Saturday, 23 March 2013

Seribu 1 Peristiwa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. =)

Hampir 2 minggu lebih jugalah aku tak layan blog, disebabkan sibuk menyiapkan PBS dan juga join aktiviti sekolah. Memang letih gila bulan ini. Tinggal satu PBS sahaja lagi yang aku perlu siapkan, dan hantar pada cuti ini juga. Dalam kesibukan dan "kestressanku" menyiapkan assignmentlah kononnya, keputusan STPM  pula cikgu aku war-warkan di sekolah. Aku pon mulalah rasa seram-seram sejuk, rasa nak demam tapi tak kebah, makan pun tak larat, mandi sentiasa basah. Tapi bila tengok roti canai tu, mungkin boleh habes tiga atau empat keping.. Tidak tidur malam jugalah mengenangkan keputusan STPM nak keluar, rupa-rupanya bukanlah keputusan STPM kiteorang. Sebab yang keluar pada 18/3/2013 itu adalah tarikh STPM sistem terminal.

 Syukur sangat-sangat, tapi dua hari sahajalah aku rasa lega kerana hari khamis iatu 21/3/2013 adalah merupakan tarikh keramat untuk student-student STPM penggal 1 dan SPM keluar. Dewan sekolah sebelah kelas aku sahaja, jadi dapatlah aku tonton dan mendengar jeritan dan kegembiraan bagi yan berjaya. Kiteorang yang stay dalam kelas pula, dap..dup..dap..duplah jantung, menunggu keputusan secara online sahaja. Tapi memanglah mendera perasaan aku, bila melihat keputusan yang sudah pasti kujangkakan. Berapa?? biarlah rahsiahh... Bab kena repeat paper, hampir keseluruhan Form 6 terpaksa repeat paper. Masing-masing terkejut dengan cara nak menjawab kertas soalan STPM. Maybe next time, mungkin kiteorang boleh perbaiki lagi. Syukur jugalah, keputusan aku tidaklah seteruk mana. Aku nak repeat pon, tidaklah teruk sangat aku nak naiki tangga.

Baru-baru ini juga sekolah aku ada melancarkan Hari Kokurikulum di sekolah. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti hias cup cake, nasyid, busana muslimah, pidato, Program Derma Darah bagi pelajar form 6 dan macam-macam lagilah. Bercerita mengenai program derma darah bagi pelajar form 6, yang dilancarkan oleh persatuan BBSM iaitu persatuan aku sendiri. Dua minggu sebelum kempen ini bermula, aku dah rasa cuak jugalah. Mak aku kata, bukan semua orang boleh menderma. Kalau ikutkan mak aku, dia memang tidak boleh dan kemungkinan aku juga pon tidak boleh kerana kurang darah HB. Tapi mak aku suruh buat pemeriksaan untuk mengetahui aku ini jenis darah apa. Baru saringan pertama, aku dah kena reject. Sah-sah aku tidak dapat menderma!! Kira spesies mak aku!! Bila tidak menderma, rasa down terus kerana hanya sekeping sijil sahaja aku idam-idamkan tidak dapat.. :(

Bergambar bersama kawan aku yang menderma darah.

Kali kedua, masuk pertandingan hias cup cake, Cer teka yang mana satu??hahaah..

 Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan tahniah bagi pelajar SPM dan STPM terminal yang berjaya!! Bagi yang tidak berjaya janganlah putus asa. Keputusan SPM aku dulu pun, bukanlah hebat mana, tapi result SPM dulu tulah aku rasa bangga tahap macam aku dapat 9A... Dapat bayangkan tidak?? hahaha.. Kadang-kadang orang yang kita rasa pandai sangat dan target budak tu dapat 9A pon tak dapat kan?? Tapi bagi pelajar yang kita rasa macam sengal-sengal tulah yang dapat straight A. Bagi yang tidak berjaya or rasa keputusan korang tu macam kurang memuaskan jangan sesekali berputus asa kerana SPM bukanlah segala-galanya tetapi SPM juga merupakan penentu arah kita di masa hadapan!! 


p/s: Cuti seminggu, banyak kerja kena siapkan. Bila dah abes exam nanti teringin nak melancong satu Malaysia ini.!!




