2013 - Azwar Syuhada

Tuesday 31 December 2013

Review : Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
10:33 am 14 Comments
Assalamualaikum...

Masih ingattak lagi dengan entry Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda? Pertama sekali, Azwar nak ucap terima kasih kepada kak Mialiana kerana memilih Azwar sebagai salah seorang pemenang produk Ephyra ini. Kalau nak beli sendiri tu, memang tak mampu lagilah.

Ini merupakan kali pertama aku mencuba supplemen kecantikan. Mula-mula takut juga nak mencuba. Ialah mana tahu effect lain yang terjadi akan datang kan? Alhamdulilah sepanjang menggunakan produk emphyra selama 10 hari, ianya memberi kesan yang sangat memuaskan. Apa yang sangat ketara, apabila tiba waktu tengahari sahaja, mata dah tak mengantuk. Dulu apabila masuk tengahari, pasti nak tidur je. Sekarang tidak lagi!! 

Perubahan yang kedua, rambut semakin sihat, lebat dan bersinar. Dulu rambut, bila sikat sahaja pasti gugur banyak. Sekarang, gugur sikit-sikit sahaja. Best kan? Dari segi kulit wajah pula, jerawat-jerawat semakin mengecil dan parut-parutnya pun semakin pudar. Apabila minum ephyra ini, rasa lebih bertenaga bila nak buat kerja. Suka sangat!

Alhamdulillah ini kotak pertama yang telah memberi perubahan dari segi kecergasan, rambut lebih sihat,  dan jerawat semakin kurang. Suka sangat!

Failed gila tangkap picture sendiri. hahaah.. Apa-apapun muka happy semacam setelah minum Ephyra!!! =D

Kalau korang masih tak tahu apa itu Ephyra, korang boleh rujuk di sini Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda. Di situ, ada mengenai apa itu Ephyra, kelebihannya, dari mana ephyra, apa kandungan, dan macam-macam lagi mengenai Ephyra. Kalau korang berminat nak mencuba, boleh dapatkannya di sini http://oceanlife2u.com/.


p/s: Cubalah gunakan produk Ephyra ini. Serius aku cakap, perubahan dapat dilihat dalam masa 7 hari sahaja. Apa-apa pun, produk ini memang the best!! =)


Reading Time:

Wednesday 25 December 2013

Situasi yang Sering Berlaku Setiap Hujung Tahun
10:53 pm 13 Comments
Salam to all reader,

Setiap hujung tahun, adik aku pasti akan membawa surat senarai buku dan juga surat yuran sekolah serta PIBG. Kebiasaannya, mak akan memaksa aku mengiranya. Jadi, dengan jalan pintasaku mengiranya menggunakan calculator. Tahun ini, aku tengok bayarannya macam semakin mengikat pula. Itu baru sorang adik aku dan itulah penghabisan dan aku yang akan bersekolah.

Kedua-dua sekolah iaitu baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah rendah jumlahnya dianggarkan kira-kira RM600 yang perlu dibayar melalui cikgu dan juga senarai buku yang wajib dibeli. Jumlah ini juga belum termasuk dengan jumlah keperluan lain seperti baju sekolah, kasut sekolah, alat tulis, beg sekolah, dan macam-macam lagilah

Oleh kerana, mak aku ini bukanlah jutawan kosmetik maka dia terpaksalah melakukan persediaan 3 bulan sebelum hujung tahun. Nasib baiklah mak aku ada sorang sahaja lagi anak yang masih bersekolah. Entah macam mana pula, parents yang ada ramai anak dan macam mana mereka mengatasi situasi sebegini rupa. Setahu aku, yuran sekolah menengah lebih rendah jika nak dibandingkan dengan yuran sekolah kebangsaan mahupun rendah. Padahal, pelajar sekolah menengah lebih tinggi dan besar-besar orang. Sepatutnya lagi tinggilah kan? Tak gitu? Pelik juga tengok yurannya macam murah je.

Bagi mereka, yang mempunyai anak yang bersekolah rendah sudah tentu terasa peritnya. Kenapa? Anak-anak yang sekolah rendah, sudah tentu semakin tinggi dan mula menunjukkan nak membesar. Sudak pasti  anak-anak memerlukan pakaian baharu setiap hujung tahun untuk ke sekolah. Bagi anak-anak yang lasak pula, sudak tentu memerlukan pakaian bersilih ganti disebabkan pakaiannya ada terkoyak sikit. Mulalah taknak pakai. Nak juga yang baru kan? Kalau diikutkan, seorang anak yang masih bersekolah rendah sudah tentu sekurang-kurangnya memerlukan 4 pasang baju sekolah, iaitu 2 pasang sekolah kebangsaan dan 2 pasang lagi untuk sekolah rendah. Itu baru seorang anak, kalau yang berderet anak entah berapa kos yang diambilnya untuk membeli baju sekolah sahaja.


Ini sahajalah cerita untuk harini! Aku pun takde idea nak tulis entry.

p/s: Hey! Selamat kembali bersekolah buat anda-anda semua yang masih bersekolah okay!   >_<


Reading Time:

Friday 20 December 2013

Resepi : Kek Coklat Lembab
3:34 pm 31 Comments
Salam to all reader,

Semalam mak lang aku ada bagi kek coklat, perghh sedap sampai menjilat jari. Tiba-tiba pagi tadi terasa nak buat kek coklat lembab buatan sendiri. Almaklumlah, aku ni bukanlah pakar buat, tapi kalau bab makan tulah yang aku paling pakar. Apa-apapun mak akulah yang suka mencuba setiap jenis masakan, tapi makannya kurang. Bahan-bahannya semua dah tersedia di dapur, tambah-tambah ada mixer baru lagilah semangat hendak membuat itu berkobar-kobar. Jomlah kita sama-sama membuat. Di bawah ini ada resepinya, sekiranya korang nak try buat. =)

Sebahagian bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kekk coklat lembab.

