Monday, 7 January 2013

Lesen


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera  =)

Rasanya bertuah hidup ini bila sudah memiliki lesen  , tidak terkecuali diri aku juga yang sudah mempunyai lesen motor dan juga lesen kereta . Pengalaman mengambil lesen memang memberi kenangan yang cukup menyeronokkan . Kebanyakkan orang (sebelah keluarga mak aku ) biasanya lepas SPM , barulah dibenarkan mengambil lesen . Curi-curi mengambil lesen memang pantang buat keluarga aku , tapi banyak juga yang curi-curi bawa motor tanpa ada lesen .

Perkara yang paling tidak pernah aku lupakan ialah first time pegang stereng kereta , bawa motorsikal . Pertama kali buat latihan motor , orang yang mengajar kena pegang handle motor dekat belakang . Disebabkan aku tak pernah sekali pun bawa motor , memang malu gila . Orang lain dah expert bawa motor , aku pula baru terkedek-kedek nak belajar . Yang paling aku tidak boleh lupakan apabila , aku failed buat kali pertama bila test jpj . Yang aku failed adalah test kereta , time dekat tiga penjuru barulah enjin nak mati .  Perghh , memang menyirap gila , yang aku lulus pula test motor . Memang tak menjangka langsung , motor boleh lulus . Padahal , motor pakcik aku ada je dekat rumah . Tapi hati aku ini tidak pernah terdetik pun nak cuba bawak . Disebabkan latihan motor aku buat dua kali sahaja , nak dibandingkan latihan kereta hampir 10 kali aku tibai .

Kebanyakkan member-member aku cakap , jpj semua garang gila . Syukur alhamdulillah walaupun aku test jpj sampai dua kali , buat masa itu aku dapat test jpj yang okay sahaja . Walaupun ada orang cakap test jpj perempuan semuanya kerek gila . Kali pertama aku dapat test jpj yang double XX , aku jadi gerun jugalah time tu . Yang paling tak boleh tahan , bila aku dah masuk gear , kaki dia boleh tertolak balik gear aku tu . Almaklumlah double x kena faham sendirilah , dengan kuasa vito dia sebagai jpj gagalkan aku test jalanraya . Perghh , terima dengan hati yang terbuka . Takpe berputus asa , aku gagahkan diri untuk mengulang balik test kereta buat kali kedua . Yang kedua kali itu , aku dapat test jpj lelaki yang sangat cool . Tak banyak kerenah , siap pasang radio lagi . Dengan kuasa vitonya sebagai jpj , beliau telah meluluskan aku . Suka gila !!!

Zaman sekarang ini pula , kebanyakkan makbapak lebih banyak menghalalkan anak-anaknya yang baru setahun jagung itu telah dibenarkan membawa motor . Bukan nak kata apalah  aku sendiri , kekadang berselisih di tengah jalan pun ada . Tengok dari belakang macam badan orang dewasa membawa motor , terkadang makbapak pon siap memboceng dengan anaknya pabila naik motorsikal . Sebenarnya amat bahaya , jika membawa motor takpe lesen ini . Lagi-lagi sekarang banyak berlaku kemalangan jalanraya . Yang paling dasyatnya yang kemalangan itu tiada lesen . Serius aku cakap pabila hangpa tiada lesen , jangan sesekali membonceng orang lain . Ia teramatlah bahaya bagi aku .


Walaupun aku sudah mempunyai lesen motor dan kereta , sampai la ni pon aku dah tidak pernah memegang stereng kereta . Bila nak bawak sahaja , mulalah adik aku tak bagi . Lama-lama dah jadi malas nak drive . Last aku bawak kereta pun time dekat highway Telok Panglima Garang , sebab dapat kebenaran dari si keding . hahahaah.... Ok tak lawak pun !! Itu pertama kali dan kali terakhir aku bawak kereta bila dah lulus test jpj . Mak aku pun kata  bila dah ada lesen , bukan semena-semena itu jam juga kau boleh bawak kereta sesuka hati . Amik lesen ini pun supaya , nanti dah abis belajar or ada kecemasan berlaku , kita tahulah bawa kereta . Itu sahaja , janji aku bukan lesen terbang or lesen tersungkur sekalipun . Aku berlesen dari usaha aku sendiri okay !! Sampai kawan aku kata , kau pergi sekolah sampai la ni , kau nak basikal apa pasal ?? Kata dah ada lesen . Dalam hatiku berkata , sukahati akulah nak naik apa sekalipun . Sibuk je , orang ada lesen ke tak !!! Penyibuk !!

Bukan semua orang yang ada lesen , mempunyai kenderaan sendiri kan ?? Jadi , tak usah nak belagak sangat bawa motor or kereta pergi sekolah . Kereta dan motor pun , makayah punya  dah nak poyo kan !!
Walaupun aku pelajar form 6 yang masih naik basikal sekalipun , aku tetap bangga okay . Kos nak ke sekolah pun tak banyak . Tiada angin pergi isi sendiri . Tak payah buang masa dekat traffic light lagi . Sampai la ini , dah banyak kereta dan juga motor aku potong time traffic light merah . hahaha... Okay tak lawak pon kan . =)


  • Note : Apa-apa pun , bagi remaja yang mempunyai kenderaan tapi tiada lesen . Carilah masa untuk mengambil lesen , supaya apabila ada kelibat polis kita tidak ada rasa cuak . Tambahan pula , kalau menaiki kenderaan tanpa mengikut peraturan umpama sudah belajar melakukan jenayah di usia yang muda tanpa kita sedari . Hidup mengikut peraturan kan lebih bagus , dan ia menjamin keselamatan . Sekian !! =)





38 comments:

  1. susah la nak ambik lesen moto ni..