58 comments:

  1. wah busy nya akak . huh risau pulak bella nak tempuh fasa baru lepas ni . huiiiii . btw , all the best ye kak ! ^^

    ReplyDelete
  2. Apapun Azwar jangan berputus asa . Masa masih panjang , banyak akan kita lalui nanti :)

    ReplyDelete
  3. wah banyaknye aktiviti ye dik.. hee..besttt...btw, akak teringin jgk nak derma darah, bila doc nak check darah tiba2 tak jadi pulak, akak ni penakot sikit, terus xjadi, huhu..but 1day nak try jugak nnt..hee :D

    ReplyDelete
  4. salam...jgn lupa datang ktn yer. kak nealopah bawak p jalan2.

    ReplyDelete
  5. jalan sini baca entry. good luck utk stpm. jgn mudah berputus asa ! =D

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sayang ^^

    Azwar macam akak la. Bila result exam nak keluar je mesti tak senang duduk. Tetiba je suhu badan naik mendadak. Tapi mandi tetap basah. Makan tetap kenyang. Hehehe :p

    Btw all the best sayang. Semuanya untuk masa depan azwar. Akak always mendoakan yang terbaik untuk azwar. :)

    ReplyDelete
  7. wahhh memang sibuk betul :) ...pandai buat cup cake tu :) .. teruskan berusaha ALLAh thu yang terbaik untuk kita

    ReplyDelete
  8. nanti nak melancong satu m'sia tu ajak! nk ikut heheh

    ReplyDelete
  9. akak doakan yang terbaik untuk azwa :)

    p/s cupcake tu memang cantik..ceria je tengok.. ^_^

    ReplyDelete
  10. wahhh, good luck kak! :) nanti boleh lah share pengalaman sbagai orm 6 yee. Nak sgt tahu sbb bnyk kata susah baik tak payah amik. :)

    ReplyDelete
  11. ok...cupcake tu nampak sedap.. ngee.. :P


    gud luck k

    ReplyDelete
  12. Kek tu xbleh nk teka, sbb semua pon cute, msk perut kenyang jgk hehe

    Apa pun result awk, terima dgn hati terbuka, doakan moga masa depan awk akan dtg adalah cerah =)

    ReplyDelete
  13. tahniah juga dari saya yang berjaya dengan baik SPM tu..serta STPM

    ReplyDelete
  14. betul. yg penting tawakkal tu 'alallah,, insha Allah, there's a light waiting for us ^_^
    sangat bersyukur masa dapat result SPM haritu, alhamdulillah (^___^)

    ReplyDelete
  15. azwa, akak dtg sini..a'ah akak amek sejarah..nak tanya apa dear?

    ReplyDelete
  16. comelnya cupcake. tp mana satu azwa punya yer.. ;)

    ReplyDelete
  17. cupcake awak yang ada m&m kan? :P

    ReplyDelete
  18. salam azwa =)

    wahh hias cup cake je?bukn wat?hehe
    tp semua nmpk menarik n nyummy...huuuu

    ReplyDelete
  19. rindu pula rasanya masa akk form6 dulu.. seronok ada, segala suka duka tercipta.. :)

    buzy tu sememangnya la kan..yela, budak pra-U kan.. hehehe
    goodluck ye.. ^_*

    ReplyDelete
  20. He3...sama la kite! X pernah lepas nak derma darah...
    Saringan pertama, terus kena reject sbb berat x cukup (^^,)

    ReplyDelete
  21. fuyoh...macam sedp jer cupcake tue..."MACAM"... hehe :P

    ReplyDelete
  22. Sibuk betul budak STPM sistem modular eh? Hehehe. Majoriti terpaksa repeat paper? Macam susah jek sistem baru nie. Nasib baik Arol last batch sistem terminal.

    Apa pun, belajar rajin-rajin dan semoga berjaya! :)

    P/S: Rindunya zaman Form 6. :'(

    ReplyDelete
  23. nak cup cake ngan ayam tu..hik3~

    ReplyDelete
  24. selagi boleh tuntut ilmu..tuntut sungguh2 adik..jangan sia2kan peluang yang ada..