BAHAN-BAHAN:
240gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
480gm gula halus
4 biji telur gred A
250gm mentega
2 sudu teh esen vanilla
120gm serbuk koko
60gm gula halus
250ml air panas
125ml susu cair

COKLAT GARNACHE:
100gm coklat masakan 
1 sudu makan susu pekat
3 sudu makan air panas 

CARA-CARA MEMASAKNYA:
1. Campurkan serbuk koko, gula halus dan air panas kemudian masak di atas api kecil. Kacau hingga berkilat.
2. Sejukkan seketika dan kemudian tuangkan susu cair. Kacau rata dan ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang kemudian masukkan esen vanila dan telur sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga rata.
4. Masukkan tepung dan selang selikan dengan pes coklat tadi. Kacau lagi hingga adunan sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180`C. 
6. Untuk bahagian atasnya, satukan kesemua bahan dan cairkan menggunakan kaedah 'double boiler' kemudian tuangkan ke atas kek.

HASILNYA:

 Gambar kek dari sudut permukaan atas.

 Gambar dari sudut sisi kek.

Sumber: Buku Masakan Rasa (2011)

Reading Time:

Saturday 14 December 2013

Habis Sekolah?
11:09 am 23 Comments
Assalamualaikum..

Imbas kembali...

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya selesaikan peperiksaan STPM dalam keadaan sihat walafiat. Nak jawab pekse kena sihat dari segi fizikal dan juga mental kan? Syukur alhamdulillah sekali lagi. Ini kira peringkat paling tinggilah aku tamatkan zaman persekolahan. Hari terakhir menjawab kertas soalan, disusuli dengan hujan lebat balik tu. Member-member cakap cuaca pun sedih sesangat sebab tak dapat jumpa kitaorang lagi yang berpakaian sekolah.

Sememangnya waktu persekolahanlah waktu yang paling manis dan penuh dengan kenangan. Pengalaman yang cukup mencabar aku rasa bila masuk form 6 ini. Kekadang masih terikut-ikut budaya belajar ketika berada di form 4 dan form 5. Masa peperiksaan sem 1 dan sem 2, aku rasa macam biasa sahaja lagi bila menjawabnya. Tapi bila tengok result tak berapa nak memuaskan, terpaksalah mengambil alternatif lain untuk memulihkan keadaan semula. Berbeza dengan peperiksaan sem 3 ini, rasa semangat yang berkobar-kobar dan ada satu perasaan yang rasa lain, cuak dan sedih pun ada. Jadi, disebabkan ianya last sem aku kenalah buat betul-betul yang boleh membanggakan parent aku. Aku pun akan cuba sedaya upaya untuk memulihkan semula result sem 1 dan sem 2 lepas sem 3. Rasanya, macam aku sudah pulun sehabis baik untuk sem 3 kali ini. Sem 3 kira sem kemuncak dan kira peperiksaan akhir yang agak kritikal jugalah.

Antara persediaan aku buat sebelum menjalani peperiksaan of courselah ulangkaji semua subjek, sempat juga curi masa discussion dengan member-member, study lebih masih lepas tamat sesi persokalahan pun ada. Dalam sibuk-sibuk nak menjalani peperiksaan sem 3 ini, persediaan MUET pun kena buat jugalah dalam pada masa yang sama. Aku memang lemah sikitlah dalam subjek BI ini, jika nak dibandingkan dengan sepupu-sepupu aku yang sememangnya handal. Yang sorang sepupu aku siap bagi nasihat lagi. Katanya kalau bidang yang kau nak ambil nanti tak pentingkan MUET, tak payah susah-susah hati memikirkannya sangat.  Dalam pada dia menasihat itu, kalau boleh dapatkanlah dan buatllah yang sebaik mungkin. Takkanlah, bila dia kata tak payah fikirkan sangat, korang nak buat sambil lewa. Paling-paling biarlah dapat yang baik sikit pangkatnya. Seperti kata arwah nenek akulah, kalau tak dapat pangkat 1, pangkat 4 pun jadilah. Ada lagi seorang sepupu aku ini pula, memang hebat berkata-kata dan juga menulis dalam bahasa english. Tapi bila sampai masanya, rezeki pula tidak menyebelahi dia.

Walaupun hampir setahun setengah kami bersama, pahit manis bersama-sama, saling bertegur sapa dengan kelas lain bersama-sama, suka dan duka bersama-sama dalam menyiapkan assignment, ada juga persahabatan yang bertukar status kepada "teman tapi mesra". Walaupun ibu bapa tidak marah, tapi mendapat kritikan dan juga sindiran sinis daripada sesetengah guru, mereka tetap menjalinkannya secara terbuka mahupun secara tersembunyi. Apa-apapun aku berharap, hubungan korang berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Seandainya, hubungan korang tidak berpanjangan, aku harap hubungan persahabatan antara korang tidak akan terputus. 

p/s: Harapan aku, biarlah pakaian seumpama ini akan kupakai untuk masa akan datang yang merupakan sejarah kejayaan yang sebenar-benarnya. Insyaallah...

Reading Time:

Friday 13 December 2013

Hasil Kerja Fatin Hazwani (Duniaimpianfatin)
12:09 pm 27 Comments
Salam to all reader,

Jangan ubah cita rasa, biar tambah ikut rasa
Agak-agak ada tak yang perasan akan perubahan di blog aku ini? Alhamdulillah, akhirnya niat nak tukar design blog tercapai jua. Bila dah tamat sekolah ini, rasa macam nak tukar imejlah pula. Imej yang lebih baiklah maksud aku. Taknaklah melakukan perubahan secara mendadak, cuma aku nak melakukan perubahan itu secara slow-slow. 

Apa pendapat korang mengenai design blog yang terbaru ini?

Jika dahulu punya template aku design sendiri, tapi yang baru ini aku tempah sendiri pada adik Fatin Hazwani. Sejujur-jujurnya, aku memang puas hati gila dengan hasil kerjanya. Sememangnya dia dah design lelawa pada sebahagian tempat, tup-tup aku suruh dia buat biasa-biasa sahaja. hahahaha... Memang kena bersabar jelah, dengan kerenah aku ni kan. Design terbaru ini, diinspirasikan daripada blog Yuyu Zulaikha dan juga Cik Epal. Apa yang aku nak, itulah yang dihasilkan oleh Fatin Hazwani. Daripada simple template, berubah ke picture window template. Okay tak? 