    ReplyDelete
  2. wah..yana pon bru jer dapat lesen mtor..kete entah lah nak buat bile..x reti..

    ReplyDelete
  3. Hihi..Teringat plak kenangan amek lesen dulu.Mcm2 gelagak dapat tgk bila duk pegang stereng kereta..Hik3

    ReplyDelete
  4. Tahniahh akk !! Dah memiliki lesen moto n kereta , hebat tuh !! :D hehe , saya pun tahun ni baru nak ambil lesen moto , takut jugak , btw , kita geng sbb saya pun pergi sekolah naik beskal , alang2 boleh excersice , keluar peluh :D hehe ~ kan ? btw , congrates !

    ReplyDelete
  5. DEQ DA DE LESEN GAKK .. TIAP KLI BERJALAN .. DEQ YG KNE BWAK .. HAHA

    ReplyDelete
  6. iqa ada gak lesen krete tp dah dekat 2thun tak bwakk,, dah takut nk bwk kerete,, mybe iqa kene bljar semule,, hehe

    ReplyDelete
  7. saya ingat nak buat la jugak lesen kereta ni tapi tak tahu lagi bila. huhu. takut pulak rasa. erghh. haha

    ReplyDelete
  8. jangan poteng kelas sudahh!!! :)

    ReplyDelete
  9. @Cuitiex Nieyna > Yup , naik basikal memang seronok.. :)

    ReplyDelete
  10. aduh cuak la kak nak ambik lesen kereta ni . takut yg dgn jpj tu je

    ReplyDelete
  11. ehh belajar memandu ker.. test lesen erk..
    leeza tak amek lesen motor. haaaa

    ReplyDelete
  12. moto kalau boleh , takpayah ambiklah lesen .. especially yang stay bandar...bahaya siot bila tengah tunggang tgh highway ..tambah2 trela hat yang besar tu ._. . Ad kereta lagi senang, heheheh

    ReplyDelete
  13. salam ziarah..kak zu dah follow balik

    ReplyDelete
  14. oooo... keding ek.. nanti ko!!

    ReplyDelete
  15. Auww~ malu nye. akak pun tak buat lesen lagi. malas! tu sebenarnya. Haha. Bila b'cakap pasal naik basikal. Ahh~ rindunye. Dr sekolah rendah sampai form 6 akak naik basikal tau. Tak pernah malu =)

    ReplyDelete
  16. AKAK CHECK BLOGLIST jap... ada prubahan tak.

    ReplyDelete
  17. knp tukar url?
    akak baru ubah kat bloglist....
    hmmmm

    ReplyDelete
  18. azwa kena buat url baharu kat nuffnang gak.. mesti kena tukar.

    ReplyDelete
  19. salam..dah dpt lesen..jgn racing2 pulak k.."berhati-hati di jalan raya" ;)

    ReplyDelete
  20. OK, jeles! kite yang um0 22 ni xde lesen lagiii...x dpt green light drpd 'JPJ kat rumah' tu...nk kne tunggu abih blaja dlu..
    uwwwaaa... :'(

    ReplyDelete
  21. hehe...comel je bwk basikal kan...
    tringin sgt...tp mak x bg... hukhuk...

    ReplyDelete
  22. kalau dah dapat lesen mesti rasa lega kan..

    ReplyDelete
  23. chot tak reti bawa moto,nk belajar,tpi takut..jadi chot ada lesen kereta jerr.. kalau skuter,mmg pejam mata chot blh bawa..aishh bilaa laa nk tkr undng2 moto skuter tak payah duk pakat ambik lesen..heheh

    ReplyDelete
  24. bestla dah amik kereta dah hoho

    ReplyDelete
  25. teringat pengalaman ambil lesen memandu. lepas dapat lesen, 2 tahun tak drive. bila nak drive kenabelajar balik semula. alhamdulillah sekarang dah berani dan confident untuk drive :)

    ReplyDelete
  26. aku ingat saat2 kita amik lesen sama2. hehehe

    ReplyDelete
  27. kite punye lesen dh nk hampir tamat pulak dh yg kompeten tu. tp still kurang mahir. hihi

    ReplyDelete
  28. Hihi . saya pulak nak ambik nnti bulan feb ayah sruh dia kata dlm tv ade diskaun . haha

    ReplyDelete
  29. ntah kan moto ngn keta pun mak ayah yg sponsor so x yah nk poyo sgt la kan..setuju sgt azwa ^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum , terima kasih kerana berkongsi pendapat dan juga luahan rasa , moga memberi manfaat buat kepada kita semua .. !!

Copyright © Azwar Syuhada Made with ❤ by azhafizah.com