    ReplyDelete
  25. Huishhh! Cupcake yang ada warna biru tu cantik gila. Nak satu?

    ReplyDelete
  26. BW disini..

    ade laa cuti sgt..homework bertimbun2 hehe..

    tp nnti dh msk u lgi pening dgn assignment2 ape bgai haha..
    gud luck!!^___^

    ReplyDelete
  27. Bestnya pandai hias cup cake! :D

    ReplyDelete
  28. ini bukan 1 ribu peristiwa tetapi 2 ribu peristiwa :) hehehe3

    ReplyDelete
  29. betul2 :) nak mengharap sangat tak boleh, nak down sangat pon tak boleh.tapi kita kena yakin yang kita sudah buat semampu yang boleh dan terima hakikat whatever keputusan yang kita perolehi nanti :)

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum azwar....sedapnya kek tu...;)

    ReplyDelete
  31. seumur hidup aku tak pernah derma darah. tambah darah adalah. haha.

    ReplyDelete
  32. cuti seminggu tapi terlupa pulak nak bagi kerja rumah kat budak2..huhu

    ReplyDelete
  33. cupcake tuu dah la colourful..nampak mcm sedap...warghh!nak3 rsa sikit boleh?.. :)

    ReplyDelete
  34. Anis tak pernah derma darah.. Tak cukup berat.. Huhuhu

    ReplyDelete
  35. blaja leklok... cupcake azwa yang ada oreo tu kan... ;)

    ReplyDelete
  36. nmpk sedap cup cakes tu..nyum nyum.. :) sy baru first time derma darah tahun lepas.. best sgt! huhu

    ReplyDelete
  37. terliur bila tengok cupcakes tu, hehe ^____^

    ReplyDelete
  38. beraninya azwa derma darah. huhu. akak takut. nak derma pon tak lepas sebab tak cukup berat. huhu. cupcake tu semuanya nampak sedap. hehe.

    ReplyDelete
  39. wow...busy nyer die yer...hihihi..anyway's good luck yer...semoga berjaya dalam bidang yang bakal adik ceburi..^^

    ReplyDelete
  40. tak per2 kank siap semua benda kita mlncong erk. huhuhuhu

    ReplyDelete
  41. tak per2 kank siap semua benda kita mlncong erk. huhuhuhu

    ReplyDelete
  42. meh melancong ke Terengganu :)

    ReplyDelete
  43. busy nya akak! tapi susah sekarang, senang kemudian. kehkeh. comelnya cupcakes tuu. ishh tergoda. xP

    ReplyDelete
  44. kite baru menderma darah hari tu. hee..
    wah, comel2 cupcake tu ^^

    ReplyDelete
  45. mesti Azwa punya cupcake yang depan sekali n tengah2 tu.. err agaknya la kot, hehe..
    iha dulu pun sedih gak, pas operate baru tau iha darah jenis apa.. pastu bila jumpa akak yg nak amik darah tu, serta merta dia ckp 'awak takleh derma darah ni' padahal baru pestaim kot kitorang jumpa.. redha je la.. :D

    ReplyDelete
  46. eh2 tergoda nmpk cupcake tuh..

    ReplyDelete
  47. wuuu sakit tak derma darah :D singgah belog tasnim eh kalau sudi. kasehchenta-tasneem.blogspot.com

    ReplyDelete
  48. dik syg, akak tag dik, jomm join sekali :)

    http://seneoritabaharin.blogspot.com/2013/03/segmen-blogger-muslimah.html

    ReplyDelete
  49. Saya paling tak suka dengar perkataan derma darah, sebab saya akan bayangkan jarum, dan wayar yang berselirat, oh! By the way, comelnya gambar cupcakes tu! Eh alang-alang tu dah terpos gambar cupcakes, saya promote jap segmen cupcakes saya. Ngeee, harap sudi join. http://lekors.blogspot.com/2013/04/segmen-comel-oh-my-cupcakes.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com