Kalau korang rasa teringin nak mencantikkan blog tapi tiada masa hendak membuatnya, aku syorkan korang pergi tempah pada adik Fatin hazwani. Bukan apa, bolehlah kita tambahkan sedikit duit koceknya. Masa ini jugalah, kita boleh menolong bangsa kita untuk menjana pendapatan di usia yang muda. Korang takkan menyesal punya tempah dekat dia kerana hasil kerjanya yang sangat terbaik dan tip topp gitu. Seandainya korang berminat nak buat tempahan bolehlah ke blog adik Fatin Hazwani


Inilah hasil kerja Fatin Hazwani untuk blog aku sendiri. Cantik kan?

p/s: Inilah wajah blog terbaru bersempena nak masuk tahun baru iaitu tahun 2014. Tercepat pula siapnya kan? Apa-apapun aku suka gila template yang baru ini. Nampak matured sikitlah kan?

Reading Time:

Tuesday 10 December 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger? by AkuPenghibur.com
8:48 pm 17 Comments
Salam to all reader,

Mood kali ini, masih dalam mood join segmen dan juga giveaway rasanya. Rambang mata tengok hadiah yang ditawarkan. Nak cerita benda lain, rasa macam cerita tu tak menarik pun ada. Ini kali kedua azwar join segmen yang dianjurkan oleh blogger ini. Kali ini segmennya agak menarik. Tengok tajuk sahaja, rasa nak join itu membuak-buak bukan? Segmen ini dianjurkan oleh blogger Acik


Tanpa melengahkan masa, apa kata kita teruskan segmen ini dengan menceritakan serba sedikit mengenai kenapa aku jadi blogger?

Sememangnya Azwar jadi blogger sejak 2011, Azwar mula tertarik untuk membina sebuah blog apabila melihat blog adik sedara yang pelbagai design dan boleh tulis pelbagai cerita di laman blog. Masa itu, umur Azwar dalam lingkungan 17 tahun. Azwar namanya sahaja budak sekolah menengah masa itu, padahal kalau bab menulis ini ayatnya pun mengalah budak sekolah rendah.

Azwar masih ingat lagi cerita pertama yang di tulis di dalam blog ini adalah mengenai perihal diri Azwar sendiri. Pada awal-awalnya maklah yang banyak membantu dalam menulis blog. Sebelum nak publish sesuatu entry itu, mestilah mak Azwar orang pertama sekali yang menengoknya dahulu.

Azwar minat berblog pun disebabkan Azwar tak berapa minat keluar. Bukanlah antisosial, cuma pada tanggapan Azwar bila keluar mesti memerlukan duit yang banyak, badan penat, cuaca panas dan banyak membuang masa. Tapi apabila duduk depan laptop mengadap blog dengan keadaan yang santai dan dengan pelbagai aksi kita boleh lakukan semasa menaip. Bila lapar, boleh ke dapur untuk mengisi perut. Apabila dah rasa bosan mengadap laptop mulalah mencari novel di dalam almari mak. Mak pula kaki novel, memang untung sangatlah kan? Dah tinggal dengan mak, dah tentu-tentulah semua keperluannya ada tetapi ianya bukanlah mewah seperti orang lain. Azwar bukanlah kaki wayang, kalau nak tengok movie pun Azwar lebih selesa tengok secara online. Azwar akan luar apabila kawan ajak keluar, apabila ada benda yang hendak di cari dan terkadang nak keluar ikut mood. Bagi Azwar menjadi penulis blog ini ia sedikit sebanyak memberi satu kepuasan dan ketenangan pada diri sendiri tapi dengan syarat jangan sesekali menggunakan ayat gedik. Kalau dah kita minat sesuatu itu, pasti kita akan buat bersungguh-sungguh.

Apabila sesuati isu atau artikel yang Azwar tulis di dalam blog mendapat sambutan iaitu kritikan yang positif mahupun negatig daripada para blogger yang lain ianya memberi semangat yang berkobar-kobar untuk menulis cerita seterusnya. Tapi apabila semangat berkobar-kobar dah ada, barulah idea tak datang. Masa itulah rasa frust gila nak berblog kan?

Inilah sahajalah cerita serba sedikit Kenapa Aku Jadi Blogger?

p/s: Di alam maya ini, terutamanya golongan remaja seperti aku janganlah terlampau ghairah menceritakan tentang diri sendiri, tentang bf atau gf sekalipun ianya haruslah berpada-pada. Orang yang membaca cerita bahagia sekalipun belum tentu orang suka. Inikan pula cerita berduka, belum tentu orang nak simpati. Bak kata orang, kaya pun orang menyampah, susah pun orang meluat. Jadi berhati-hatilah.


  
Reading Time:

Sunday 8 December 2013

Year End Giveaway By Anis Athia
9:55 pm 12 Comments
Assalamualaikum...

Kali ini memang mood aku join giveaway or segmen sahaja kot. Kali ini merajinkan diri join giveaway yang dianjurkan oleh sis Anis Athia. Jomlah join beramai-ramai, bagi memeriahkan giveaway ini. Hadiahnya pun menarik. 


THE PRIZES :
RM100 for most supportive blogger
Baviphat Brush Set
Clinique turnaround instant facial masque, 15ml
Clinelle Blackhead Control Gel, 15ml
RVB Skinlab Diego Dalla Palma Cell Detoxium Purifying Clay Mask 
YADAH cleansing nose pack X 3
Crabtree & Evelyn Lavender body lotion, 5ml


Baviphat Brush Set





Clinique turnaround instant facial masque, 15ml


Clinelle Blackhead Control Gel, 15ml


RVB Skinlab Diego Dalla Palma Cell Detoxium Purifying Clay Mask


YADAH cleansing nose pack X 3


Crabtree & Eyelyn Lavender body lotion, 5ml




p/s: Menarik kan, hadiahnya? Jadi apa tunggu lagi, jomlah join. Lagi ramai yang join, lagilah meriah. =)

Reading Time:

Thursday 5 December 2013

Tips: Kebaikan Coklat
10:58 am 27 Comments
Salam to all readers,

Rasa agak lama juga tak kongsi cerita mengenai tips-tips kesihatan kan? Kali ini nak share mengenai kebaikan coklat pada korang. Pernah tak korang terfikir apa khasiat yang terkandung dalam coklat bila memakannya? Sesetengah orang hanya berpendapat apabila memakan coklat boleh menyebabkan kerosakan gigi dan juga boleh menggemukkan badan. Ya, itu memang ada betulnya sekiranya jika tidak dikawal pengambilan coklatnya.



