March 2013 - Azwar Syuhada

Sunday 31 March 2013

Segmen Blogger Muslimah
9:06 pm 27 Comments
Assalamualaikum n Salam sejahtera.. =)

Kali ini join segmen yang di anjurkan Brother Apit dan pertama kali aku join segmen yang dia buat. Terima kasih akak Seneorita Baharin yang tag azwar untuk join segmen ini. Segmen ini mudah dan syaratnya pun simple. Apa lagi, jomlah join!!!


Nak join?? Klik banner atas ini.

Warna untuk baju: Pink-pink Coklat
Tudung warna: Pink
NickName: Miss Azwar Syuhada

Orang-orang yang bertuah aku tag adalah Adik Ecah dan juga Adik Fadiha !! Jomlah join ramai-ramai. Lagi ramai yang join, bertambah meriahlah jawabnya.. >_<




Reading Time:

Saturday 23 March 2013

Seribu 1 Peristiwa
12:07 pm 58 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. =)

Hampir 2 minggu lebih jugalah aku tak layan blog, disebabkan sibuk menyiapkan PBS dan juga join aktiviti sekolah. Memang letih gila bulan ini. Tinggal satu PBS sahaja lagi yang aku perlu siapkan, dan hantar pada cuti ini juga. Dalam kesibukan dan "kestressanku" menyiapkan assignmentlah kononnya, keputusan STPM  pula cikgu aku war-warkan di sekolah. Aku pon mulalah rasa seram-seram sejuk, rasa nak demam tapi tak kebah, makan pun tak larat, mandi sentiasa basah. Tapi bila tengok roti canai tu, mungkin boleh habes tiga atau empat keping.. Tidak tidur malam jugalah mengenangkan keputusan STPM nak keluar, rupa-rupanya bukanlah keputusan STPM kiteorang. Sebab yang keluar pada 18/3/2013 itu adalah tarikh STPM sistem terminal.

 Syukur sangat-sangat, tapi dua hari sahajalah aku rasa lega kerana hari khamis iatu 21/3/2013 adalah merupakan tarikh keramat untuk student-student STPM penggal 1 dan SPM keluar. Dewan sekolah sebelah kelas aku sahaja, jadi dapatlah aku tonton dan mendengar jeritan dan kegembiraan bagi yan berjaya. Kiteorang yang stay dalam kelas pula, dap..dup..dap..duplah jantung, menunggu keputusan secara online sahaja. Tapi memanglah mendera perasaan aku, bila melihat keputusan yang sudah pasti kujangkakan. Berapa?? biarlah rahsiahh... Bab kena repeat paper, hampir keseluruhan Form 6 terpaksa repeat paper. Masing-masing terkejut dengan cara nak menjawab kertas soalan STPM. Maybe next time, mungkin kiteorang boleh perbaiki lagi. Syukur jugalah, keputusan aku tidaklah seteruk mana. Aku nak repeat pon, tidaklah teruk sangat aku nak naiki tangga.

Baru-baru ini juga sekolah aku ada melancarkan Hari Kokurikulum di sekolah. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti hias cup cake, nasyid, busana muslimah, pidato, Program Derma Darah bagi pelajar form 6 dan macam-macam lagilah. Bercerita mengenai program derma darah bagi pelajar form 6, yang dilancarkan oleh persatuan BBSM iaitu persatuan aku sendiri. Dua minggu sebelum kempen ini bermula, aku dah rasa cuak jugalah. Mak aku kata, bukan semua orang boleh menderma. Kalau ikutkan mak aku, dia memang tidak boleh dan kemungkinan aku juga pon tidak boleh kerana kurang darah HB. Tapi mak aku suruh buat pemeriksaan untuk mengetahui aku ini jenis darah apa. Baru saringan pertama, aku dah kena reject. Sah-sah aku tidak dapat menderma!! Kira spesies mak aku!! Bila tidak menderma, rasa down terus kerana hanya sekeping sijil sahaja aku idam-idamkan tidak dapat.. :(

Bergambar bersama kawan aku yang menderma darah.

Kali kedua, masuk pertandingan hias cup cake, Cer teka yang mana satu??hahaah..

 Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan tahniah bagi pelajar SPM dan STPM terminal yang berjaya!! Bagi yang tidak berjaya janganlah putus asa. Keputusan SPM aku dulu pun, bukanlah hebat mana, tapi result SPM dulu tulah aku rasa bangga tahap macam aku dapat 9A... Dapat bayangkan tidak?? hahaha.. Kadang-kadang orang yang kita rasa pandai sangat dan target budak tu dapat 9A pon tak dapat kan?? Tapi bagi pelajar yang kita rasa macam sengal-sengal tulah yang dapat straight A. Bagi yang tidak berjaya or rasa keputusan korang tu macam kurang memuaskan jangan sesekali berputus asa kerana SPM bukanlah segala-galanya tetapi SPM juga merupakan penentu arah kita di masa hadapan!! 


p/s: Cuti seminggu, banyak kerja kena siapkan. Bila dah abes exam nanti teringin nak melancong satu Malaysia ini.!!




Reading Time:

Monday 11 March 2013

Pertandingan Tagline Vissionnaire
5:55 pm 35 Comments
Assalamualaikum..


Kali ini aku merajinkan diri untuk join pertandingan yang dianjurkan oleh Hazwan Hairy dan juga blog visionnaire kerana hadiahnya yang agak lumayan dan menarik minat aku untuk join. Pertandingan ini, agak unik disebabkan kita kena bina satu tagline yang sesuai untuk blog Visionnaire.Com.My.  dan syaratnya juga mudah sahaja. Bagi sesiapa yang berminat nak join, boleh klik banner di atas.

Syarat-syarat penyertaan:

1) Sila tekan LIKE di Visionnaire Group.

2) Anda mestilah  FOLLOW blog Visionnairemy.

3) Letak header/banner seperti di atas.

4) Tajuk segmen ini 'Pertandingan Tagline Vissionnaire'.

dan anda dikehendaki membuat entry dan hasilkan satu tagline yang sesuai  mengikut kretiviti anda. Tidak perlu ayat panjang lebar. Biar pendek dan padat. Berpandukan header/banner di atas.

Jadi tagline yang saya cipta ialah,......... Jeng!!Jeng!! Jeng!!

"VISSIONNAIRE HARGAI KEHIDUPAN HARGAI KEAMANAN", (peace Malaysian!!!)


Reading Time:

Saturday 9 March 2013

Mendarat Jua BB1M di Tanganku!!
12:16 pm 28 Comments
Assalamualaikum,..

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat jua apa yang dihajati. heheeh... Apa dia?? Akhirnya BB1M telah ada dalam genggamanku. Bila dah dapat, rasa sayang pula nak digunakan. Tapi apabila difikir-fikirkan semula, kalau tidak digunakan rasa menyesal pula. Rezeki sudah ada di depan mata, berdosa kalau tidak diambil. Kalau dipertikaikan pula, mengapa dan kenapa orang memberi. Itu memang Bahlol bin Songgol. Benda yang halal pon boleh jadi haram kalau banyak benar nak dipertikaikan. Begitu juga bagi pelajar yang dapat baucar ini, janganlah nak dipertikaikan tentang hak rakyat or hak hantu kau!! Nanti kalau lebih-lebih dipertikaikan, pelajaran yang diajar itupun tak masuk dalam kepala otak. Apa-apa hal pon, terima kasih dan Alhamdulillah. Be happy!!

Tak sabar rasanya nak melabur di Popular di Jusco yang paling dekat.

p/s: Apabila sudah ada ditangan BB1M ini, rasa macam sayang pula nak gunakan. Walaupun aku dah siapkan senarai apa yang nak dibeli. hahaha... Kalau tidak digunakan rasa rugi pula. Apa-apa pun, gunakan dengan penuh berkhemah dan belilah bahan bacaan yang berguna walaupun buku teks sem 2 ini telah habis dibeli.



Reading Time:

Saturday 2 March 2013

#Setapak ke-19..
12:02 am 43 Comments

Tik! Tok! Tik! Tok!! Beberapa saat lagi menandakan pukul 12.00 tengah malam dan juga menandakan hari esok menjelang tiba yang begitu bermakna buatku, kerana esok 2/3/2013 merupakan tarikh keramat aku dilahirkan di dunia pada tahun 1994. Walaupun dah masuk 19 tahun 2/3/2013, namun menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, (tuan punya badan yang melahirkan akulah) bila azan asar berkumandang, itulah waktu yang betol-betol kelahiran aku. Zaman sekarang orang suka berbangga menyambut valentime day, tapi tidak aku!! Aku lebih berbangga menyambut hari kelahiran aku sendiri, walaupun seorang diri..hahaha... Tahun sudah tarikhnya jatuh pada hari Jumaat, tapi tahun ini jatuh pada hari Sabtu. 

Esok genap umur aku 19 tahun. 19 tahun?? Inilah masa remaja yang sangat mencabar, kata-kata dari arwah nenek. Bagaimana cabaran akan datang...Pahit ke?? Manis ke? or Kelat ke?? Kalau aku tak pandai jaga diri maka aku akan terjerumus. Bak kata bidalan dulu-dulu, menjaga lembu sekandang lebih senang dari menjaga anak perempuan. Tapi bila aku fikirkan balik, ada betolnya juga kerana menjaga lembu ini memang banyak dapat hasilnya. Tapi kalau dah nama pun perempuan (anak pompuanlah) banyaklah masalahnya. Kalau cetek akalnya pun susah, terlebih pandai pun susah dan kalau terlebih cantik jadi buruan orang pula. Malah kalau terkurang cantik pun susah.

Aduhaii... susahnya nak jadi pompuan kan??hahaha.. Tambah-tambah lagi terlebih ramai pompuan yang cerdik pandai. Nak masuk universiti pon susah. Itulah namanya perempuan. Kenalah belajar bersaing. Kita nak bersaing pon mestilah dengan cara yang sihat.

Jadi, sebagai anak pompuan mithali (terlebih sudah), aku harus bergantung pada diri sendiri. Dari segi pelajaran,tingkah laku,malah pergaulan sekali pon. Bukanlah nak menyombong diri. Lagi pula, zaman sekarang ni, semuanya kena bersaing. Zaman sekarang bukanlah masa zaman tok nenek kita dulu-dulu. Zaman sekarang ni, peluang tu memanglah banyak yang disediakan oleh kerajaan tapi persaingannyalah yang maha hebat. Kira lelaki atau perempuan sapa yang pantas, dapatlah dia peluang yang baik. Kalau lambat, lambatlah dapat hasilnya.

Aku ini, bukanlah Cinderella mahupun anak orang senang yang bila nak dekat hari jadinya akan buat 'BIRTHDAY PARTY'. Birthday yang aku paling ingat sampai bila-bila, adalah sewaktu di bangku sekolah rendah. Masa itu, arwah atok belikan kek sempena birthday aku!! Paling tidak pon, mak aku akan bikin nasi ayam, bila menyambut hari kelahiran anaknya. Aku ini dari kecik dibesarkan, oleh nenek, atok dan mak!! Tapi kini, orang keliling aku hanya, ada mak, abang, adik lelaki dan mak usu aku. Sampai sekarang, aku tak percaya yang aku ada adik darjah 5!! Yang aku tahun ini, berusia 19 tahun.

'Mak aku selalu berpesan pada aku, hidupnya jangan terlalu bergantung pada lelaki.'

Yup, memang ada betolnya perempuan tidak boleh terlampau bergantung pada lelaki. Ia mesti ada tapak yang kukuh untuk diri sendiri terutamanya dalam pendidikan & kemahiran supaya kelak hidupnya boleh menjamin diri sendiri dan kehidupan  akan datang.

Jadi aku hendaklah berusaha dari sekarang. Memandangkan aku seorang sahaja anak perempuan. Bukanlah, 19 tahun lambang berfoya-foya, membuang masa dan melepak. Sebaliknya umur 19 tahun aku ini, adalah permulaan kehidupan di masa akan datang. Chaiyok!! Chaiyok!!..Wait!! Sebelum aku terlupa, tadi Min Ho aku ada wish,..hahaha...Tak caya?? tengok ni....

Wah!! Terharu Lee Min Ho, wish birthday aku!!... hahaha..

Agak-agaknyalah, ada tak korang perasan perubahan di dalam blog aku ini??hahaha... Aku dengan penuh gigihnyalah tacapkan blog sempena Birthday aku ini. Kalau para blogger lain, dia akan buat segmen sempena  Birthday dorang, tapi tidak aku. hahaha.. Unik kan? Tapi menyusahkan juga..hahaah.. >_<

Aku pun nak ucapkan terima kasih pada korang semua sebab tak putus-putus support azwa!! Lagi-lagi time blog terdelete haritu. Akan kuingat sampai bila-bila. Tapi aku bersyukur jugalah, diam-diam tak diam blog aku yang baru ini dah genap 2 bulan!! Terima kasih kepada blogger yang letak azwa dalam bloglist, walaupun dah jarang update. Terima kasih sekali lagi!! =/

Note: Sebenarnya, minggu ini aku tidur tak menentu menyiapkan kerja. Lepas satu karangan, ke satu    karangan. Naik tepu otak ni.. >_<
p/s: Agak-agaklah kan, kalau aku berumur 50 tahun nanti, ada ke aku gigih buat entry yang bertajuk 'KINI AKU BERUMUR 50 TAHUN', dengan penuh bangga ..hahaha.. >_<


Reading Time:

Friday 1 March 2013

Segmen Blogwalking Sampai Penat By Fhazwani
8:35 pm 14 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya sudah lama gila aku tak join Segmen or mana-mana Giveaway. Jadi malam ini, aku merajinkan diri untuk join Segmen yan dianjurkan oleh Fatin Hazwani. Ini kali kedua dia buat segmen rasanya, tapi haritu tak berkesempatan nak join. Ini kali kedua dia invite untuk join, jadi aku support segmen yang kedua ini.


Seperti biasalah, aku kalau join tengok syaratnya juga kan??hahaha... Syarat segmen ini pon menepati citarasa aku, sebab simple gila. Hanya menyatakan berapa bilangan follower blog sekarang dan tag dua orang rakan. Buat masa ini, azwa follower azwa ada 1208. Tak caya?? Tengok bawah ini yaw..
Syarat kedua tag dua orang rakan. Dua rakan yang azwa tag adalah Kak Santai Leeza dan juga Miezza Shuhada. Bagi sesiapa yang berminat nak join segmen ini, boleh klik banner di atas okay?? .. =/

p/s : Mood masih dalam di lema gundah gulana... Bye =/



Reading Time: