Friday, 4 January 2013

Tips : Petua Untuk Cantik

Assalamualaikum ..

Adunan bahan-bahan semulajadi sememangnya menjadi ramuan turun temurun untuk kecantikan paras rupa dan kesegaran badan . Penggunaan bahan kimia sering mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna untuk jangka masa panjang . Jadi kita gunakanlah bahan-bahan yang mudah dan murah tanpa kesan sampingan .

Antara tips-tipsnya :

1) Menghilangkan warna gelap di bawah ketiak dan leher 
Bahan : Limau , timun , kunyit
Cara : Perah limau dan kisar timun untuk mendapatkan ekstraknya . Campur kedua-dua bahan bersama kunyit yang telah ditumbuk . Sapu adunan bahan tersebut di leher atau bawah ketiak setiap hari selama 20 minit . Kemudian bilas menggunakan air suam .

2) Warna kulit tidak sekata akibat pigmentasi 
Bahan : Lobak merah
Cara : Ambil jus lobak merah menggunakan mesin pengekstrak jus . Sapukan ekstrak jus lobak di bahagian muka yang bermasalah pigmentasi . Amalkan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan .

3) Lingkaran mata gelap dan lebam 
Bahan : kentang
Cara : Kentang mengandungi enzim yang dikenali sebagai catechollase yang digunakan dalam kosmetik untuk mencerahkan kulit . Kisar kentang dan letakkan di atas sehelai kain . Sapukan perlahan-lahan dibawah mata . Berhati-hati supaya tidak terkena mata . Biarkan ramuan tersebut selama 15 ke 20 minit sebelum dibersihkan .

4) Merawat kaki
Bahan : 1 cawan jus limau , kayu manis , 2 sudu minyak zaitun , 1/4 cawan susu segar , air
Cara : Campurkan kesemua bahan . Rendam kaki sambil urut perlahan-lahan . Kemudian keringkan kaki dan bilas dengan air biasa .

5) Menyegarkan wajah
Bahan : Pisang masak
Cara : Kisar pisang sehingga menjadi seperti krim . Sapu diseluruh muka dan biarkan selama 20 minit . Cuci dengan air sejuk . Lap perlahan-lahan sehingga kering .

Sumber : Surat Khabar Utusan





22 comments:

  1. wow !! ni yg nak try ni. sumer ade lam peti ais !! kekekek

    ReplyDelete
  2. selalu mengalami eyebags yang melampau t___t .. thanks for sharing , i will try,huhuh

    ReplyDelete
  3. sy dah cntik xyah petua2 HAHA.. *gilermasukbakul* hew3x :3 anyway kat sini xdak pentas catwalk hehe...

    ReplyDelete
  4. Azwar dah try semua? Mana plg best?

    ReplyDelete
  5. @nurulakmal > haaha..ada yang belum try lagi..heehe.. :)

    ReplyDelete
  6. Tipsss yg patut gegadis take note..Hihi:)
    Terima kasih share pasal ni^^

    ReplyDelete
  7. wslm. nampak gaya,lepas ni habis la kentang dekat rumah nabila. hehe. thanks ;)

    ReplyDelete
  8. boleh cuba ni..kos pun sangat minimum..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  9. guna bahan semulajadi hasilnya pun mesti nampak semulajadi.. apa orang kata kecantikkan semulajadi.. hehe. Nak try yang lebam bawah mata tu lah.. :)

    ReplyDelete
  10. best ni ! nak try jugak lah :D thanks for sharing it dear :)

    ReplyDelete
  11. terus gi beli kentang
    hehehe

    ReplyDelete
  12. wah..menarik!tp entah bila dpt buathahaha

    ReplyDelete
  13. wah..bguna info ni azwa... thanks for sharing.. :)

    ReplyDelete
  14. Apa petua pun kena jadikan amalan. tak boleh malas2. kan. kalau tak menjadi jgn salahkan org yg bg petua. tp diri sendiri kot. hehe~

    ReplyDelete
  15. terima kasih dik berkongsi petua :d

    ReplyDelete
  16. petua nie bagus utk diamalkan..banyak khasiat pulak tu dr bahan semulajadi..thanks..:-)

    ReplyDelete
  17. Simple penulisan (:
    Bookmark cpt2.. Hehehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com