Antara kebaikan coklat ialah:

1. COKLAT mengandungi theobromine dan kafein yang membantu membekalkan tenaga. Dikatakan 15 gram coklat mampu menyimpan tenaga bersamaan dengan berjalan kaki sejauh tiga kilometer.

2. KANDUNGAN anti pengoksidaan dalam coklat dikatakan tiga kali lebih tinggi daripada teh hijau. Malah, coklat juga kaya dengan vitamin A, B1, C, D, E serta zat pemakanan seperti zat besi, kalium dan kalsium.

3. MAKAN coklat dikatakan dapat mengurangkan kesakitan semasa datang haid. Malah, menikmati sekeping coklat juga boleh menyebabkan seseorang itu berasa lebih tenang dan gembira.

4. BAGI orang-orang yang sedang berdiet, coklat hitam adalah snek yang sesuai untuk korang kerana tidak mengandungi lemak tepu, kurang gula serta mempunyai jumlah kalori yang rendah.

5. KHASIAT sekeping coklat hitam dikatakan setanding dengan empat cawan teh hijau atau enam biji epal yang mana sangat sesuai bagi anda semua yang sedang berusaha mengurangkan berat badan.

Sumber: Utusan Malaysia


Reading Time:

Sunday 1 December 2013

Mak Aiii
10:30 pm 42 Comments
Assalamualaikum n Hello guys!!

OMG rindu gila aku dekat blog ni. Adakah korang masih mengingati aku lagi? hahahaha...Hampir sebulan lebih jugalah aku tak mengupdate blog. Maaflah ya, aku sibuk menduduki final exam dan menguruskan kehidupan di dunia realiti, sehingga tak sempat menjenggah ke alam maya. Mombastik betul ayat aku sekarang kan? =)

Sememangnya takde benda menarik pun yang berlaku dalam kehidupan aku, just nak share something pada korang mengenai barang yang aku beli baru-baru ini. Aku ni macam bajet benda yang aku beli tu bagus sangatlah pula. Apa-apa pun aku nak share juga. Tak kira, korang kena tengok juga!!

Semenjak aku ada instagram a.k.a instageram ini, aku ini jadi rambang mata pula dah. Padahal aku ini kalau berjalan bukan minat shopping pun. Untuk pengetahuan korang dari segi pemerhatian akulah kan, kebanyakan orang yang sign up instagram ini adalah orang membuka bisnes secara online sampai orang rambang mata. Salah seorang yang rambang mata itu plak adalah aku sendiri. Mereka pandai menarik perhatian pelanggan supaya kita sendiri berminat membeli. Salah satu caranya dengan menggayakan artis yang pernah membeli barang daripada mereka. Tak kisahlah artis ke idak, yang penting barang yang dijual selesa digunakan oleh para pelanggan. Kadang-kadang barang yang kita beli secara online ini, bukanlah ada keperluannya pun. Secagai contohnya tudung, bukanlah tiada tudung lain di rumah tetapi disebabkan orang yang menjual secara online ini pandai menggayakan tudung tersebut sehingga menarik pelanggan seperti aku untuk membelinya. Kali ini, aku membeli sesuatu barang lain daripada yang lain rasanya. Iaitu casing phone yang sangat unik. Dalam pada masa yang sama, aku berjaya belajar bank in sendiri tanpa menggunakan orang tengah lagi. Casing phone yang aku beli ini sangat unik disebabkan hasil buatan sendiri oleh Lynz Studio

Blackberry aku pun bermanik-manik. Tahap mak datuk paling tak boleh blah ni wey! My phone cover is exclusive designer and handmade by LynzStudio. =D


Ini pula, sebahagian daripada casing phone yang ditempah oleh pelanggan LynzStudio. Cantik kan??

Sekiranya ada yang tertarik dan ingin membelinya boleh pergi ke page Lynsz Studio, blog LynzStudio ataupun instagram : Lynz Studio.

p/s: Apa-apa pun yang kita hendak beli secara online haruslah difikirkan kepentingannya terlebih. Tambah-tambah sekarang ini hanya picit dijari sahaja. Terutama bagi golongan remaja seperti aku, yang masih belum bekerja tapi menagih duit kepada mak ayah untuk membeli barangan tersebut. Tapi yang ini aku beli sendiri okay! =)


Thank u for reading this entry!


Reading Time:
Saya Nak RM 100 daripada Lyssa Faizureen !
8:55 pm 9 Comments

Assalamualaikum...



Setelah lama Cik Lyssa Faizureen kita menghilang, tup-tup dia buat segmen bersempena Anniversary blognya sendiri yang ke-3 tahun. Wahh, lama juga Cik Lyssa kita dalam industri blog ini. Happy Anniversary Lyssa Faizureen.

Straight to the point jelah ya, sememangnya Azwar mula berblog sekitar 2011 hujung tingkatan lima lagi rasanya. Itu blog pertamalah yang telah di delete dengan sendirinya pada tahun lepas bulan 12 bersamaan tahun 2012. Blog yang ini pula, mula wujud pada 17/12/2012. Kira blog ini, baru jugalah dalam industri blogger. Apa-apa pun Azwar happy sangat dengan kehadiran blog baru ini. Itu sahajalah serba sedikit mengenai blog ini. Segmen ini semua orang boleh join, jadi azwar tag Mardiah, Nuna, dan Fatin


p/s: Rasa macam hari-hari nak update blog, tapi takde idea la pula buat masa ini. =)


Reading Time:

Saturday 12 October 2013

Pandanganku di Wad 2
9:30 pm 35 Comments
Assalamualikum..

Alhamdulillah, mak aku sudah selamat menjalani pembedahan baru-baru ini. Hampir seminggu jugalah aku ulang alik ke hospital bersama pakcik dan makcik aku. Dalam pada masa melawat mak, sempat jugalah aku memerhati suasana dan juga keadaan di hospital tersebut.

Dalam wad sakit puan di tingkat 2, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Aku dapat memerhati betapa ramainya kaum wanita yang sakit. Nak kata golongan warga tua takdelah ramai sangat yang kulihat, nak kata muda pun tidak, malah ada juga golongan remaja yang berada di situ. Kebanyakan mereka ditemani oleh ibu mereka atau waris mereka sendiri. Kalau dah nama wad sakit puan, maka dah tentu-tentulah berkaitan dengan penyakit keperempuanan. Oleh itu, bagi gadis-gadis di luar sana yang seusia aku seandainya ada masalah period atau lebih di kenali dengan panggilan ABC yang tidak berapa teratur, jangan malu. Seelok-eloknya pergilah merujuk kepada doktor yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia tapi janganlah sesekali merujuk kepada kawan yang tidak bertauliah. Sekiranya ada risalah berkaitan kesihatan di dada akhbar, bacalah. Zaman sekarang ini, kita tidak sepatutnya berasa malu untuk mendapat rawatan. Banyak pilihan yang ada sekarang, cuma nak dengan taknak sahaja.

Sebenarnya, hampir 10 tahun jugalah aku tidak menjejakkan kaki ke hospital untuk melawat orang sakit. Sewaktu aku melawat mak aku, rasa janggal apabila adanya jururawat lelaki di hospital. Sejak mak aku pulang ke hospital, tak putus-putus dia bercerita mengenai kekaguman dia terhadap jururawat yang bekerja di hospital tersebut. Tak dapat dinafikan, aku juga merasa kagum juga melihat mereka bekerja. Kecekapan jururawat-jururawat menguruskan pesakit. Masing-masing tidak menunjukkan riak muka yang kurang senang, atau merempan ketika mengendalikan pesakit yang banyak kerenah. Kalau aku di tempat mereka, dah tentu-tentulah aku merempan. Apabila nak menunggu pesakit nak muntah, sudah semestinya aku yang melambak dahulu. Semestinya, tugas seorang doktor ataupun jururawat ini amat mulia kerjanya kerana mereka sanggup berkorban demin menyelamatkan nyawa pesakit.

Bergambar bersama mak dan juga adik-adik saudara


p/s: Membilang hari dan juga bulan untuk menjalani peperiksaan STPM dan juga menamatkan zaman persekolahan.



Reading Time:

Friday 27 September 2013

Tulisan
9:31 pm 29 Comments
Assalamualaikum..

Tulisan A

Tulisan B

Cuba korang perhatikan betul-betul, tulisan A dan B di atas. Apa pandangan korang mengenai tulisan di atas. Sememangnya, kedua-dua tulisan A dan B itu adalah tulisan aku sendiri. Tulisan A adalah tulisan pada zaman sekolah rendah, manakala tulisan B adalah tulisan aku di peringkat menengah sehingga ke harini. hehehehe...

Arwah atuklah, yang paling suka tengok tulisan aku dulu, katanya tulisan aku ini tak payah pakai kanta (cermin mata) pun takpe. Jika nak dibandingkan dengan tulisan abang aku pula, walaupun cantik tetapi agak kecil saiz tulisannya. Tulisan kami adik beradik memang cantik, mana tak cantiknya sebab masa aku zaman sekolah rendah dulu atuk aku yang paling banyak menengok kerja-kerja sekolah aku. Seandainya tulisannya kurang jelas mahupun tersalah sikit pasti kena ketuk tangan tu. Agaknya aku dapat menulis dengan saiz yang besar ini disebabkan keturunan kot, sebabnya mak dan adik aku juga menggunakan saiz yang besar apabila menulis tetapi tidak sebesar saiz tulisan akulah.

Jika nak dibandingkan tulisan dahulu dan sekarang, banyak perubahan yang telah aku buat rupanya. Di mana dahulunya, dalam satu baris hanya muat tiga patah perkataan sahaja tetapi sekarang aku telah mengrekrutkannya dalam sebaris itu terkadang muat sehingga sepuluh patah perkataan. Aku memang tak boleh nak bayangkan sekiranya tulisan zaman sekolah rendah itu dikekalkan sehingga ke harini. Macam kelakar pun ada aku tengok tulisan zaman sekolah rendah aku dulu. Zaman sekolah rendah pernah juga berangan nak jadi macam ala-ala "princess diary". Di mana, princess tersebut akan menulis catatan dalam sebuah diari mengenai biodata, peristiwa, kenangan manis, pahit dan macam-macam lagilah. Aku teringin juga nak tulis diari cuma aku memang failed bab nak tulis diari disebabkan aku tak pandai langsung nak tulis dengan saiz yang kecil dan tak reti nak tulis dan bermadah dalam diari. Apa-apa pun aku memang pernah mencuba okay? Di mana aku tulis diari pada zaman aku tingkatan dua. Bila aku baca balik diari tersebut, Nauzubillah...tak lawa langsung dan sememangnya tiada ciri-ciri orang menulis diari. hahahaha...Jadi, aku bertekad tak payahlah menulis diari bagai, biarlah semuanya terlekat di ingatan sahaja.

Begitu juga, di awal aku menulis blog. Di mana, aku mengheret mak aku sekali supaya dia dapat memberi pandangan mengenai apa yang aku tulis. Kiranya, mak akulah orang pertama mengomen entry-entry yang aku buat sebelum aku publish. Malu? Peduli apa orang kata. Janji hati aku puas dalam menulis blog. Pertama kali aku menulis entry di blog, mak aku dah pesan jangan terlalu mengedik menulis cerita. Jadi, sehingga keharini aku akan berfikir dua tiga kali menulis entry untuk di publish. Setelah masuk form 6, banyaklah perubahan yang dapat aku lakukan dari segi penulisan, cara berkomunikasi, dan dari segi persekitaran. Dari situlah, aku cuba mencorakkan kehidupan blog aku ini supaya lebih berwarna warni dan menulis cerita secara santai.


p/s: Ada setengah orang dapat anugerah yang diberi oleh Allah untuk mengalisis tulisan orang. Ada setengah orang dapat mengetahui apa yang difikirkan oleh seseorang.


NOTE: Ada sesiapa yang perasan ada lagu di blog ini?? Maaflah bagi sesiapa yang rasa terganggu. Disebabkan teramat suka dengar lagu ini, maka terpasanglah ia di blog aku. hehehe...


Reading Time:

Saturday 7 September 2013

Merdeka Raya!
12:11 am 34 Comments
Assalamualaikum..

Tahun ini merupakan tahun terakhir aku menyarung pakaian sekolah walaupun kainnya hitam. Aku lebih selesa dipanggil form 6 daripada digelar Pra-U kerana bagi aku apabila disebut Pra-U aku terbayangkan umurnya sudah mencecah 20-an. Tapi kalau form 6 ini masih belasan tahun dan masih comel lagi. Lagi-lagi kalau pergi beraya masih dapat duit raya lagi. Orang belasan tahunlah katakan..

Sempena hari kemerdekaan pada tahun ini dan ianya masih dalam bulan raya, jadi pihak sekolah iaitu sekolah panglima yang paling garang di Kuala Langat ini (sekolah warisanku) telah mengadakan 'Merdeka Raya'. Tetamu jemputan yang paling khas ialah bekas guru besar sekitar tahun 80-an (majikan atuk aku dulu tu). Beliau datang untuk memberi ucapan mengenai perjalanan hidup dia semasa dia berkhidmat di sekolah ini. Aktiviti lain ialah aktiviti makan-makan, minum-minum, lepak-lepak dan sebagainya. Setelah penat menyambut merdeka di sekolah, aku sambung hari merdeka di rumah akulah pula kerana ada beberapa orang kengkawan yang hendak berhari raya di rumah aku. Sepanjang hidup aku, keluarga aku memang tidak pernah mengamalkan jamuan untuk rumah terbuka tetapi kami memang telah terdidik dengan cara "rumah kami yang sentiasa terbuka dan mengalu-ngalukan kedatangan tetamu yang ingin datang (baik kawan mahupun saudara). Bagi orang yang tidak aku kenali sudah semestinya tidak tersenarai. Hidup ini perlulah berhati-hati dan berwaspada. Tambahan dalam zaman sekarang ini, entah mana kawan dan entah mana musuh. Seronok juga rasanya berkumpul dengan kengkawan ini.

 Kami satu kumpulan dalam kertas kerja ilmiah Bahasa Melayu




Rakan-rakan yang datang ke rumah.
Tadaaa...Ini gambar kad merdeka tahun lepas dan ianya hasil tanganku sendiri k!

Dalam keseronokan menyambut hari kemerdekaan, ada juga segelintir golongan yang sanggup mengibarkan bendera planet entah dari mana dengan perasaan penuh bangga. Seolah-olah mereka ini buta sejarah atau memang tidak tahu sejarah. Itulah orang kata, "BODOH TAK BOLEH DI AJOR, CERDIK TAK BOLEH DI IKUT". Kesian!! Kesian! Kesian! Apa-apa pun, sempena hari kemerdekaan yang ke-56 dan bertemakan "MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU" kita sebagai golongan muda haruslah muhasabah diri dan kenangkanlah susah payah nenek moyang kita sewaktu dahulu yang hendak memerdekakan negara. Jagalah agama, diri sendiri dan juga tanah air!!



Thank you for reading this entry!


Reading Time:

Saturday 31 August 2013

Why I want to go to The Lost World of Tambun with The Butterfly Project Malaysia?
6:33 pm 28 Comments
Assalamualaikum...


Kalau korang nak tahu, The Butterfly Project sedang mengadakan project review dan hadiahnya berupakan percutian ke Lost World of Tambun!! Menarik tak?? Menarik bagi akulah, bagi korang tak tahulah plak kan? Aku rasa, dah lama aku tak pergi bercuti. Last aku bercuti pun di Pulau Langkawi pada tahun 2011 rasanya. Jadi, aku taknaklah lepaskan peluang yang ada ini untuk merehatkan minda dan paling utama berseronok. 


Cara-cara nak join juga amat mudah, korang hanya perlu membuat blogspot/vlog tentang mengapa korang nak bercuti ke Lost World of Tambun bersama The Butterfly Project. Taknak cerita kona baring lagi, jadi aku teruskan dengan cerita mengenai mengapa saya mahu pergi ke The Lost World of Tambun:

1. Stress
Sebenarnya, takdelah stress mana pun cuma terkadang menghadapi sedikit terkanan. Jadi, saya inginkan jadikan percutian The Lost World of Tambun untuk menghilangkan stress. The Lost World of Tambun ini pun saya tak pernah pergi mahupun menjejakkan kaki, jadi inilah peluang yang ada untuk saya pergi ke sana dan berseronok.

2. Menikmati Taman Tema 
Walaupun saya tak pernah pergi ke Lost World of Tambun, saya ada juga terdengar-dengar taman tema di sana agak menarik dan sangat adventure sekali. Baru dengar, saya dah terlebih excited. Belum dapat pergi lagi tu. Nak sangat pergiiiii....-_-

The Water Park. Lama gila tak pergi mandi manda. Inilah salah satu sebab saya teringin gila nak ke sana.

Salah satu permainan di The Lost World of Tambun. Ini pun menarik minat saya untuk ke sana.

The Tiger Valley

The Lost World Petting Zoo

Salah satu aktiviti di sana. Adventure kan?? Lama gila tak join aktiviti-aktiviti macam ini.

Nampak tak, apa yang ada di sana?? Dekat The Lost World of Tambun ada spa. Seumur hidup saya ini, tak pernah saya pergi mahupun menjejakkan kaki ke spa. Ini jugalah salah sebab saya nak ke sana. Auchhh...

Hotel dekat The Lost World of Tambun


Menarik kan, semua aktiviti dan segala macam ada di sana kan?? Saya betul-betul nak pergi. Saya dah lama tak pergi bercuti. Nak juga enjoy dan merehatkan minda. -_-

Nak join?? Klik SINI

p/s: Andai diberi peluang saya ke sana, saya rasa amat bersyukur sesangat. Jadi saya berharap agar saya menjadi salah seorang peserta ke Lost World of Tambun. Sebanarnya tarikh akhir join contest ini adalah pada harini. Harap-harap saya terpilih. doakan ya!! 




Reading Time:

Friday 30 August 2013

Tips: Mengempiskan Perut Buncit
11:27 pm 7 Comments
Assalamualaikum..

Sepanjang musim perayaan ini hawa telinga aku sering mendengar lagu raya dan juga irama mengenai perut buncit di corong radio. Mungkin sepanjang raya ini, korang asyik terima jemputan rumah terbuka, kenduri kawen dan kenduri kendara orang nak pergi haji. Sudah tentu aktiviti makan itu tidak pernah surut. Tambah-tambah, bila sudah berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Sedar tak sedar, kita sudah terlebih makan, balik sahaja sudah pasti mata mengantuk dan tak melakukan senaman. Dari sinilah, perut buncit, boroi terjadi. Apa-apa pun, di sini aku sediakan tips bagi mengempiskan perut buncit.

Antara tips mengempiskan perut buncit :

1) Air putih/mineral
- Air putih mampu membuatkan korang berasa kenyang serta meningkatkan kadar metabolisme badan. Oleh itu, jangan lupa untuk minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

2) Senaman
- Senaman juga penting! Lakukan gerakan bangkit tubi kerana ia adalah cara terbaik untuk menguatkan otot abdomen serta bahagian oblique, selain mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

3) Berkebun
- Dipercayai aktiviti berkebun boleh mengurangkan berat badan yang mana ia mampu membakar 350 kalori dalam tempoh sejam.

4) Plank
- Plank adalah gaya dalam pilates dan yoga yang mana bertujuan menguatkan otot utama seperti belakang tubuh dan tangan serta mengempiskan perut. Lakukan senaman ini sebanyak tiga set dengan kiraan 15, 12 dan 10 ulangan atau selama 30 saat untuk mendapatkan kesan yang dimahukan.

5) Buah-buahan
- Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian korang kerana kedua-dua makanan itu mempunyai serat yang tinggi. Walaupun korang mengambilnya dalam jumla yang banyak, korang tidak perlu risau tentang pertambahan lemak di bahagian perut.


Sumber : Utusan Malaysia


p/s : Kerja PBS aku, sudah pun selesai. Sekarang tengah sibuk buat viva pula. Doakan ya!!! -_-





Reading Time:

Wednesday 21 August 2013

Syawal
11:00 pm 33 Comments
Assalamualaikum..

Harini baru aku berkesempatan bercerita mengenai Hari Raya Aidilfitri. Mesti korang semua masih dalam mood raya kan?? 

flashback pagi raya...

Kebiasaannya, pada pagi syawal iaitu selepas solat subuh sudah pasti pak uteh aku serta anak-anak lelakinya akan datang ke rumah untuk membuat tahlil, ianya turut disertai oleh pak itam aku juga. Acara ini memang diadakan sejak arwah atuk aku masih ada lagi. Oleh itu, pak cik-pak cik aku meneruskan sahaja acara tersebut sehingga ke hari ini.

Mak aku pula, orang yang paling sibuk pada pagi syawal. Di mana, dia sibuk mengemaskinikan makanan. Selagi aku tak turun ke dapur, selagi tulah aku kena leter dengan dia. hehehe...Itu dululah, sekarang aku dah faham. Jadi, di pagi syawal itu aku tolonglah mana yang patut seperti potong ketupat, senduk rendah, kuah kacang dan paling utama kerja aku ialah membasuh pinggan mangkung. Raya pertama, memang keluarga aku sajikan ketupat sahaja, kuih raya ada cuma terlupa nak letak bila orang sibuk nak makan ketupat.

Dulu, ketika arwah atuk dan nenek aku masih ada, tak menang tangan dibuatnya disebabkan ramai orang datang ke rumah. Kini, masih ada lagi orang datang ke rumah cuma tidaklah sehebat dan semeriah seperti dahulu. Kebiasaannya syawal yang pertama, aku dan keluarga akan beraya di rumah atuk-atuk sedara yang berdekatan dengan rumah aku ini juga. Masuk syawal kedua, kiteorang akan beraya di rumah atuk-atuk sedara, pak cik-pak cik sedara, dan sepupu belah mak di area Klang dan Shah Alam. Tak jauh mana pun. Kali ini,syawal yang ketiga pula kiteorang beraya di rumah pak Jusco, Bukit Tinggi. Inilah nasib orang tak berkampung. hehehe...

Setelah mak cik aku sudah pulang ke rumah dia semula. Maka, bermulalah aktiviti biasa iaitu duduk melepak di depan televisyen, bila lapar mulalah menjengah ke dapur pula, bila mengantuk carilah bantal. Serupa orang takde life pula cuti raya ini. Rumah aku ini memang tiada istillah 'RUMAH TERBUKA' ataupun 'OPEN HOUSE' kerana rumah aku ini memang sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang nak datang.

 Ini keluarga saya -_-

bergambar dengan sebahagian sepupu belah mak

bergambar lagilah kita ye!!

nak tengok gambar raya lagi? visit my instagram : azwarsyuhada


NOTE : mengapalah harus terjadi musibah di minggu di Aidilfitri. Kita di Malaysia, menyambut Aidilfitri dengan penuh gembira. Namun, bagi saudara kita di Mesir menyambut Aidilfiri dengan pertumpahan darah.



Reading Time:
Segmen Gempak Mieza Jhaa K
9:40 pm 11 Comments





Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.

Ganjaran Segmen : 
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.

2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.

Jom kita meriahkan segmen ini.


Reading Time:

Sunday 18 August 2013

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
5:52 pm 17 Comments
Assalamualaikum...


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Reading Time:

Tuesday 13 August 2013

GIVEAWAY FAIR & LOVELY bersama ASYIK MAIBUROGU
9:50 pm 17 Comments
Assalamualaikum..

Disebabkan keboringan melanda diri aku pada harini, jadi aku merajinkan diri join giveaway yang dianjurkan oleh blogger Asyik Izas. Rugi juga sesiapa yang tak join, sebab hadiahnya begitu lumayan. Hadiahnya ialah hamper Fair & Lovely bernilai RM50.00!!



S : Fair & Lovely merupakan krim pelembap muka nombor satu di Malaysia, kini memperkenalkan rangkaian Advanced Multi Vitamin. Apakah kandungan yang terdapat di dalam Advanced Multi Vitamin ini?

J : Kandungan yang terdapat di dalam Advanced Multi Vitamin ini ialah vitamin B3, C dan E.

Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin dan Asyik Maiburogu dapat memberikan inspirasi serta mengubah hidup saya secara positif kerana pabila saya menggunakan produk ini saya berasa lebih berkeyakinan, berwibawa dan keterampilan diri saya juga turut terserlah.

S : Pengalaman indah anda di Hari Raya Aidilfitri dengan kulit wajah cerah berseri.

J : Pabila berkumpul bersama sanak-saudara di pagi raya, sudah pasti semua orang mahu tampil cantik dan bergaya. Untuk lebih cantik dan menawan, saya telah menggunakan produk Fair & Lovely seawal bulan ramadhan lagi. Jadi, di pagi Hari Raya Aidilfitri saya berasa lebih berkeyakinan setelah menggunakan produk ini seawal-awalnya. Pabila kulit cantik berseri sudah pasti Hari Raya Aidilfitri disambut dengan begitu meriah sekali! Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah sekali bersama Fair & Lovely!

p/s : Bagi sesiapa yang berminat untuk join giveaway ini boleh KLIK SINI.




Reading Time:

Monday 5 August 2013

Persiapan Menjelang Hari Raya Aidilfitri
10:50 pm 25 Comments
Assalamualaikum..

Sekian lama menyepi, kini aku kembali menaip. Mungkin sekarang ini ramai orang tengah sibuk buat persiapan hari raya, kan?? bagi mak aku, sudah semestilah sibuk dengan tempahan baju kurung, kuih tartnya dan kemungkinan juga dengan tempahan cup cake. kalau bab perabot baru memang tak adalah dalam senarai dia. Tiada keperluan ke arah itu katanya. Mungkin terbawa didikan atuk nenek aku.

Kalau korang nak tahu, aku pun tengah sibuk dan excited buat persiapan raya juga. Persiapan yang aku maksudkan itu ialah mengemas ruang tamu, buang sesawang yang ada, sapu halaman rumah. Yelah, aku ni kan duduk rumah kampung jadi banyaklah debu asap dari tepi jalan masuk ke dalam rumah. Untuk memuaskan hati aku sendiri, aku terpaksalah mengemaskan sendiri sambil bersilat kuntau dengan adik lelaki aku yang montel.

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, menu utama di rumah aku semenjak arwah atuk dan nenek aku ada lagi sudah semestinya dodol dah kuih tart. Dodol merupakan kebanggaan arwah nenek aku, walaupun dia tak berapa makan boleh dikatakan setiap tahun dia mahu membuat dodol juga. Seminggu sebelum raya sudah pasti aktiviti mengacau dodol akan dijalankan, adakala sampai dua kali terpaksa dikacau disebabkan masalah teknikal. Bagi mengenangkan kedua-dua arwah, jadi mak akulah sedaya upaya membuat dodol dan kuih tart dengan sendirinya. Kalau kuih tart, mak aku dah pro sampai ambil tempahan lagi, kalau dodol tu memang dia tak kuasalah disebabkan kerja itu berat sikit. Untung juga jadi mak aku, katanya buat dua jenis kuih raya sahaja tapi apabila aku buka kabinet bertingkat-tingkat pula kuih rayanya. (ingat waris je ke yang ada lagu bertingkat-tingkat, kuih raya mak aku pun bertingkat-tingkat juga okay!!). Korang belum tengok pagi raya, kalau adik-beradik mak balik sini sudah semestinya meja dapur dipenuhi dengan lauk-lauk serta kuih raya. Yelah, mak aku sorang sahaja akak masing-masing.

Baju raya?? Tak usah ditanyalah. Tahun ini agak meriah jugalah baju raya aku disebabkan hasil daripada pujuk rayu aku yang pandai ini pada mak dan juga mak usu aku sendiri. Ada juga yang aku beli sendiri, iaitu kain daripada Bandung dan terutamanya di Jalan Tar. Ada yang aku tempah dan ada juga yang masih terletak tepi mesin jahit mak aku. Jawabnya tak berjahitlah tu, baju dia sendiri pun tak terjahit. Kalau korang nampak, aku pakai baju raya silih berganti, maknanya lebih dari dua pasanglah baju aku. Tapi bila korang tengok aku pakai baju yang sama, maknanya betollah mak aku tak jahit lagi. Kisah plak aku?

Balik kampung?? Tak payahlah ditanya. Buat kucewa hati aku sahajalah. Kampung aku di rumah aku sendirilah. Nak balik kampung bapak aku? Seberang jalan sahaja pun. Makcik-makcik aku kata, kalau teringin nak balik kampung, carilah orang jauh. Jangan orang hujung mata sudahlah.

Inilah satu-satunya kuih raya yang aku buat sendiri iaitu kuih raya cornflakes.

Ini pun salah satu tradisi keluarga aku apabila menjelang hari raya iaitu memasang lampu pelita.


Semangat mengacau dodol =)

p/s : Pesanan ikhlas dari akulah, janganlah terlampau gembira nak balik kampung. Nanti duka yang menimpa. Jadi berhati-hatilah di jalan raya, teruutama bagi mereka yang masih muda janganlah terlampau nak bergurau di dalam kereta. Pandu cermat, jiwa selamat. Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. -_-



Reading Time: