera. Siap masuk Utusan Malaysia (Selasa, 9/4/2013)!!

Betapa ramainya panglima aku sedang mengibarkan bendera!! Tunggu dan lihat, siapakah yang terkena??
Inilah laluan aku setiap pagi dan tengahari.. =)




Reading Time: